omniture

Jadual musim panas/luruh 2017 Air China disiar; susun atur jaringan berasaskan hab diperkukuh

Air China
2017-03-29 02:09 819

BEIJING, 29 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Jadual penerbangan musim panas/luruh Air China berkuat kuasa mulai 26 Mac 2017. Jadual baharu ini menyediakan 395 laluan penumpang, termasuk 102 laluan antarabangsa, 14 laluan serantau dan 279 laluan domestik, menyediakan khidmat penerbangan di 180 bandar di 39 negara (rantau), termasuk 64 bandar antarabangsa, 3 bandar serantau dan 113 bandar domestik. Air China menawarkan lebih 8500 penerbangan dan lebih 1.66 juta tempat duduk setiap minggu. Dengan memanfaatkan jaringan laluan yang luas dan habnya di Beijing, khususnya setelah diterima masuk ke dalam Star Alliance, Air China dapat menerbangkan penumpang ke 1,330 lapangan terbang di 193 negara.

Laluan yang baru diperkenalkan termasuk Shanghai - Barcelona, Beijing - Astana (ibu negara Kazakhstan) dan Beijing - Zurich. Pada tahun 2017, Air China akan terus meluaskan jaringan laluan globalnya menerusi hab-habnya di Beijing, mengendalikan penerbangan menuju kesemua enam benua termasuk benua Asia, Eropah, Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika dan Oceania, dengan memberi penekanan terhadap bandar-bandar utama.

Sepanjang tempoh jadual penerbangan musim panas/luruh, Air China akan memulakan perkhidmatan penerbangan Shanghai - Barcelona, Beijing - Astana dan BeijingZurich. Pada 5 Mei, perkhidmatan penerbangan Shanghai - Barcelona tiga kali seminggu akan bermula dan beroperasi menerusi pesawat A330-200; pada 1 Jun, perkhidmatan penerbangan Beijing - Astana tiga kali seminggu akan bermula dan beroperasi menerusi pesawat A320; pada 7 Jun, perkhidmatan penerbangan Beijing - Zurich empat kali seminggu akan bermula dan beroperasi menerusi pesawat A330-200.

Laluan baharu ini akan menjadi penghubung baharu di udara yang menghubungkan China ke Asia Tengah dan Eropah, serta akan turut memudahkan pertukaran ekonomi antara China dengan negara-negara laluan "Satu Jalur, Satu Jalan", yang menggalakkan pembangunan kerjasama antara China dan lebih banyak negara dalam bidang ekonomi, perdagangan, pelancongan dan budaya.

Kekerapan penerbangan ke benua Amerika dan Eropah akan ditingkatkan. Sepanjang tempoh jadual penerbangan musim panas/luruh, Air China akan menambah kapasiti pada lebih 10 laluan antarabangsa, khususnya bagi laluan ke Amerika dan Eropah. Dalam tempoh musim bunga dan musim panas, para pelancong Cina ke Amerika dan Eropah akan semakin bertambah. Sebagai respons, Air China akan meningkatkan kekerapan penerbangan dengan ketara bagi laluan ke benua Amerika seperti Beijing - Houston, Beijing - New York, Beijing - Los Angeles, Beijing - Washington, Beijing - Vancouver dan Beijing - Montreal, dan juga bagi laluan ke Eropah seperti Beijing - Minsk - Budapest, Beijing - Warsaw, Beijing - Vienna - Barcelona, Beijing - Munich - Athens, Beijing - Moscow, Beijing - Paris, Beijing - Stockholm, Beijing - Milan, Beijing - Madrid - Sao Paulo, Shanghai Pudong - Paris, Shanghai Pudong - Frankfurt, Shanghai Pudong - Milan, Lanzhou - Chengdu - Frankfurt dan Chengdu - Paris, demi memenuhi permintaan penumpang untuk melancong.

Selain laluan ke Amerika dan Eropah, kekerapan penerbangan akan turut ditingkatkan bagi laluan Asia seperti Beijing - Dalian - Hiroshima, Chengdu - Lhasa - Kathmandu dan Chengdu - Hong Kong.

Jadual penerbangan Beijing - Taipei CA189/90 akan ditukar daripada Isnin/Rabu/Jumaat/Ahad kepada Isnin/Selasa/Khamis/Sabtu.

Kekerapan penerbangan ke kawasan barat China ditingkatkan. Di samping mengukuhkan lagi jaringan laluan antarabangsanya, Air China juga turut meningkatkan jaringan laluan domestiknya secara berterusan. Sepanjang jadual penerbangan musim panas/luruh ini, kekerapan penerbangan akan turut ditingkatkan untuk laluan domestik yang berlepas dari Beijing, khususnya Beijing - Korla, Beijing - Urumqi, Beijing - Urumqi - Akesu, Beijing - Zunyi, Beijing - Liupanshui dan Beijing - Xichang.

Dalam masa yang sama, kekerapan penerbangan untuk laluan ke kawasan timur dan selatan China akan turut ditingkatkan seperti Beijing - Xiamen, Beijing - Hangzhou, Beijing - Shiyan dan Beijing – Zhangjiajie, selain penerbangan ke kawasan utara China seperti Beijing - Linfen, Beijing - Tonghua, Beijing - Wulanchabu, Beijing - Jiamusi dan Beijing - Qingdao.

Pesawat 787-9 Dreamliner akan beroperasi untuk laluan Beijing - Madrid - Sao Paulo. Sepanjang tempoh jadual penerbangan musim panas/luruh ini, Air China akan menggunakan pesawat Boeing 787-9 Dreamliner untuk laluan Beijing - Madrid - Sao Paulo dan Beijing - Shenzhen, demi membawakan pengalaman perjalanan yang lebih selesa untuk penumpang. Air China akan turut menggunakan pesawat Boeing 787-9 untuk laluan Beijing - Shanghai, Beijing - Guangzhou, Beijing - Chengdu, Beijing - Rome, Beijing - Los Angeles dan Beijing - Auckland.

Logo - http://photos.prnasia.com/prnh/20161031/0861611348LOGO 

Source: Air China
Related Links:
Keywords: Airlines/Aviation Transportation Travel New products/services