omniture

Cision Perluas Pasukan Eksekutif Agar Selari dengan Inovasi Pesat Syarikat

Cision
2017-04-19 21:01 554

Pengambilan baharu bakal optimumkan operasi global dan jamin kepuasan pelanggan sewaktu syarikat menerajui transformasi data dan teknologi dalam industri media diperoleh

CHICAGO, 19 April 2017 /PRNewswire/ -- Cision dengan sukacitanya mengumumkan dua penambahan baharu ke dalam pasukan eksekutifnya. Michael Piispanen, mantan Naib Presiden Penyelesaian Korporat Nasdaq menyertai Cision sebagai Ketua Pegawai Operasi, manakala Pat Galvin, mantan Naib Presiden Perniagaan Am di InsideSales.com, menyertai pasukan selaku Ketua Pegawai Hasil, Amerika Utara. Keputusan untuk membawa secara strategik para pegawai eksekutif ini adalah ekoran pertumbuhan pesat Cision baru-baru ini, termasuk pengumumannya untuk didagangkan secara umum, pemerolehan Bulletin Intelligence dan pelancaran terkini Cision Communications Cloud.

generated by system

generated by system

"Kami berasa amat teruja untuk membawa Mike dan Pat menyertai kami serta menambah kepakaran mereka ke dalam pasukan Cision," kata Kevin Akeroyd, Ketua Pegawai Eksekutif Cision. "Kedua-duanya akan memainkan peranan penting terhadap kejayaan kami – memacu inovasi dan transformasi, pengembangan dan penskalaan, dan dalam masa yang sama memastikan bahawa kejayaan pelanggan sentiasa menjadi sumber inspirasi kami, demi menuju masa depan cerah yang menanti Cision Communications Cloud™ serta syarikat secara keseluruhan."

"Setelah memperuntukkan sebahagian besar kerjaya saya untuk berkhidmat kepada pelanggan yang sama ini dan memacu pertumbuhan melalui pembangunan platform, pemerolehan dan integrasi, saya benar-benar teruja untuk menerajui usaha untuk membina nilai kepada pelanggan serta memberi pulangan kepada para pemegang saham kami," kata Piispanen.

Galvin menambah, "Cision berada pada trajektori yang jelas untuk mengubah industri media yang diperoleh. Saya berasa teruja dapat menjadi sebahagian daripada pasukan yang menerajui usaha ini dan berharap dapat membawa pelanggan bersama-sama kami langkah demi langkah menerusi revolusi komunikasi ini."

Piispanen menyertai Cision daripada Nasdaq, dan beliau berperanan sebagai Ketua Global vertikal Perhubungan Awam dan Media Digital dalam unit perniagaan Penyelesaian Korporat, dan membawakan pengalaman hampir 30 tahun daripada industri pengguna, perisian, Teknologi Kewangan (FinTech) dan farmaseutikal. Michael akan memantau usaha global Cision untuk membangunkan, meningkatkan dan mengoptimumkan operasi perniagaan, pengurusan program dan projek, kejuruteraan proses perniagaan serta aktiviti Penggabungan & Pengambilalihan (M&A).

Galvin pula menyertai Cision dengan hampir dua dekad pengalaman kepimpinan dalam bidang teknologi, SaaS dan perkhidmatan, dan terdahulu pernah menyandang jawatan kepimpinan di Oracle, Marketo dan baru-baru ini, di Insidesales.com yang mana beliau mengurus jualan sebagai Naib Presiden Perniagaan Am. Pat akan memantau strategi Cision untuk mencapai kelebihan daya saing demi pemerolehan dan pengekalan pelanggan serta usaha integrasi jualan.

Latar Belakang Cision:
Cision ialah syarikat teknologi komunikasi dan analitik media yang membolehkan pemasar dan penyampai mengurus program media yang diperoleh mereka secara berkesan selaras dengan saluran berbayar dan dimiliki demi memacu impak perniagaan. Sebagai pencipta Cision Communications Cloud, platform berasaskan awan media diperoleh yang pertama seumpamanya, Cision menggabungkan antara data canggih, analitik, teknologi dan perkhidmatan ke dalam ekosistem komunikasi yang disatukan yang boleh digunakan oleh jenama-jenama bagi tujuan membina hubungan yang tekal, bermakna dan berkekalan bersama pihak berpengaruh dan pembeli demi memperluas pengaruh pasaran mereka. Untuk maklumat lanjut, sila layari www.cision.com atau ikuti @Cision melalui Twitter.

Hubungi
Stacey Miller
Pengarah Kanan, Bahagian Komunikasi Korporat
Cision
301-683-6038
stacey.miller@cision.com

Source: Cision
Related Links:
Keywords: Advertising Computer/Electronics Internet Technology Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Personnel announcements