omniture

Cambium Networks Lancar Jalur Lebar Tanpa Wayar Baharu Titik-ke-Titik Bridge-In-A-Box ePMP

Cambium Networks
2017-08-02 22:00 707

Penyelesaian yang mudah digunakan berikan ketersambungan berkelajuan tinggi 200 Mbps dalam spektrum tanpa lesen yang menjangkau sehingga 10 batu

ROLLING MEADOWS, Illinois, 2 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Cambium Networks, penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian rangkaian tanpa wayar, hari ini mengumumkan ketersediaan jambatan Eternet tanpa wayar Bridge-in-a-Box ePMP. Penyelesaian ini termasuk dua Modul Pelanggan Force 180 ePMP™ diprakonfigurasi dan dipakej bersama, mendayakan operasi pasang-dan-pakai dalam hampir semua senario.


Sedia untuk merapatkan jarak sesingkat merentasi jalan masuk untuk menghubungkan garaj atau merentasi padang rumput untuk menghubungkan bangsal terpencil, Bridge-in-a-Box menyediakan kadar data yang berupaya menyokong pelbagai perkhidmatan seperti suapan kamera keselamatan dan titik akses Wi-Fi atau hanya dengan memperluas rangkaian kawasan setempat. Penyelesaian ini termasuk ciri-ciri Kualiti Perkhidmatan (QoS) ePMP dan daya ketahanan terhadap gangguan yang tinggi bagi memastikan kualiti pautan yang unggul. Sistem ini beroperasi dalam jalur frekuensi 5 GHz tanpa lesen dan disediakan di seluruh dunia. Direka dan dipakej untuk pemasangan dengan kit alatan minimum dan pengalaman nominal, Bridge-in-a-Box ePMP boleh menyediakan akses berjarak jauh dalam masa beberapa jam, tanpa memerlukan pemaritan atau kebenaran.

"Banyak perusahaan dan pengguna di rumah mempunyai keperluan untuk memperluas ketersambungan," kata Sakid Ahmed, Naib Presiden Perniagaan ePMP Cambium Networks. "Bridge-in-a-Box menjadikannya mudah untuk memasang pautan yang boleh memberikan sehingga 200 Mbps daya pemprosesan untuk pengawasan video, pemindahan data, atau perluasan sambungan Wi-Fi. Dengan panduan permulaan pantas yang didatangkan bersama dengan modul Force 180 ePMP yang terbukti dalam bidangnya, orang ramai yang mempunyai sedikit atau tiada langsung pengalaman rangkaian tanpa wayar akan dapat memperluas ketersambungan terus daripada kotak."

Aplikasi Bridge-in-a-Box ePMP:

  • Memperluas rangkaian tempatan ke bangunan berjarak jauh
  • Memperluas pautan Wi-Fi ke lokasi baharu
  • Memberikan penyelesaian menjimatkan untuk mengangkut balik rangkaian CCTV
  • Menyokong sebarang aplikasi yang memerlukan perluasan rangkaian

"Bridge-in-a-Box menawarkan kualiti terbukti pada harga yang berpatutan," kata Scott Imhoff, Naib Presiden Kanan Pengurusan Produk, Cambium Networks. "Bagi aplikasi perusahaan atau perindustrian, penyelesaian ini memberikan daya pemprosesan yang tinggi pada kos yang jauh lebih rendah berbanding perkhidmatan yang disewa dan boleh beroperasi dalam masa beberapa jam. Dengan MSRP $349 untuk kit lengkap, perniagaan boleh menyambungkan kemudahan berjarak jauh atau memasang kamera pengawasan dengan bayaran balik yang menarik. "

Bridge-in-a-Box kini sedia untuk tempahan melalui pengedar Cambium Networks.

Latar Belakang Cambium Networks
Cambium Networks ialah penyedia global yang terkemuka bagi penyelesaian tanpa wayar dipercayai yang menghubungkan dengan mereka yang tidak terhubungOrang Ramai, Tempat dan Benda. Melalui portfolionya yang luas yang terdiri daripada platform jalur sempit dan jalur lebar yang andal, boleh diskala dan selamat, Cambium Networks membolehkan semua penyedia perkhidmatan dan pengendali rangkaian perindustrian, perusahaan dan kerajaan membangunkan fungsi ketersambungan yang mampu milik, andal dan tinggi prestasi. Kini, syarikat mempunyai lebih enam juta radio digunakan dalam beribu-ribu rangkaian yang mencabar di lebih 150 negara. Beribu pejabat di luar Chicago dan menerusi pusat-pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) di A.S, U.K. dan India, Cambium Networks menjual produknya melalui pelbagai pengedar global yang dipercayai.
Untuk maklumat lanjut, layari www.cambiumnetworks.com.

Hubungan Media:
Sara Black
1-213-618-1501
sara@bospar.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/539911/ePMP_Bridge_in_a_Box_front.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/325530/cambium_networks_logo.jpg

Source: Cambium Networks
Keywords: Computer Networks Computer/Electronics Telecommunications Wireless Communications New products/services