omniture

Pejabat Paten Eropah bakal Luluskan Permohonan Paten Merck untuk Teknologi CRISPR

Merck
2017-08-03 16:00 660

- Permohonan paten merangkumi penyepaduan turutan DNA luaran dalam kromosom sel eukariot menggunakan CRISPR

- Permohonan paten berkaitan raih anugerah di Australia baru-baru ini; paten serupa menunggu kelulusan di negara-negara lain, hasil menggalakkan dijangka

DARMSTADT, Jerman, 3 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Merck, sebuah syarikat sains dan teknologi yang terkemuka, hari ini mengumumkan Pejabat Paten Eropah (EPO) mengeluarkan "Notis Hasrat Pemberian Kelulusan" untuk permohonan paten Merck merangkumi teknologi CRISPR syarikat yang digunakan dalam kaedah penyepaduan genomik untuk sel-sel eukariot.

Merck's patent application covers integration of an external DNA sequence into the chromosome of eukaryotic cells using CRISPR. The patent will give Merck’s CRISPR genomic integration technology broad protection, further strengthening the company’s patent portfolio.
Merck's patent application covers integration of an external DNA sequence into the chromosome of eukaryotic cells using CRISPR. The patent will give Merck’s CRISPR genomic integration technology broad protection, further strengthening the company’s patent portfolio.

Paten ini akan menyediakan teknologi penyepaduan genomik CRISPR Merck dengan perlindungan yang luas, seterusnya memperkukuhkan lagi portfolio paten syarikat. Satu paten yang berkaitan telah diluluskan di Australia pada bulan Jun 2017. Merck menjangkakan hasil yang menggalakkan di negara-negara lain, oleh kerana banyak pejabat paten seluruh dunia mempertimbangkan status kes-kes Eropah yang berkaitan adalah amat relevan dengan keputusan untuk memberikan hak paten.

"Ini merupakan satu keputusan penting dan mengujakan oleh EPO dan kami melihat pengumuman ini sebagai satu pengiktirafan terhadap sumbangan penting Merck kepada bidang modifikasi genom," kata Udit Batra, Ahli Lembaga Eksekutif Merck dan Ketua Pegawai Eksekutif, Life Science. "Paten ini memberikan perlindungan kepada teknologi CRISPR kami, yang akan memberikan keupayaan kepada saintis untuk memajukan pilihan rawatan demi menangani cabaran perubatan paling sukar yang kami hadapi pada masa kini."

Dengan teknologi penyepaduan genomik CRISPR Merck, para saintis dapat menggantikan mutasi berkaitan penyakit dengan turutan yang bermanfaat atau berfungsi – satu kaedah yang penting dalam penciptaan model penyakit dan terapi gen. Para saintis juga dapat menggunakan kaedah ini untuk memasukkan transgen bagi menjalankan penyelidikan asas, menggunakan teknologi tersebut bagi melabel protein endogenus untuk pengesanan visual dalam sel, sebagai contoh.

Permohonan paten ini ialah salah satu daripada beberapa pemfailan paten CRISPR Merck sejak tahun 2012. Pada bulan Mei 2017, Merck memperkenalkan kaedah modifikasi genom CRISPR alternatif yang dikenali sebagai proksi-CRISPR. Tidak seperti sistem-sistem lain, teknik proksi-CRISPR membolehkan pemotongan lokasi sel dibuat pada tempat yang sebelum ini tidak dapat dicapai, menjadikan CRISPR lebih cekap, fleksibel dan spesifik—memberikan lebih banyak pilihan ujikaji untuk penyelidik.

Merck, menerusi sejarahnya selama 14 tahun dalam bidang modifikasi genom, merupakan syarikat pertama yang menawarkan biomolekul tersuai di seluruh dunia untuk modifikasi genom (intron kumpulan berpandu RNA II TargeTron™ dan nukleas jejari zink CompoZr™), mendorong penggunaan yang meluas oleh penyelidik. Dengan kerjasama Wellcome Trust Sanger Institute, Merck juga merupakan syarikat pertama yang mengeluarkan pustaka CRISPR tersusun mencakupi seluruh genom manusia, seterusnya membolehkan penyelidik meneroka lebih banyak persoalan tentang penyakit dan menghasilkan penawar dengan lebih cepat. Ketersediaan pustaka CRISPR tersusun adalah hasil kemajuan penting dalam modifikasi genom dan turut memperkukuh kedudukan kepimpinan syarikat.

Syarikat turut menyokong pembangunan terapi berasaskan gen dan sel serta menghasilkan vektor virus, selain menjalankan kajian modifikasi genom asas. Pada tahun 2016, Merck melancarkan satu inisiatif untuk memajukan penyelidikan dalam modaliti rawatan baharu, bermula daripada modifikasi genom kepada pembuatan ubat gen, menerusi pasukan yang berdedikasi dan sumber-sumber yang dipertingkat. Usaha sama ini terus mengukuhkan komitmen syarikat terhadap bidang modifikasi genom.

Semua siaran berita Merck diedarkan melalui emel dan turut tersedia di laman sesawang Merck. Sila layari www.merckgroup.com/subscribe untuk mendaftar dalam talian, menukar pilihan atau untuk berhenti melanggan perkhidmatan ini. 

Latar Belakang Merck
Merck ialah sebuah syarikat sains dan teknologi terkemuka dalam bidang penjagaan kesihatan, sains hayat dan juga bahan prestasi. Kira-kira 50,000 kakitangannya berusaha untuk terus memajukan teknologi yang dapat menambah baik serta mempertingkat kualiti kehidupan – bermula dengan terapi biofarmaseutikal bagi merawat kanser atau sklerosis berbilang, sistem yang canggih untuk tujuan penyelidikan saintifik dan pengeluaran, kepada kristal cecair untuk telefon pintar dan juga televisyen LCD. Pada tahun 2016, hasil jualan Merck mencecah €15 bilion di 66 negara.

Ditubuhkan pada tahun 1668, Merck ialah syarikat farmaseutikal dan bahan kimia yang paling lama bertapak di dunia. Keluarga pengasasnya kekal sebagai pemilik majoriti syarikat korporat senaraian awam itu. Syarikat ini memegang hak global nama dan jenama "Merck". Ini tidak termasuk Amerika Syarikat dan Kanada, memandangkan syarikat ini beroperasi sebagai EMD Serono, MilliporeSigma dan EMD Performance Materials.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/541207/Merck__Patent_Application.jpg

 

Source: Merck
Keywords: Health Care/Hospital Medical Equipment Medical/Pharmaceuticals