omniture

Park Place Technologies Peroleh NCE Group Limited

Park Place Technologies
2017-08-08 18:00 751

Pengambilalihan NCE merupakan yang terbesar dalam sejarah Park Place, perluas kumpulan pelanggan, saiz syarikat

CLEVELAND, 8 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Park Place Technologies hari ini mengumumkan ia telah menyelesaikan pengambilalihan terbesar dalam sejarah syarikat, dengan mengambil alih NCE Group Limited (NCE), penyedia bertaraf global bagi penyelenggaraan dan pembaikan pusat data pihak ketiga. Meskipun terma-terma transaksi tidak didedahkan, pemerolehan ini meningkatkan dengan ketara portfolio pelanggan global Park Place dan juga kehadirannya di Eropah. Syarikat-syarikat ini merancang untuk memulakan penyepaduan operasi, rakan saluran, pelanggan dan kakitangan dengan segera, serta menambah lebih 280 individu ke dalam senarai kakitangan semasa Park Place Technologies.

"NCE telah menyediakan perkhidmatan yang luar biasa, pengetahuan produk yang mendalam dan kepakaran industri yang tinggi selama lebih 35 tahun," kata Ed Kenty, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Park Place Technologies. "Dengan reka bentuk dan penyerahan menjadi identiti teras NCE, kami berasa teruja untuk memanfaatkan pengalaman unik mereka dan kepimpinan teladan tatkala kami terus memperluas keupayaan kami dan fungsi perkhidmatan serta sokongan untuk pelanggan kami."

Sejak tahun 1981, NCE telah menyediakan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh AS dan UK serta mengembangkan perkhidmatan kepada syarikat-syarikat Fortune 100 dan pelanggan IT bersaiz kecil serta sederhana merentasi spektrum industri yang luas. Beribu pejabat di Wiltshire, United Kingdom, NCE telah lama berkhidmat sebagai pengusaha terkemuka dalam industri perkakasan perusahaan penyelenggaraan pihak ketiga dan pasca jaminan. Tatkala NCE bergabung dengan Park Place, pelanggan boleh mengharapkan untuk mendapat manfaat daripada tahap kecekapan yang lebih tinggi dan perkhidmatan yang berkesan kos. Kepakaran perkakasan pusat data tambahan NCE akan turut memperluas kebolehan Park Place dalam menyediakan perkhidmatan kepada pelanggannya.

"Sejak beberapa tahun, NCE telah membantu ribuan syarikat mengikut keperluan IT mereka," kata Andrew Genever, mantan Ketua Pegawai Eksekutif, NCE, dan Naib Presiden yang baru dilantik, Operasi Depot, Park Place Technologies. "Apabila kami menyertai Park Place, kami akan terus menyediakan perkhidmatan yang tiada tandingan buat pelanggan kami di seluruh dunia, sambil memanfaatkan kepakaran luas Park Place. Pelanggan kami akan mendapat manfaat daripada akses lebih luas kepada keupayaan kejuruteraan, masa tindak balas yang lebih pantas dan pengalaman perkhidmatan yang lebih baik. Pemerolehan ini akan terus meningkatkan cara kami bekerjasama dengan rakan saluran kami, mengukuhkan kebolehan kami demi memenuhi keperluan IT pelanggan kami yang sentiasa berubah."

"Sejak beberapa minggu lalu, Park Place Technologies mengumumkan pelbagai pemerolehan," kata Chris Adams, Presiden dan Ketua Pegawai Operasi, Park Place Technologies. "Hari ini kami mengalu-alukan NCE ke dalam keluarga Park Place. Melalui pemerolehan ini, kami dapat mengukuhkan kedudukan pasaran Park Place sebagai penyedia penyelenggaraan pusat data khusus terbesar di dunia. Kami berusaha meluaskan pengaruh kami ke dalam pasaran-pasaran Eropah dan menambah bakat ke dalam kumpulan paling berbakat dalam industri bagi menyokong kumpulan pelanggan kami yang semakin berkembang dan memperkaya pengalaman pelanggan."

Perjanjian ini merupakan pemerolehan keenam oleh Park Place Technologies pada tahun lalu dan usaha terkini syarikat untuk memperlihatkan komitmen globalnya dalam mendepani masa depan untuk penyimpanan perusahaan legasi dan penyelenggaraan perkakasan pasca jaminan.

Pada bulan November 2016, Park Place Technologies membuka lokasi Asia-Pasifik (APAC) di Singapura. Baru-baru ini, Park Place Technologies memperoleh Prestige Data Center Solutions yang berpangkalan di UK, Performance Data yang berpangkalan di Singapura dan Allen Myland, Inc. yang berpangkalan di AS, dan terus memperluas capaian global dan juga tawaran perkhidmatannya.

Latar Belakang NCE Group Limited

NCE Group Limited (NCE), dengan pejabat-pejabat utama di Amerika Syarikat dan Eropah, ialah salah satu penyedia bebas terkemuka bagi penyelenggaraan pusat data dan perkhidmatan serta penyelesaian perusahaan IT. Portfolio perkhidmatan NCE merangkumi: rantaian bekalan (skrin/ujian/pembaikan), perkhidmatan berbilang-vendor (MVS), Pelupusan Aset IT (ITAD), jualan komponen dan perkhidmatan kejuruteraan serta projek. Sejak tahun 1981, NCE Group Limited telah membawakan penyelesaian berkualiti sebagai perkhidmatan dan sokongan untuk pusat-pusat data bersaiz besar dan kecil di seluruh dunia. NCE Group Limited berdedikasi untuk perkhidmatan tersuai yang dapat memenuhi dan melebihi jangkaan pelanggan untuk rantaian bekalan serta perkhidmatan pusat data.

Latar Belakang Park Place Technologies

Sejak tahun 1991, Park Place Technologies menyediakan sumber alternatif untuk penyimpanan pasca jaminan, penyelenggaraan perkakasan pelayan dan rangkaian untuk pusat-pusat data IT. Sebagai organisasi penyelenggaraan pusat data pasca jaminan khusus yang terbesar di dunia, Park Place menyokong lebih 9,000 organisasi di lebih 100 negara, menawarkan pengalaman pelanggan yang tiada tandingan, penyerahan perkhidmatan terunggul dan kelebihan operasi untuk perniagaan bermula daripada kerajaan, pendidikan tinggi dan institusi penjagaan kesihatan kepada penyedia perkhidmatan awan, SMB, dan syarikat-syarikat Fortune 500.

Park Place Technologies Media  
Judie Vegh  
jvegh@parkplacetech.com  
440-591-6377  

Michele Mendelson  
parkplacetech@kwittken.com  
646-747-7163  

Logo - http://mma.prnewswire.com/media/535647/Park_Place_Technologies_Logo.jpg

Source: Park Place Technologies
Keywords: Computer/Electronics Acquisitions, mergers, takeovers