omniture

Boeing dan Embraer Sahkan Perbincangan Kemungkinan Gabungan

The Boeing Company; Embraer
2017-12-23 01:44 670

CHICAGO dan SAO PAULO, 23 Disember 2017 /PRNewswire/ -- The Boeing Company (NYSE: BA) dan Embraer (BM&FBOVESPA: EMBR3, NYSE: ERJ) hari ini mengesahkan dua syarikat ini terlibat dalam perbincangan berkaitan kemungkinan penggabungan, dengan asas-asas penggabungan masih dalam perbincangan.

Tiada sebarang jaminan satu transaksi akan terhasil daripada perbincangan-perbincangan ini.  Boeing dan Embraer tidak bercadang untuk membuat sebarang ulasan tambahan berkenaan perbincangan-perbincangan ini.

Sebarang transaksi akan tertakluk kepada kebenaran kerajaan dan pengawal selia Brazil, lembaga pengarah kedua-dua syarikat dan pemegang saham Embraer.

Maklumat Jangkaan Tertakluk kepada Risiko dan Ketidaktentuan

Kenyataan tertentu dalam siaran ini mungkin merupakan kenyataan jangkaan. Sering kali, tetapi tidak selalu, kenyataan jangkaan dapat dikenal pasti dengan penggunaan kata-kata seperti "merancang," "menjangka," "dijangka," "dijadualkan," "dianggarkan," "berniat," "menduga" atau "percaya" atau variasi kata-kata dan frasa tersebut atau keadaan bahawa tindakan, peristiwa, keadaan, perkara atau hasil tertentu "boleh jadi", "boleh", "akan", "mungkin" atau "pasti akan" terlaksana, terjadi atau tercapai. Kenyataan jangkaan secara alaminya menangani perkara-perkara yang, pada tahap yang berbeza-beza, tidak pasti. Banyak risiko, ketidakpastian dan faktor-faktor lain, yang sering kali di luar kawalan kami, boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza secara material daripada kenyataan-kenyataan jangkaan, termasuk, selain faktor-faktor yang sebelum ini didedahkan dalam laporan Boeing dan Embraer yang difailkan dengan SEC dan yang dikenalpasti di dalam siaran ini, apa-apa risiko yang berkaitan dengan kemungkinan gabungan strategik. Boeing dan Embraer tidak dapat memberi sebarang jaminan bahawa kenyataan jangkaan itu akan terbukti betul. Pembaca diingatkan untuk tidak meletakkan kebergantungan yang tidak wajar terhadap kenyataan-kenyataan jangkaan ini, yang benar pada tarikh siaran ini. Boeing dan Embraer menafikan sebarang hasrat atau kewajipan untuk mengemaskini atau menyemak mana-mana kenyataan jangkaan, sama ada disebabkan oleh maklumat baharu, peristiwa, perkara, keadaan masa depan atau sebaliknya, kecuali seperti yang dikehendaki oleh undang-undang yang terpakai. Sila rujuk pendedahan lebih lanjut yang dibuat oleh Boeing dan Embraer berkenaan subjek yang berkaitan, jika ada, dalam laporan kepada SEC.

Perhubungan:

The Boeing Company
Phil Musser
Naib Presiden Kanan, Komunikasi
Telefon mudah alih: 312-241-6683
Phil.Musser@boeing.com

Komunikasi Boeing
Pejabat: +1 312-544-2002

Embraer
Nelson Salgado
Naib Presiden Kanan, Hal Ehwal Luar dan Komunikasi Korporat
Pejabat: +55 11 3 841 6085
nsalgado@embraer.com.br

Source: The Boeing Company; Embraer
Related Stocks:
NYSE:BA NYSE:ERJ SaoPaulo:EMBR3
Keywords: Aerospace/Defense Airlines/Aviation Travel Acquisitions, mergers, takeovers Advocacy Group Opinion