omniture

PureSoftware Umum Perkongsian Dengan Automation Anywhere Percepat Pengautomatan Proses Robotik

Puresoftware.com
2018-01-03 13:07 471

Penyedia Produk dan Perkhidmatan Global jadi Pengedar Bernilai Tambah dan Rakan Pelaksanaan RPA Produk Perisian Automation Anywhere yang dapat mengautomasikan hampir semua benda

NOIDA, India, 3 Januari 2018 /PRNewswire/ -- PureSoftware, sebuah syarikat produk dan perkhidmatan bertaraf global yang menyediakan pengalaman pelanggan berbeza menerusi penyelesaian digital, pengautomatan robotik dan model komersial bukan linear, hari ini mengumumkan satu perkongsian dengan Automation Anywhere yang menyediakan platform RPA bergred perusahaan paling komprehensif berserta penyelesaian dan analitik kognitif terbina dalam.

Melalui perkongsian ini, PureSoftware akan berupaya memperluas suit penyelesaian pengautomatan dan robotiknya. PureSoftware akan menjadi salah satu rakan pelaksanaan pilihan yang mana Automation Anywhere mengesyorkan organisasi-organisasi membeli produk dan perkhidmatan pengautomatan mereka, dan menyasarkan untuk mewujudkan Pusat Kecemerlangan bagi mendayakan penggunaan pantas RPA demi memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan dan prospeknya dari seluruh dunia.

"Perkongsian kami dengan Automation Anywhere adalah penting tatkala kami meluaskan suit penyelesaian pengutomatan dan robotik kami," kata Manish Sharma, Ketua Pegawai Eksekutif, PureSoftware. "Kami telahpun bekerjasama dengan organisasi-organisasi seluruh dunia dalam perjalanan transformasi digital mereka dengan memanfaatkan keupayaan kami dalam IoT, RPA, AI dan Kognitif. Perkongsian ini terus meningkatkan portfolio penyelesaian kami bagi membantu pelanggan kami dalam pasaran matang dan baru muncul tatkala mereka berusaha meningkatkan pulangan pelaburan teknologi mereka."

Dengan perubahan cara orang ramai bekerja, organisasi-organisasi kini mengguna pakai kaedah pengautomatan yang inovatif. Proses robotik dan pengautomatan pintar memainkan peranan yang semakin penting dalam meningkatkan keberkesanan perkhidmatan pada kadar lebih pantas dan berkos lebih rendah berbanding kaedah-kaedah semasa.

"Kami berasa teruja dapat bekerjasama dengan PureSoftware untuk membawa penyelesaian RPA kami ke pasaran ASEAN," kata Anubhav Saxena, Naib Presiden Eksekutif, Perkongsian, Strategi dan Operasi di Automation Anywhere. "Pengetahuan mereka terhadap rantau yang pelbagai ini, bersama-sama platform pengautomatan kami yang utama, akan membolehkan organisasi-organisasi menyedari faedah penambahan bot perisian yang digandingkan dengan pekerja mereka bagi meningkatkan kecekapan dan produktiviti dengan pantas."

Latar Belakang PureSoftware 

PureSoftware ialah sebuah syarikat produk dan perkhidmatan perisian yang menumpu untuk memacu pengalaman pelanggan yang berbeza, mempercepat tempoh kitaran dan meningkatkan hasil perniagaan melalui penyepaduan antara penyelesaian digital, pengutomatan robotik dan model komersial bukan linear. PureSoftware menyediakan perkhidmatan dan penyelesaian yang dipacu nilai kepada pelanggannya dengan memanfaatkan tawaran dalam segmen Digital, Kejuruteraan Produk serta Pembangunan dan Pengurusan Aplikasi. Produk kebanggaannya, 'arttha' ialah salah satu platform yang berkembang paling pesat dalam bidang perkhidmatan kewangan.

Perhubungan Media:
Meghna Jaiswal
+91-8010493913

Source: Puresoftware.com
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Contracts