omniture

Penemuan Penting Saluran Komunikasi Optik Bakal Kuasai Realiti Imbuhan Mudah Alih

SureFire
2018-01-08 18:23 239

Peneraju Teknologi Pencahayaan SureFire Perkenal Alternatif kepada Ketersambungan Selular Di CES 2018   

FOUNTAIN VALLEY, California, 8 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Syarikat teknologi pencahayaan rintis SureFire memperkenalkan ARON, penemuan penting teknologi dalam segmen komunikasi optik yang bersiap sedia memperluas keupayaan telefon pintar kita dan mengubah cara kita berinteraksi dengan dunia di sekeliling kita.

ARON—yang bererti Pancaran Sempit Optik Realiti Imbuhan (Augmented-Reality Optical Narrowcasting)—ialah satu saluran komunikasi yang serba baharu. Ia berfungsi tanpa bergantung pada Internet atau rangkaian selular, memanfaatkan gelombang cahaya inframerah bagi mewujudkan saluran komunikasi optik yang bebas dan mempunyai ciri kuasa, keanjalan dan kebebasan yang terulung.

SureFire memperkenalkan teknologi baharu yang hebat miliknya pada minggu ini di Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2018 Las Vegas.

"Sejak bertahun-tahun lamanya, ia menjadi usaha pencarian kami untuk membawakan komunikasi optik bebas ruang kepada pengguna," kata Narkis Shatz, Ph.D., SureFire, ketua program dan salah seorang pencipta ARON. "ARON ialah yang pertama berjaya memperlihatkan keupayaan untuk melakukan sedemikian."

Sebagai alternatif dan pelengkap kepada gelombang frekuensi radio—yang digunakan pada masa kini oleh telefon pintar dan peranti mudah alih di serata dunia—ARON menghantar data menerusi gabungan berpaten antara suar dan isyarat optik.

  • Ia dapat menghantar dan menerima sebarang bentuk maklumat digital—termasuk video berdefinisi tinggi.
  • Ia pantas, selamat dan bersifat peribadi.
  • Ia 300 kali lebih menjimatkan tenaga berbanding wi-fi dan boleh berfungsi menggunakan kuasa solar.
  • Dipasang dalam telefon pintar atau kereta, ia murah untuk dipasang atur dan digunakan.
  • Ia memanfaatkan seluruh platform komunikasi tiada kawalan.
  • Dengan hampir tiada had keupayaan untuk penyepaduan dan pemperibadian, ia dapat meningkatkan pengalaman realiti imbuhan yang tidak dapat ditandingi oleh teknologi mudah alih masa kini.

ARON meneruskan asas saintifik yang diisytiharkan oleh Alexander Graham Bell sebagai ciptaan terhebat beliau—fon foto (photophone). Dibangunkan dan dioptimumkan oleh SureFire sepanjang tempoh tiga tahun lalu, ia menetapkan piawaian julat, kadar-data dan pengecilan yang belum pernah dicapai dalam segmen komunikasi optik pengguna bebas ruang.

Sesungguhnya, ARON menjadikan teknologi berwawasan ini mudah dicapai oleh pengguna, perniagaan dan kerajaan buat pertama kalinya—memberi makna baharu kepada gagasan ketersambungan mudah alih.

"Sewaktu Dr. John Matthews menubuhkan SureFire, beliau mewujudkan satu legasi melibatkan kualiti terunggul dan komitmen terhadap teknologi canggih," kata Joel Smith, Ketua Pegawai Pentadbiran SureFire. "Berbekalkan pandangan jauh dan wawasan beliau, kami berupaya mencipta ARON dan kini berasa teruja untuk meneroka kegunaannya yang memanfaatkan penggunaan oleh konsumer."

Untuk maklumat lanjut, sila layari aron.surefire.com.

Latar Belakang SureFire
Terletak di Fountain Valley, California, SureFire, LLC ialah pengeluar terkemuka bagi lampu suluh berprestasi tinggi, lampu dipasang pada senjata dan peralatan taktikal lain untuk mereka yang menempuh bahaya, atau sesiapa sahaja yang menginginkan yang terunggul dari segi kualiti, inovasi dan prestasi. Peralatan pencahayaan SureFire digunakan oleh lebih banyak pasukan SWAT dan kumpulan-kumpulan operasi khas elit berbanding mana-mana jenama lain. SureFire ialah syarikat yang memperoleh pengiktirafan ISO 9001:2000. 

Perhubungan Media:
Jonathan Mudd
strat-igence, Inc.
aron@strat-igence.com
(202) 286-3240

 

 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/625427/ARON_logo_Logo.jpg 
Video - https://mma.prnewswire.com/media/625438/ARON_CES.mp4

 

Source: SureFire
Keywords: Computer/Electronics Consumer Electronics Broadcast feed announcements New products/services Trade show news