omniture

Mars Petcare Bimbing Masa Depan Industri Penjagaan Haiwan Peliharaan dengan Pemecut Baharu dan Dana Usaha Niaga $100 Juta

Mars Petcare
2018-03-10 22:33 548

Syarikat Penjagaan Haiwan Peliharaan Terbesar Dunia Bakal Bangunkan Syarikat Baharu, Inovasi dengan Hasil Pantas untuk Tingkatkan Kehidupan Haiwan Peliharaan, Pemilik Haiwan Peliharaan dan Doktor Haiwan  

AUSTIN, Texas, 10 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Mars Petcare hari ini memperkenalkan dua program baharu untuk menyokong inovasi syarikat baharu dan pengubah generasi seterusnya dalam industri penjagaan haiwan peliharaan. Leap Venture Studio (Leap) dengan kerjasama Michelson Found Animals dan R/GA ialah pemecut pertama yang menumpu pada masa depan penjagaan haiwan peliharaan, dan Companion Fund ialah dana modal usaha niaga bernilai $100 juta yang bekerjasama dengan Digitalis Ventures. Program-program ini merupakan kaedah-kaedah baharu untuk mendekati penginovasi dan usahawan yang memiliki syarikat pada pelbagai tahap, bermula daripada penjanaan idea kepada pelaksanaan dan peluasan. Leap dan Companion Fund akan membuat pameran di Leap Lounge (#LeapLounge2018) Mars Petcare pada 11 Mac di Austin.


"Kami berasa teruja untuk menyokong usahawan dan penginovasi dalam usaha mencipta produk dan perkhidmatan baharu yang dapat menyampaikan tujuan kami: 'Dunia yang Lebih Baik untuk Haiwan Peliharaan,'" kata Poul Weihrauch, Presiden, Mars Petcare. "Peluang-peluang luar biasa teknologi dan data terhubung terbuka untuk semua. Padankan peluang-peluang ini dengan jangkauan yang luas, sumber dan keupayaan teras sesebuah syarikat seperti Mars, dan kita dapat bersama-sama mencetuskan kuasa yang hebat ke arah perubahan."

Leap akan memberi galakan kepada syarikat-syarikat baharu penjagaan haiwan peliharaan peringkat awal dengan menyediakan bimbingan daripada para eksekutif dan pemimpin industri dari segi sains, kesihatan veterinar dan sokongan haiwan peliharaan, akses kepada rakan-rakan kongsi bertaraf dunia dan peluang untuk mendapatkan pembiayaan daripada Mars Petcare, Michelson Found Animals serta komuniti modal usaha niaga yang lebih luas.

Companion Fund akan menjana pertumbuhan perniagaan penjagaan haiwan peliharaan bagi membantu memenuhi janji mereka. Dana ini  akan diurus oleh Digitalis Ventures, menumpu pada syarikat-syarikat baharu dalam peringkat awal dan peringkat pertumbuhan. Matlamat Companion Fund adalah untuk berkhidmat kepada pengasas penjagaan haiwan peliharaan, menghubungkan mereka dengan peluang pembangunan perniagaan bagi mempercepatkan trajektori setiap syarikat baharu dan untuk menyumbang kepada masa depan industri penjagaan haiwan peliharaan.

"Cita-cita kami adalah untuk menjadi rakan kongsi pilihan kepada semua orang yang sanggup mengubah aturan industri penjagaan haiwan peliharaan. Mars Petcare memanfaatkan kisah-kisah kejayaan kami sendiri, Whistle dan Wisdom Health, bagi mengenal pasti dan menyokong gelombang pengubah industri yang seterusnya," kata Leonid Sudakov, Presiden Connected Solutions, divisyen usaha niaga global, teknologi pengguna, data dan analitik Mars Petcare. "Skala dan jaringan global perniagaan terhubung Mars Petcare yang unik akan menyokong para pengasas dengan memanfaatkan idea mereka daripada papan putih kepada haiwan peliharaan dan kediaman pemilik mereka."

Pengasas dan usahawan dalam industri penjagaan haiwan peliharaan mempunyai peluang pasaran yang luas dalam sebuah industri dengan jualan mencecah lebih $100B setiap tahun, menurut Euromonitor International. Golongan milenia kini membentuk lebih satu pertiga daripada pemilik haiwan peliharaan dan mereka mengharapkan data dan teknologi terhubung untuk mengoptimumkan lebih banyak aspek dalam kehidupan mereka, demi menjadikan pemilikan haiwan peliharaan suatu yang lebih lancar dan menarik.

Latar Belakang Companion Fund
Companion Fund ialah dana bagi modal usaha niaga bernilai $100 juta yang diurus oleh Digitalis Ventures. Companion Fund akan menyediakan modal permulaan dan sokongan kepada usahawan yang menangani keperluan haiwan peliharaan, pemilik haiwan peliharaan dan doktor haiwan. Dana ini akan ditumpukan khusus untuk peluang pelaburan dalam Kesihatan Digital, Diagnostik, Pemakanan dan Perkhidmatan, namun teruja untuk meneroka bidang-bidang keperluan baharu bersama para usahawan luar biasa. Digitalis Ventures mempunyai pejabat-pejabat di Bandar Raya New York, San Francisco, Los Angeles dan London. Untuk mengetahui lebih lanjut, sila layari www.companionfund.com.

Latar Belakang Leap
Leap ialah pemecut permulaan pertama yang menumpu pada inovasi penjagaan haiwan peliharaan, dipimpin oleh Mars Petcare, R/GA dan Michelson Found Animals. Leap berpangkalan di Portland, Oregon, di pejabat R/GA yang berada di tengah-tengah Pearl District yang berfokuskan inovasi. Leap menyasarkan syarikat baharu peringkat awal dan akan dibahagikan kepada dua kohort dengan enam buah syarikat dalam setiap kohort. Pasukan tersuai yang terdiri daripada ahli strategi, ahli teknologi, pereka dan perunding R/GA yang memenangi anugerah akan berkolaborasi dengan syarikat baharu bagi membantu melaksanakan rancangan perniagaan mereka dan mempersiapkan mereka ke arah pencapaian masa depan, termasuk pengumpulan dana, pembentangan pic perniagaan dan pembangunan perniagaan. Syarikat baharu akan menerima bimbingan daripada eksekutif industri dan akses kepada rakan kongsi bertaraf dunia. Untuk maklumat lanjut sila layari www.leapventurestudio.com.

Permohonan untuk Leap dibuka pada 7 Mac 2018 dan kemasukan akan dibuat sepanjang tahun. Modul program pertama akan bermula pada akhir Julai. Leap Venture terbuka untuk syarikat-syarikat pada pelbagai tahap, daripada peringkat prapusingan awal kepada peringkat awal kepada Siri A, dan model-model perniagaan termasuk B2B dan B2C. Program ini akan diakhiri dengan Hari Demo pada musim luruh 2018, apabila para peserta berpeluang menonjolkan rancangan perniagaan mereka dan mendapatkan pembiayaan daripada Mars Petcare, Michelson Found Animals serta komuniti modal usaha niaga yang lebih luas.

Bidang Minat dan Teknologi Leap Venture Studio 2018 termasuk:

  • Pemakanan dan Kesejahteraan Haiwan Peliharaan
  • Kesihatan dan Perubatan Haiwan Peliharaan
  • Diagnostik Haiwan Peliharaan
  • Penyelesaian/Platform/Perkhidmatan untuk Pemilik Haiwan Peliharaan/Doktor Haiwan
  • AI dan Pembelajaran Mesin
  • Analitik Lanjutan
  • Produk dan Ruang Terhubung
  • Genetik

Untuk maklumat lanjut tentang Leap atau untuk menghantar permohonan, sila layari: www.leapventurestudio.com dan ikuti #leapvs melalui Twitter.

Latar Belakang Mars Petcare
Mars Petcare merupakan perniagaan pemakanan dan penjagaan kesihatan haiwan peliharaan yang terkemuka di dunia yang berusaha merealisasikan tujuan mereka melalui A BETTER WORLD FOR PETS©. Selaku peneraju global dalam penjagaan haiwan peliharaan, Mars Petcare membantu mewujudkan kehidupan yang lebih baik kepada berjuta-juta haiwan peliharaan dengan menyediakan pemakanan dan penjagaan kesihatan berkualiti, menghasilkan makanan yang digemari haiwan peliharaan dan mengeratkan hubungan haiwan peliharaan dengan pemilik mereka.

Beribu pejabat di Brussels, Belgium, Mars Petcare merupakan segmen berkembang yang mempunyai 50 jenama, yang terdiri daripada 75,000 Rakan Sekutu di 54 negara yang menyediakan keperluan pemakanan dan kesihatan untuk anjing, kucing, kuda, ikan dan burung setiap hari. Mars Petcare telah beroperasi selama lebih 75 tahun dan kini melibatkan tiga daripada lima jenama makanan haiwan peliharaan terkemuka di dunia - PEDIGREE®, WHISKAS® dan ROYAL CANIN® dan termasuk jenama-jenama bernilai berbilion-bilion dolar, VCA® dan BANFIELD®. Jenama-jenama lain yang terkenal termasuk: IAMS®, CESAR®, SHEBA®, NUTRO®, DREAMIES®, EUKANUBA®, BLUEPEARL® serta PET PARTNERS™ dan juga WALTHAM Centre for Pet Nutrition, pakar saintifik utama berkenaan pemakanan dan kesejahteraan haiwan peliharaan. Untuk maklumat lanjut tentang Mars Petcare, sila layari www.mars-petcare.com. Sertai kami melalui Twitter, Instagram dan LinkedIn.

Latar Belakang Mars, Incorporated
Mars, Incorporated ialah sebuah perniagaan milik keluarga yang melakar sejarah selama lebih seabad dalam membuat pelbagai produk dan menawarkan perkhidmatan untuk orang ramai serta haiwan peliharaan yang disayangi mereka. Mengaut hampir $33 bilion jualan, syarikat merupakan sebuah perniagaan bertaraf global yang mengeluarkan antara jenama terbaik kegemaran dunia: M&M's®, SNICKERS®, TWIX®, MILKY WAY®, DOVE®, PEDIGREE®, ROYAL CANIN®, WHISKAS®, EXTRA®, ORBIT®, 5™, SKITTLES®, UNCLE BEN'S®, MARS DRINKS dan COCOAVIA®. Mars turut menyediakan perkhidmatan kesihatan veterinar termasuk Hospital Haiwan Peliharaan BANFIELD®, Blue Pearl®, VCA® dan Pet Partners™. Beribu pejabat di McLean, Virginia, Mars beroperasi di lebih 80 negara. Lima Prinsip Mars – Kualiti, Tanggungjawab, Kesalingan, Kecekapan dan Kebebasan – mengilhamkan lebih 100,000 Rakan Sekutunya untuk mencipta nilai buat kesemua rakan kongsinya dan memberikan pertumbuhan yang mereka banggakan setiap hari. Untuk maklumat lanjut tentang Mars, sila layari www.mars.com. Sertai kami melalui Facebook, Twitter, LinkedIn, Instagram dan YouTube.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/652249/Mars_Petcare.jpg
Logo - https://mma.prnewswire.com/media/652258/Mars_Logo.jpg

Source: Mars Petcare
Keywords: Retail Animal Welfare Animals/Pets Venture Capital Future Events