omniture

Vakrangee Terajui Inisiatif Rangkuman Kewangan di Luar Bandar India

Vakrangee Limited
2020-01-30 11:13 157

Grant Thorton Keluarkan Laporan mengenai 'Rangkuman Kewangan dan Luar Bandar India – Sektor Perbankan & ATM di India'

MUMBAI, India, 30 Januari 2020 /PRNewswire/ -- Grant Thornton telah menjalankan kajian yang terperinci dan mengeluarkan laporan mengenai 'Rangkuman Kewangan dan Luar Bandar India – sektor Perbankan & ATM di India'.

Rangkuman kewangan merupakan kunci bagi merapatkan jurang sosial dan mencapai pertumbuhan ekonomi yang teragih dengan baik, teguh dan mampan. India ialah ekonomi ke-7 terbesar di dunia dan mempunyai penduduk seramai lebih 1.2 bilion orang yang mana lebih 2/3 populasinya menetap di kampung pedalaman dan bandar kecil tersebar lebih 6,00,000 buah kampung dan 640 daerah.

Inisiatif terkini oleh Kerajaan dan RBI telah meluaskan jangkauan perkhidmatan Kewangan di kawasan-kawasan yang jauh dan terpencil dengan membolehkan penggiat-penggiat swasta bertindak sebagai koresponden Perniagaan dan entiti bukan bank menubuhkan ATM berlabel putih (WLA) di seluruh negara berkenaan.

Vakrangee telah muncul sebagai penggiat utama di barisan hadapan bagi mendorong rangkuman kewangan dan sosial di Luar Bandar India. Sorotan utama dan pemerhatian daripada laporan Grant Thornton adalah seperti yang berikut –

  • Vakrangee ialah penggiat WLA yang paling pantas berkembang dan yang ketiga terbesar di negara ini. Dalam segmen ATM, bahagian Luar Bandar bagi Bank sektor awam ialah 20%, dalam sektor swasta ialah 9%, namun bahagian Luar Bandar bagi WLA ialah 49%. Maka, ini menunjukkan WLA mempunyai kehadiran yang luas di seluruh Luar Bandar India. Penggiat seperti Vakrangee memiliki bahagian yang besar sebanyak 66% di Luar Bandar India.  
  • Vakrangee mempunyai lebih 12,000 tempat BC, yang mana 82% terletak di Luar Bandar India.
  • Pada tahun fiskal 2018, BC Vakrangee membuka 31.7% daripada kesemua BSBDA yang dibuka oleh semua BC di India.
  • Vakrangee merupakan pengendali ATM ke-13 Terbesar di India. Walau bagaimanapun, di Luar Bandar India, ia merupakan pengendali ATM ke-3 terbesar hanya di belakang SBI dan Tata Indicash.
  • Apabila dibandingkan dengan Bank-bank sektor swasta, ia tersenarai antara beberapa buah Bank swasta seperti Axis Bank (1,905 ATM), HDFC Bank (1,063 ATM) dan ICICI Bank (760 ATM) di Luar Bandar India.
  • Daya pemprosesan Perbankan dan ATM daripada jaringan Vakrangee untuk Tahun Fiskal 2019 (sehingga 31 Disember 2019) ialah INR 218 bilion.

Pautan ke Laporan Grant Thornton: https://www.grantthornton.in/globalassets/1.-member-firms/india/assets/pdfs/financial-inclusion-in-rural-india-28-jan.pdf 

Latar Belakang Vakrangee Limited (BSE: 511431) (NSE: VAKRANGEE)

Vakrangee ialah sebuah syarikat dipacu teknologi unik yang memberi tumpuan untuk membina rangkaian terbesar di India bagi outlet jualan kilometer terakhir bagi menyediakan perkhidmatan Perbankan waktu nyata, ATM, e-tadbir urus, e-dagang dan logistik kepada pasaran luar bandar yang tidak mendapat perkhidmatan, separa bandar dan bandar.

Hubungan Media: 
Ammeet Sabarwal
Ketua Pegawai Komunikasi Korporat & Strategi
ammeets@vakrangee.in  
Vakrangee Limited
www.vakrangee.in  

 

Source: Vakrangee Limited
Related Stocks:
Bombay:511431 Bombay:VAKRANGEE.BO India:EQVAKRANGEE India:VAKRANGEE
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Survey, Polls & Research Data Analytics Financial Technology