omniture

Krisis Antimikrob: Antibiotik Baharu Dapat Elakkan 230,000 Kematian Setahun

Menarini I.F.R.
2020-02-02 18:10 141

Kajian klinikal terkini dibentangkan di Simposium Antarabangsa yang dianjurkan oleh Fondazione Internazionale Menarini

Pertubuhan Kesihatan Sedunia mengingatkan: labur lebih banyak dan labur sekarang dalam kajian penyelidikan untuk mencegah akibat-akibat yang menimbulkan bencana terhadap kesihatan awam

FLORENCE, Itali, 2 Februari 2020 /PRNewswire/ -- Pengenalan kepada antibiotik baharu dapat mengurangkan bilangan kematian yang berkaitan dengan bakteria kebal (superbug) daripada 50-55% kepada 10-15%: sekiranya antibiotik baharu ini digunakan, satu pertiga nyawa dapat diselamatkan dengan lebih daripada 230,000 kematian dielakkan pada peringkat global setiap tahun, 11,000 daripadanya hanya di Eropah.

Kajian-kajian klinikal terkini yang dibentangkan di Simposium Antarabangsa yang dianjurkan oleh Fondazione Internazionale Menarini dan diadakan di Genova, yang mana pakar-pakar terkemuka berhimpun bagi mendapatkan perkembangan terkini ini dengan kerintangan antimikrob, menyokong dapatan ini.

Setiap tahun, jangkitan yang berkaitan dengan 'superbug' perintang antibiotik menyebabkan kematian 700,000 orang di seluruh dunia dan 33,000 daripadanya adalah di Eropah. Angka ini dilihat akan meningkat secara dramatik, namun "melalui penggunaan antibiotik baharu yang betul dan lebih awal, sebahagian daripadanya telahpun berada di pasaran dan antibiotik-antibiotik lain berkemungkinan akan tersedia dalam beberapa bulan akan datang, kita dapat mengurangkan bilangan kematian sebanyak satu pertiga, sebagaimana yang ditunjukkan dalam beberapa kajian klinikal penting yang melibatkan kira-kira seribu orang pesakit yang menghidap pneumonia Klebsiella," ulas Matteo Bassetti, Pengerusi SITA, Italian Society of Anti-infective Therapy.

Walau bagaimanapun, molekul-molekul baharu ini gagal diterima oleh pesakit sebagaimana yang ditekankan oleh amaran baru-baru ini yang dikeluarkan oleh WHO: hari ini, lebih teruk lagi, kerintangan antimikrob merupakan satu ancaman global yang menggesa agar penyelesaian segera dapat ditemui. Penurunan dalam pelaburan persendirian dan kekurangan inovasi dalam laluan pembangunan antibiotik baharu akan menjejaskan usaha yang dilakukan untuk menangani jangkitan bakteria perintang ubat.

Penting agar institusi-institusi, pada peringkat-peringkat berbeza, serta rakan kongsi industri farmaseutikal mengukuhkan usaha mereka dan menyumbang menerusi pelaburan berterusan terhadap penemuan dan juga pembangunan rawatan-rawatan yang inovatif.

"Beberapa molekul baharu ini telahpun diluluskan oleh Pentadbiran Makanan dan Ubatan serta Agensi Ubat-ubatan Eropah. Jelas bahawa terdapat beberapa isu melibatkan penggunaannya dalam amalan klinikal meskipun dikenali sebagai senjata yang menyelamatkan nyawa, seperti mana rawatan kanser baharu dan perlu diperkenalkan dalam algoritma terapeutik untuk digunakan dengan betul, dengan cara yang empirik serta seawal mungkin bagi merawat pesakit-pesakit yang sakit tenat, yang mana kelewatan untuk memulakan rawatan yang betul akan memberi kesan kepada kadar kematian dan hasil klinikal," ujar Marin Kollef, Profesor Perubatan di Washington University School of Medicine.

"Kemajuan yang membuahkan hasil dalam perubatan moden seperti dalam prosedur pembedahan, perubatan dalaman, imunopatologi, transplan dan rawatan kanser membawakan prosedur yang lebih cekap dan diperkemas bagi menyelamatkan banyak nyawa namun begitu, apabila tiada antibiotik baharu jangkitan yang didapati di hospital daripada bakteria rintang berbilang ubatan mengancam untuk membalikkan keajaiban yang terjadi setengah abad yang lalu," simpul Pierluigi Viale, Naib Pengerusi SITA, Italian Society of Anti-infective Therapy

Ini merupakan salah satu alasan mengapa pakar-pakar mencadangkan agar keperluan pengawalseliaan dan prosedur akses pasaran untuk antibiotik baharu perlu sejajar dengan apa yang dilaksanakan untuk ubat-ubatan kanser yang terbaharu dan paling inovatif, dengan memperkenalkan saluran kelulusan yang mudah dan dipercepatkan.

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/1017025/Menarini_Logo.jpg

Source: Menarini I.F.R.
Related Links:
Keywords: Education Health Care/Hospital Higher Education Infectious Disease Control Medical/Pharmaceuticals Pharmaceuticals Publishing/Information Service Clinical Trials/Medical Discoveries Public Safety Survey, Polls & Research Trade show news Public Interest