omniture

Panamax-MobiFin Raih Anugerah 'Kecemerlangan bagi Perbankan Tanpa Cawangan' di Mobile Money & Digital Payments Global-2014

Bankai Group
2014-12-19 00:10 99

AHMADABAD, India, 19 Disember 2014 /PRNewswire/ --

Panamax Inc. diberi pengiktirafan melalui anugerah Kecemerlangan bagi Perbankan Tanpa Cawangan hasil daripada penyelesaian kewangan mudah alihnya, Panamax-MobiFin, sempena acara Mobile Money & Digital Payments - Global yang diadakan di Istanbul. Anugerah tersebut diterima oleh En. Siddharth Dhamija, Ketua Bahagian Jualan dan Operasi Panamax Inc.

(Gambar: http://photos.prnewswire.com/prnh/20141125/10111464 )

Bersempena dengan anugerah yang berjaya diraih ini, En. Bankim Brahmbhatt, Presiden, Ketua Pegawai Eksekutif - Panamax Inc. berkata, "Perkhidmatan Kewangan Mudah Alih merupakan bidang tumpuan utama Panamax dan sebagai satu langkah dalam komitmen syarikat ini bagi menjadikan penyelesaian kewangan lebih mudah diakses kepada orang awam; kami menampilkan Panamax-MobiFin. Saya amat berbangga kerana produk ini benar-benar merealisasikan komitmen kami kepada realiti. Anugerah ini merupakan satu testimoni kepada produk dan semangat berpasukan yang hebat. Anugerah ini turut menguatkan semangat kami dan memberi galakan kepada kami bagi merealisasikan objektif Rangkuman Kewangan Dunia."

Panamax-MobiFin muncul sebagai pemenang bagi kategori Perbankan Tanpa Cawangan hasil daripada ciri-ciri utamanya; Penggunaan antara muka yang ringkas, Mematuhi garis panduan keselamatan yang mengikut piawaian industri, Rangka kerja modular, Perkhidmatan masa sebenar yang boleh diakses daripada pelbagai platform mudah alih dan laman sesawang.

Syarikat ini amat gembira kerana semagat mereka untuk mencipta penyelesaian MFS yang berdaya maju untuk Rangkuman Kewangan bagi kumpulan tradisional, yang 'kurang mendapat perhatian', 'tidak memiliki akaun bank', melalui MobiFin mendapat pengiktirafan daripada seluruh dunia.

Latar Belakang Panamax

Panamax adalah unit teknologi Bankai Group (http://www.bankaigroup.com) yang ditubuhkan pada tahun 2001. Kami merupakan sebuah syarikat teknologi terkemuka yang menawarkan penyelesaian penukaran telekomunikasi yang terbukti di pasaran, penyelesaian perniagaan pengangkut pukal dan juga penyelesaian kewangan mudah alih. Kami mempunyai ibu pejabat di New York, Amerika Syarikat dan pusat penyelidikan & pembangunan (R&D) kami terletak di Ahmadabad, India. Sejak 2001, kami telah menyediakan penyelesaian telekomunikasi dan teknologi siap guna yang bertaraf dunia untuk para pelanggan di serata dunia. Kami merupakan penyedia penyelesaian teknologi hujung-ke-hujung yang stabil, menguntungkan dan pantas berkembang untuk syarikat-syarikat telekomunikasi, BFSI, pembawa, peniaga, pengumpul dan juga penyedia perkhidmatan.

Latar Belakang Bankai Group

Bankai Group menjadikan keringkasan sebagai asas kecanggihan yang utama dan muncul sebagai pesaing hebat dalam pasaran telekomunikasi dunia. Hari ini, Bankai diiktiraf sebagai pembangun penyelesaian teknologi dan penyedia perkhidmatan yang terkemuka oleh lebih 200 syarikat telekomunikasi dan Penyedia Perkhidmatan Komunikasi (CSP) di seluruh dunia. Bankai Group mempunyai pejabat berdaftar di Ahmadabad, India.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:

Maklumat Perhubungan Media: Arpita Rao, arpita@unspunmarketing.com, +91-9035192707, Unspun Consulting Pvt Ltd

Untuk mengetahui lebih lanjut tentang Panamax-MobiFin, sila baca di sini

Sumber: Bankai Group

Source: Bankai Group
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Awards