omniture

Ribuan Teruja Oleh Pengumuman USANA Untuk Membuka Operasi Di Indonesia

USANA Health Sciences, Inc.
2015-04-18 09:55 189

SALT LAKE CITY, 18 April 2015 /PRNewswire/ -- Tahap desibel berbahaya menembusi pusat konvensyen yang sesak apabila USANA Health Sciences (NYSE: USNA), sebuah syarikat nutrisi global, mengumumkan bahawa lewat tahun ini ia akan melancarkan operasi di Indonesia – ekonomi kelima paling pantas berkembang di dunia. Beribu pejabat di Daerah Perniagaan Pusat Jakarta, kehadiran USANA di Indonesia menandakan pasaran ke-20 USANA di seluruh dunia.

Gambar - http://photos.prnewswire.com/prnh/20150416/199192

Logo - http://photos.prnewswire.com/prnh/20120807/LA53885LOGO

Indonesia – sebuah negara yang kaya budaya serta mempunyai lebih 17,000 pulau – dikenali sebagai Zamrud Khatulistiwa, dan titik kedudukan geografi ini merupakan kunci kepada kemasukan Indonesia ke dalam keluarga USANA. Pasaran berjiran Australia, New Zealand, Singapura, Filipina dan Malaysia telah pun mempunyai bilangan warga Indonesia yang tinggi, menjadikan perluasan ini ideal untuk USANA.

"Sepertimana sebarang pengumuman pasaran baharu sentiasa terdapat jangkaan hebat, tetapi kepada sekumpulan penuh Sekutu penting yang menghadiri konvensyen USANA Asia dan Pasifik, maklum balas kepada pengumuman Indonesia itu amat menggalakkan!" luah Naib Presiden Eksekutif USANA bagi Rantau Pasifik, David Mulham. "Daripada semua negara yang ditinjau, Indonesia merupakan yang paling banyak permintaan setakat ini."

Jualan Langsung di Indonesia

  • Memasuki Direct Selling's Billion Dollar Market pada 2011, dengan $1 bilion dalam jualan keseluruhan dan 10 peratus pertumbuhan jualan keseluruhan berbanding statistik 2010
  • Dianggarkan 8.3 juta penduduk adalah penjual langsung
  • Negara keempat dengan penduduk paling ramai di dunia
  • Ekonomi kelima paling pesat berkembang – kelas pertengahan dijangka meningkat sekali ganda dalam lima tahun akan datang

"Pasaran ini penting kepada pertumbuhan strategik jangka panjang dan kejayaan USANA," kata Ketua Pegawai Eksekutif USANA, Dave Wentz. "Tetapi lebih penting lagi, ini merupakan satu lagi langkah ke arah wawasan bapa saya untuk menjadikan dunia ini tempat yang bebas kesakitan dan penderitaan. Inilah misi sebenar USANA."

USANA akan melancarkan pasaran Indonesianya dengan produk utamanya, Essentials™, bersama beberapa pengoptimum utamanya. Bangunan canggih di Jakarta akan menempatkan pejabat pekerja, pusat panggilan, ruang perjumpaan pengedar dan beberapa ruang mesyuarat yang besar.

Untuk maklumat lanjut tentang produk dan syarikat USANA, lawati USANA.com.

Latar Belakang USANA

Diasaskan pada 1992, USANA Health Sciences (NYSE: USNA) merupakan syarikat nutrisi berpangkalan di A.S. yang menghasilkan makanan tambahan berkualiti tinggi, produk penjagaan peribadi dan tenaga di kemudahan berdaftar FDAnya di Salt Lake City. Ketahui lebih lanjut tentang USANA dengan melawati laman sesawang kami di http://www.usana.com atau blog rasmi USANA http://whatsupusana.com.

Wakil Media: Ashley Collins
Pengarah Eksekutif

Perhubungan Awam dan Media Sosial
+1-801-954-7629
media(at)us.usana(dot)com

 

Source: USANA Health Sciences, Inc.
Related Stocks:
NYSE:USNA
Related Links:
Keywords: Health Care/Hospital Supplementary Medicine Corporate Expansion