omniture

Nexen Tire Menandatangani Perkongsian Tayar Rasmi dengan Kelab Bola Sepak Manchester City

Dengan perkongsian rasmi bersama Kelab Bola Sepak Manchester City, Nexen Tire mempercepat proses perluasan pasaran Eropahnya
Syarikat itu merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pemasaran dengan menggunakan medium pengiklanan stadium tempat sendiri serta hak potret para pemain
Nexen Tire dijangka akan mempercepat proses perluasan globalnya dan mengukuhkan kedudukannya sebagai pembuat tayar terbaik dunia melalui aktiviti pemasaran sukan
Nexen Tire
2015-08-10 08:50 558

SEOUL, Korea Selatan, 10 Ogos 2015 /PRNewswire/ -- Nexen Tire, pengeluar tayar dan tiub terkemuka dunia, telah menjadi Rakan Kongsi Rasmi Kelab Bola Sepak (FC) Manchester City, salah satu pasukan terkuat Liga Perdana Inggeris, sebagai sebahagian daripada pelan pemasaran sukan syarikat itu.

Pada 6 Ogos, Nexen Tire mengadakan upacara tanda tangan sempena persetujuan perkongsian mereka bersama Manchester City FC di Akademi Bola Sepak City di Manchester, England dan mengumumkan Perkongsian Tayar Rasminya bagi Manchester City FC. Dari kiri, Ferran Soriano, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City FC dan Ho-Chan Kang, Presiden Nexen Tire.
Pada 6 Ogos, Nexen Tire mengadakan upacara tanda tangan sempena persetujuan perkongsian mereka bersama Manchester City FC di Akademi Bola Sepak City di Manchester, England dan mengumumkan Perkongsian Tayar Rasminya bagi Manchester City FC. Dari kiri, Ferran Soriano, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City FC dan Ho-Chan Kang, Presiden Nexen Tire.

Pada 6 Ogos (waktu tempatan), Nexen Tire mengadakan upacara tanda tangan sempena persetujuan perkongsian mereka dengan Manchester City FC di Akademi Bola Sepak City di Manchester, England dan mengumumkan Perkongsian Tayar Rasminya bagi Manchester City FC. Majlis itu dihadiri oleh Ho-Chan Kang, Presiden Nexen Tire, Ferran Soriano, Ketua Pegawai Eksekutif Manchester City FC, Omar Berrada, Pengarah Komersial Pemasaran Bola Sepak City, dan para eksekutif lain daripada kedua-dua belah pihak. Para pemain Manchester City FC turut hadir bersama.

Perkongsian ini mengukuhkan lagi proses perluasan pantas Nexen Tire ke dalam pasaran global dengan bertapak kukuh dalam pasaran Eropah serta global melalui komunikasi aktif bersama para pelanggan. Peminat bola sepak dari Eropah dan seluruh dunia akan dapat melihat logo Nexen Tire pada papan digital pada bila-bila sahaja Manchester City bermain di Stadium Etihad. Lebih-lebih lagi, syarikat itu merancang untuk melaksanakan pelbagai aktiviti pemasaran dengan menggunakan hak potret pemain serta pengurusan penajaan.

"Kami sangat gembira dapat berkhidmat sebagai Tayar Rasmi Manchester City FC, salah satu kelab bola sepak terbaik di Eropah. Manchester City FC merupakan rakan kongsi terbaik untuk Nexen Tire, melihatkan kedudukannya dalam liga sebagai salah satu kelab bola sepak terbaik dalam kategorinya dengan pengambilan serta pelaburan muktamad bintang-bintang terunggul," kata Ho-Chan Kang, Presiden Nexen Tire.

Beliau turut menambah, "Ini akan memberi kami peluang hebat bagi memberitahu pelanggan seluruh dunia tentang Nexen Tire melalui perkongsian dengan Manchester City FC ini, yang mempunyai banyak peminat di semua benua. Kami akan mengukuhkan kuasa jenama kami melalui pemasaran sukan yang berterusan."

"Kami sangat gembira untuk mengalu-alukan Nexen Tire sebagai rakan kongsi global terbaharu kami dan untuk mengalu-alukan Presiden Kang ke tempat kami di Manchester. Kami mempunyai jutaan pengikut di Korea Selatan dan kami akan dapat memberikan mereka pengalaman yang lebih menarik. Nexen bukan sahaja merupakan jenama Korea Selatan yang mantap, tetapi ia juga mempunyai cita-cita tinggi untuk berkembang secara global seperti kami. Perkongsian ini membina hubungan strategik yang akan membolehkan kedua-dua belah pihak mencapai matlamat masing-masing," kata Ferran Soriano. Ketua Eksekutif Manchester City FC.

Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global, termasuk Volkswagen, Fiat, Renault-Daimler dan lain-lain, serta telah mengukuhkan kehadiran globalnya dengan memberi tumpuan kepada pasaran Eropah. Bermula lewat tahun 2015, syarikat itu akan memulakan proses pembinaan kilang penghasilan tayar baharu di Republik Czech, yang akan menggunakan sistem pengautomasian paling canggih serta teknologi mesra alam. Operasi komersial dirancang akan bermula pada tahun 2018. Ia dijangka akan bertindak sebagai hab pengeluaran penting untuk syarikat itu ketika ia berhasrat untuk menyertai pembuat tayar terkemuka dunia kerana lokasi strategiknya yang berdekatan dengan kilang pengeluaran pembuat kereta global.

Selain itu, Nexen Tire telah memperoleh keyakinan pengguna Eropah menerusi prestasi hebat dan kualiti cemerlang tayarnya, yang menerima pemeringkatan positif dalam ujian prestasi daripada majalah automobil yang sangat terkenal di Eropah, seperti Autobild.

Latar Belakang Nexen Tire

Nexen Tire, ditubuhkan pada tahun 1942, merupakan pengeluar tayar global yang beribu pejabat di Yangsan, Daerah Gyeongsang Selatan, dan di Seoul, Korea Selatan. Nexen Tire, salah satu pengeluar tayar paling pesat berkembang di dunia, bekerjasama dengan 491 pengedar yang berada di 141 buah negara di seluruh dunia (setakat Julai 2015) dan memiliki tiga kilang pengeluaran – dua di Korea (Yangsan dan Changnyeong) dan satu di Qingdao, China. Satu lagi kilangnya ialah di Zatec, Republik Czech yang akan beroperasi menjelang tahun 2018. Nexen Tire mengeluarkan tayar untuk kereta penumpang, SUV, dan trak ringan dengan teknologi canggih, serta kecemerlangan dalam rekaan. Syarikat itu juga memfokuskan pengeluaran tayar UHP, yang dibuat berdasarkan teknologi termaju. Nexen Tire membekalkan tayar OE kepada pembuat kereta global untuk pelbagai negara seluruh dunia. Pada tahun 2014, syarikat itu meraih pencapaian unggul dengan 4 anugerah rekaan terbaik dunia buat pertama kali dalam kalangan pembuat tayar seluruh dunia. Untuk maklumat lanjut, sila lawati http://www.nexentire.com.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150807/8521505186

Source: Nexen Tire
Related Links:
Keywords: Auto Sports Transportation Licensing/marketing agreements