omniture

Pelancaran Anugerah LUI Che Woo Menandakan Era Baharu dalam Kemajuan Tamadun Dunia

Satu anugerah antarabangsa berjumlah HK$60 juta (sekitar AS$7.75 juta) dalam bentuk wang Hadiah untuk mengiktiraf pencapaian yang menjadikan dunia sebagai tempat yang lebih baik dan lebih lestari.
LUI Che Woo Prize Limited
2015-09-25 12:24 556

HONG KONG, 25 September 2015 /PRNewswire/ -- Anugerah LUI Che Woo – Anugerah untuk Tamadun Dunia ('Anugerah' atau 'Anugerah LUI Chee Woo') hari ini meraikan pelancaran rasminya, dengan mengundang beberapa pencalonan untuk dihantar bagi meraih Anugerah tersebut dari seluruh dunia. Anugerah tahunan ini merupakan yang pertama seumpamanya yang menyeru gabungan masa depan yang lestari, penambahbaikan dalam kebajikan manusia serta penggalakkan tenaga positif.

Untuk melihat Hebahan Berita Multimedia, sila klik: http://www.prnasia.com/mnr/lcw_201509.shtml

 

Dr. LUI Che Woo (tengah) dan para tetamu meminum ucap selamat sempena pelancaran Anugerah LUI Che Woo.
Dr. LUI Che Woo (tengah) dan para tetamu meminum ucap selamat sempena pelancaran Anugerah LUI Che Woo.

 

Dr. LUI Che Woo berucap pada Majlis Pelancaran Anugerah LUI Che Woo.
Dr. LUI Che Woo berucap pada Majlis Pelancaran Anugerah LUI Che Woo.

 

(dari kiri) Cik Anna Wu Hung-yuk, moderator, Dr. LUI Che Woo, Dr. Condoleezza Rice dan Prof. Lawrence J. Lau semasa perbincangan panel.
(dari kiri) Cik Anna Wu Hung-yuk, moderator, Dr. LUI Che Woo, Dr. Condoleezza Rice dan Prof. Lawrence J. Lau semasa perbincangan panel.

 

(dari kiri) Prof. Frederick Ma Si-hang, Dr. LUI Che Woo, Prof. Lawrence J. Lau dan Dr. Moses Cheng Mo-chi semasa Sidang Media Majlis Pelancaran Anugerah LUI Che Woo.
(dari kiri) Prof. Frederick Ma Si-hang, Dr. LUI Che Woo, Prof. Lawrence J. Lau dan Dr. Moses Cheng Mo-chi semasa Sidang Media Majlis Pelancaran Anugerah LUI Che Woo.

Sekitar 500 pemimpin perniagaan, ahli akademik, pemimpin agama, lebih 20 konsul besar, selain media tempatan dan antarabangsa berhimpun di Hong Kong untuk menghadiri acara ini. Para tetamu terdiri daripada En. K C Chan, Setiausaha Perkhidmatan Kewangan dan Perbendaharaan Hong Kong SAR; Cik Qiu Hong, Timbalan Pengarah Pejabat Perhubungan Kerajaan Rakyat Pusat di Hong Kong; En. Song Ru'an, Timbalan Pesuruhjaya Pejabat Pesuruhjaya Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri di HKSAR dan En. Eddie Ng Hak-kim, Setiausaha Pendidikan Hong Kong SAR.

Dibiayai oleh Dr. LUI Che Woo, seorang usahawan berjaya yang terkemuka, Anugerah ini melambangkan langkah yang besar dalam misi sepanjang hayat untuk menyumbangkan kebaikan dan kemurahan hati kepada masyarakat.

Anugerah LUI Che Woo akan mengiktiraf dan meraikan pencapaian yang dibuat oleh para individu atau organisasi yang cemerlang. Penerima dalam setiap Kategori Anugerah akan diberikan anugerah wang tunai sebanyak HK$20 juta (sekitar AS$2.56 juta), sijil dan trofi pada separuh kedua tahun 2016.

Terdapat tiga Anugerah yang disampaikan setiap tahun, dengan jumlah keseluruhan bernilai HK$60 juta (sekitar AS$7.75 juta) disampaikan kepada penerima.

Dr. LUI Che Woo, Pengasas dan Pengerusi Lembaga Pengelola Merangkap Majlis Anugerah, berkata, "Saya amat teruja untuk menyampaikan Anugerah LUI Che Woo -- Anugerah untuk Tamadun Dunia sebagai hadiah kepada dunia. Anugerah ini meraikan inovasi dan kemajuan saintifik, selain sumbangan kepada tamadun dunia serta keharmonian sosial. Ini merupakan anugerah untuk manusia tanpa mengira bangsa, kerakyatan, geografi, budaya atau agama. Dalam menghadapi persekitaran ekonomi dan geopolitik global yang mencabar, harapan saya adalah untuk memberikan kesejahteraan kepada orang ramai dan untuk mewujudkan keadaan yang dapat memupuk kebaikan, keindahan serta keharmonian. Saya melakukan semua ini dengan melancarkan anugerah yang merangkumi dan menggalakkan nilai-nilai ini."

Anugerah LUI Che Woo adalah merentasi sektor dan terdiri daripada tiga Kategori Anugerah. Bidang Fokus Khusus bagi setiap Kategori Anugerah akan berubah setiap tahun. Bagi Anugerah pertama pada tahun 2016, pencalonan dalam Bidang Fokus Khusus dalam setiap satu daripada tiga Kategori Anugerah boleh dihantar:

1.     Kategori Anugerah 1: Pembangunan lestari dunia 
Bidang Fokus Khusus: Bekalan Makanan Dunia: Keselamatan dan Sekuriti

2.      Kategori Anugerah 2: Penambahbaikan kebajikan manusia 
Bidang Fokus Khusus: Rawatan dan/atau kawalan wabak, penyakit berjangkit atau penyakit kronik

3.       Kategori Anugerah 3: Penggalakkan perspektif hidup yang positif dan peningkatan tenaga positif
Bidang Fokus Khusus: Individu atau organisasi yang tingkah laku dan pencapaiannya mengilhamkan, memberi semangat dan membawa harapan kepada orang lain

Bersama Dr. LUI, Majlis Anugerah itu turut terdiri daripada para individu terkemuka termasuk Yang Berhormat Tung Chee-hwa, Dr. Condoleezza Rice, Dr. James Wolfensohn dan Dr. Rowan Douglas Williams.

Dr. Rice, mantan Setiausaha Negara Amerika Syarikat, berkata, "Penting untuk kita menjadi optimis bahawa kita semua dapat melakukan sesuatu kebaikan kepada dunia. Saya gembira melihat Anugerah ini akhirnya dapat diwujudkan untuk mengiktiraf individu yang menjadi pemimpin luar biasa dan sumber inspirasi, yang dapat menggalakkan inisiatif sumbangan baharu bagi manfaat kesejahteraan manusia."

Lebih 1,000 buah universiti, institusi-institusi akademik dan organisasi-organisasi profesional akan diundang untuk menghantar pencalonan. Setiap penerima Anugerah akan dipilih dengan teliti melalui struktur tiga peringkat, yang terdiri daripada Majlis Anugerah, Jawatankuasa Saranan Anugerah dan Panel Pemilihan tiga Kategori Anugerah tersebut. Pencalonan akan dinilai oleh salah satu daripada tiga Panel Pemilihan sebelum dinilai oleh Jawatankuasa Saranan Anugerah.

Majlis Anugerah bertanggungjawab terhadap keputusan akhir untuk memilih penerima Anugerah daripada senarai penerima yang disarankan bagi setiap daripada tiga Kategori Anugerah itu. Ahli Jawatankuasa Saranan Anugerah terdiri daripada Prof. Lawrence J. Lau, Prof. Sir Colin Lucas, Dr. Mo Yan, Dr. Heather Munroe-Blum, Prof. Andrew Yao dan juga Prof. Wen-hsin Yeh.

Anugerah LUI Che Woo adalah berasaskan nilai tradisional iaitu empati, ketabahan, kecintaan terhadap kemanusiaan dan keharmonian. Anugerah tersebut ditadbir oleh LUI Che Woo Prize Limited ('Syarikat Anugerah') dan Lembaga Pengelola yang terdiri daripada Dr. LUI, Prof. Lap-Chee Tsui, Prof. Frederick Ma Si-hang dan Dr. Moses Cheng Mo-Chi. Dr. LUI telah menyuntik aset bernilai HK$2 bilion ke dalam Syarikat Anugerah itu sebagai pembiayaan pertamanya untuk menyokong pembangunan lestari serta pengendalian Anugerah tersebut.

Anugerah tersebut kini dibuka kepada pencalonan global daripada pencalon yang diundang, tanpa mengira bangsa, agama mahupun kerakyatan mereka. Anugerah LUI Che Woo bermatlamat untuk menyatukan manusia dari seluruh dunia dan merentasi budaya untuk bekerjasama bagi tujuan penambahbaikan dunia.

Latar Belakang Anugerah LUI Che Woo

Diasaskan oleh Dr. LUI Che Woo, "Anugerah LUI Che Woo -- Anugerah untuk Tamadun Dunia" merupakan anugerah tahunan inovatif merentasi sektor antarabangsa yang pertama seumpamanya bagi memajukan tamadun dunia dan memberi inspirasi kepada masyarakat untuk membina dunia yang lebih harmoni. Ia bertujuan untuk mengiktiraf dan meraikan para individu atau organisasi di seluruh dunia yang memberi sumbangan cemerlang serta menggalakkan penerusan usaha tersebut dalam tiga objektif: pembangunan dunia yang lestari, penambahbaikan kebajikan manusia dan penggalakkan perspektif hidup yang positif dan juga peningkatan tenaga positif.

www.luiprize.org

Video - http://static.prnasia.com/pro/media/201509/lcw/lcw.mp4 
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/8521506189-a
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/8521506189-b
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/8521506189-c
Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20150925/8521506189-d

Source: LUI Che Woo Prize Limited
Keywords: Education Food/Beverages Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources Awards Corporate Social Responsibility