omniture

Yili Berjaya Buka Gerbang Kerjasama Antara Industri Tenusu China dan New Zealand

Yili Group
2015-11-09 11:05 442

BEIJING, 9 November, 2015 /PRNewswire/ -- Pada November 2015, Tapak Pengeluaran Yili Oceania (Tapak) telah digelar "Keajaiban Yili" oleh media tempatan kerana pertumbuhan tahun demi tahun yang begitu pesat (hampir 30%), mampu melaksanakan integrasi penuh ke dalam masyarakat tempatan dan memberi sumbangan penting dalam menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan China-New Zealand.

Tapak Pengeluaran Yili Oceania
Tapak Pengeluaran Yili Oceania

Sebagai tapak pengeluaran tenusu bersepadu yang terbesar di dunia dan salah satu projek pelaburan ladang hijau terawal yang dijalankan di New Zealand oleh sebuah syarikat China, Tapak ini telah berjaya menyediakan tepung susu New Zealand berkualiti tinggi kepada bayi-bayi China. Dilaporkan bahawa, walaupun Tapak itu baru memulakan operasi setahun lalu, kapasiti pengeluarannya telah melangkaui kebanyakan kilang New Zealand yang sama jenisnya, dan tahun ini keluarannya bakal meningkat sebanyak hampir 30% sekali lagi.

Sebagai majikan besar di New Zealand, Tapak itu telah menyediakan banyak peluang pekerjaan dan hasil cukai untuk rantau tersebut. Fasa pertama projek itu sahaja menyediakan pekerjaan untuk beratus-ratus orang dan membantu perniagaan hampir 100 ladang. Menurut Datuk Bandar Waimate Craig Rowley, "Yili merupakan sebahagian daripada keluarga besar kami. Kami sentiasa menganggapnya sebagai 100% perniagaan New Zealand."

Tapak itu telah dilancarkan dengan rasminya oleh pemimpin-pemimpin China dan New Zealand pada 21 November 2014. Projek fasa kedua yang sedang berjalan melibatkan empat program, pemprosesan mendalam susu mentah, susu cecair UHT, penghasilan dan pembungkusan tepung susu.

Gambar - http://photos.prnasia.com/prnh/20151105/0861510733

Source: Yili Group
Keywords: Agriculture Banking/Financial Service Beverages Non-Alcoholic Beverages Corporate Expansion