omniture

Waves Audio Memperkenalkan Penjejak Kepala Nx melalui Kempen Kickstarter Bagi Menjadikan Pengalaman Audio 3D Imersif Suatu Realiti

Waves Audio
2016-06-23 23:22 604

KNOXVILLE, Tennessee, 23 Jun 2016 /PRNewswire/ -- Awal tahun ini, Waves Audio memperkenalkan Nx, teknologi perisian inovatif yang mengaplikasikan imej audio berpanorama kepada fon kepala stereo, yang memungkinkan kegunaan dalam realiti maya, realiti diperkukuhkan, pencampuran 3D dan banyak lagi. Waves Nx membolehkan pengguna mendengar kedalaman semula jadi, refleksi semula jadi dan imej berpanorama yang sama daripada pembesar suara di dalam sebuah bilik, tetapi menerusi fon kepala. Dengan Waves Nx, muzik, filem dan permainan video boleh didengari menerusi cara yang revolusioner dalam dimensi realiti 3D baharu yang imersif, dan kesemua pengalaman ini berlaku di dalam fon kepala milik anda sendiri. Waves memutuskan untuk memberi penekanan R&D khusus kepada Nx agar dapat terus membangunkan teknologi tersebut. Kini, Waves mendekati komuniti audio untuk terlibat dalam kempen Kickstarter bermula pada 22 Jun ini. Kickstarter ialah cara untuk penggemar audio meraih peluang awal bagi mengalami set instrumen yang revolusioner ini. Bagi menyertai kempen tersebut, sila layari http://waves.com/kickstarter.

Foto - http://photos.prnewswire.com/prnh/20160621/382096
Logo -  http://photos.prnewswire.com/prnh/20160621/382097LOGO

Waves merupakan pemenang Anugerah Teknikal GRAMMY® serta pembangun terkemuka dunia bagi teknologi DSP. Selama lebih dua puluh tahun, Waves merintis pembangunan algoritma pemprosesan isyarat psikoakustik yang memanfaatkan pengetahuan termaju berkaitan pendengaran serta persepsi manusia bagi meningkatkan kualiti bunyi yang diamati secara keseluruhan.

Persepsi terhadap bunyi ruang ialah satu fenomena yang kompleks. Ia menggabungkan interaksi antara gelombang bunyi akustik dan sebuah bilik atau ruang, interaksi antara gelombang bunyi dan pergerakan fizikal bahagian kepala dan telinga kita, selain tindak balas pada bahagian telinga tengah dan telinga dalam serta saraf audio, dan akhirnya, kognisi dan juga tafsiran oleh minda kita terhadap landskap akustik.

Persepsi bunyi melalui fon kepada ialah suatu pengalaman yang berbeza sama sekali. Waves Nx merapatkan jurang yang ada dengan mencipta isyarat auditori yang diperoleh oleh telinga kita, sama seperti dalam dunia sebenar, melalui fon kepala. Salah satu cara ia menjalankan fungsi ini adalah dengan mengesan kedudukan kepala pengguna dan menempatkan bunyi dalam fon kepala pengguna agar sepadan dengan cara pengguna mendengarnya dalam dunia sebenar. Waves Nx dapat mengesan pergerakan sebenar kepala pengguna, memberikan sedikit nuansa yang dapat mewujudkan pengalaman deria yang sebenar, dinamik dan juga berubah-ubah. Ini dapat dicapai melalui penempatan audio dengan betul pada bahagian kiri dan kanan fon kepala bagi tujuan mensimulasikan pergerakan menerusi ruang audio tiga dimensi.

Baru-baru ini, Waves berjaya melancarkan produk pertama daripada rangkaian Nx ini, iaitu pemalam Bilik Campuran Maya (Virtual Mix Room) Nx, satu instrumen "pemantauan maya" yang membawakan akustik ideal menerusi fon kepala untuk bilik campuran yang canggih bagi membolehkan golongan profesional audio menggabungkan akustik dan membuat keputusan rakaman yang lebih baik pada fon kepala. Sejak dilancarkan, pemalam Bilik Campuran Maya Nx telah mendapat pengiktirafan secara sebulat suara. Instrumen Nx seterusnya yang bakal dipasarkan (dijangka dilancarkan pada September) ialah Penjejak Kepala Nx, peranti Bluetooth yang dapat melekap pada mana-mana fon kepala, mengesan pergerakan kepala pengguna dan berhubung dengan perisian Nx. Penjejak Kepala Nx dapat digunakan bersama pemalam Bilik Campuran Maya Nx, mahupun aplikasi Waves Nx yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, bagi membolehkan kesemua pengguna mengalami sendiri audio 3D daripada komputer mereka dan juga peranti mudah alih. Dengan bantuan komuniti audio daripada kempen Kickstarter, Waves akan memperluas kerja-kerja pembangunan Nx, yang bermatlamat untuk menajamkan deria dan mengubah cara kita semua mendengar dunia ini.

Bagi melihat senarai ganjaran Nx, sila ke http://waves.com/kickstarter.

Pautan video: http://youtu.be/iwIr_4pczXs

Untuk maklumat lanjut, sila layari http://waves.com.

Source: Waves Audio
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Software Entertainment New products/services