omniture

Venture Global LNG Pilih Penyelesaian Seluruh Kilang Berteknologi Tinggi GE Oil & Gas untuk Fasiliti Eksport Dalam Pembangunan di Louisiana

Venture Global LNG, Inc.
2017-02-21 00:01 642

WASHINGTON, 21 Februari 2017 /PRNewswire/ -- Venture Global LNG telah memilih GE Oil & Gas sebagai rakan kongsi strategik untuk membekalkan penyelesaian teknologi seluruh kilang bagi fasiliti eksport gas asli cecair (LNG) yang masih dalam pembangunan di Louisiana. Di bawah perjanjian ini, GE Oil & Gas akan menggunakan teknologi lebih canggih dari seluruh portfolio GE untuk membekalkan sistem kuasa, rawatan awal dan pencairan LNG secara menyeluruh. Perjanjian ini bersetuju untuk membekalkan sistem proses LNG yang lengkap dengan standard ketetapan jadual, harga dan prestasi – kesemuanya disokong oleh GE, peneraju teknologi terkenal dalam industri LNG.

Mike Sabel dan Bob Pender, Ketua Pegawai Eksekutif Bersama Venture Global LNG, mengumumkan bersama-sama, "Urusniaga ini adalah acara penetapan duluan dalam industri LNG. Ia akan mengurangkan kos dan risiko projek dengan ketara dan mempercepatkan jadual pembangunan secara dramatik. GE Oil & Gas komited terhadap pasaran ini dan suit produk mereka. Hal ini, digabung dengan kecemerlangan mereka yang telah terbukti dalam penyelesaian pemasangan, fabrikasi dan perkhidmatan, adalah sejajar dengan strategi kos rendah kami. GE Oil & Gas ialah sebuah syarikat berkelas dunia dan rakan kongsi cemerlang yang berkongsi wawasan masa hadapan loji beban asas kami yang dibina dengan blok pencecairan berskala sederhana yang cekap."

Rod Christie, Ketua Pegawai Eksekutif GE Oil & Gas Turbomachinery, berkata: "Perjanjian perkhidmatan teknologi canggih dan berasaskan keputusan ini adalah padanan yang ideal untuk strategi kos rendah Venture Global LNG, Inc. Sebagai sebuah peneraju teknologi terkenal dalam industri LNG, kami berkongsi hasrat Venture Global LNG untuk membuat pembaharuan teknikal dan operasi untuk dibekalkan kepada fasiliti LNG di masa hadapan. Rekod cemerlang kami di dalam ruang LNG telah meletakkan kami sebagai rakan kongsi yang baik yang boleh memberikan penyelesaian berskala sederhana yang menyeluruh, yang menggabungkan sistem proses, mampatan, motor elektrik, penjanaan kuasa, rawatan awal dan pengagihan elektrik LNG GE. Selain daripada teknologi dan perkhidmatan, kami juga berbesar hati untuk menawarkan modal untuk pelaburan dan membantu mempercepatkan projek ini."

Venture Global LNG adalah sebuah syarikat pengekport LNG berpusat di Amerika Syarikat yang membangunkan kedua-dua fasiliti 10 MTPA Venture Global Calcasieu Pass di atas kawasan dengan anggaran keluasan 1,000 ekar yang terletak di pertembungan Terusan Kapal Calcasieu dan Teluk Mexico, dan fasiliti LNG 20 MTPA Venture Global Plaquemines di Plaquemines Parish, Louisiana di atas kawasan seluas kira-kira 630 ekar di penanda batu sungai 55 di Sungai Mississippi, yang terletak kira-kira 30 batu di selatan New Orleans, Louisiana.

Latar Belakang Venture Global LNG.
Venture Global LNG merancang untuk menjadi pengeluar LNG jangka panjang, berkos rendah, yang memanfaatkan pengeluaran LNG berkos rendah di Amerika Syarikat. Strategi Venture Global LNG yang unik menggunakan teknologi pencecairan LNG berskala sederhana yang amat cekap. Maklumat lanjut boleh didapati di www.venturegloballng.com.

Latar Belakang GE Oil & Gas:
GE Oil & Gas sedang mencipta era industri baru dalam sektor minyak dan gas. Di dalam makmal dan kilang-kilang kami, dan di lapangan, kami sentiasa mengenepikan sempadan teknologi untuk menyelesaikan cabaran-cabaran operasi dan komersial hari ini yang sukar. Kami mempunyai kemahiran, pengetahuan dan kepakaran teknikal untuk membawa dunia fizikal dan digital untuk menjana masa depan. Ikuti GE Oil & Gas di Twitter @GE_OilandGas atau lawati kami di www.geoilandgas.com.

Source: Venture Global LNG, Inc.
Keywords: Gas Oil/Energy Utilities