omniture

Produk Analitik Baharu Bantu Hos Airbnb Bersaing dengan Hotel

AirDNA
2017-08-16 09:40 485

DENVER, 16 Ogos 2017 /PRNewswire/ -- Penyedia utama bagi data sewaan percutian AirDNA, melancarkan produk risikan pasaran yang canggih bagi membantu memprofesionalkan komuniti hos Airbnb. Market Minder memaparkan metrik hospitaliti utama untuk setiap sewaan Airbnb seluruh dunia, membolehkan hos bersaing pada tahap yang sama seperti eksekutif hotel.

AirDNA Market Minder
AirDNA Market Minder

Menerusi papan pemuka yang ringkas dan interaktif yang lengkap dengan peta, carta dan penapis boleh laras, instrumen ini membolehkan pengurus sewaan percutian membuat keputusan harga yang bermaklumat, mengenal pasti puncak berhubung permintaan perjalanan dan memahami lebih baik sejauh mana hartanah mereka dapat dibandingkan dengan pihak pesaing yang mempunyai saiz dan harga yang sama.

Setelah hos mengoptimumkan sewaan mereka, Market Minder turut menyediakan maklumat tentang lokasi-lokasi terbaik di bandar bagi tujuan mengembangkan perniagaan mereka. Dengan adanya alat analisis tahap kejiranan yang disediakan di lebih 1,000 destinasi pelancongan utama, apliksi ini membolehkan pengguna meneroka bahagian bandar berbeza untuk menambah lokasi penginapan jangka pendek yang paling menguntungkan.

Market Minder turut memperkasa pengendali kecil-kecilan yang mempunyai data besar. "Hos-hos Airbnb telah beroperasi tanpa adanya maklumat," kata Scott Shatford, Ketua Pegawai Eksekutif AirDNA. "Kami mencipta alat yang akhirnya dapat menyediakan risikan perniagaan terus kepada para pemilik perniagaan kecil-kecilan ini, yang membolehkan mereka membuat keputusan yang lebih bermaklumat dan dipacu data dalam pasaran yang semakin berdaya saing."

Permintaan terhadap alternatif untuk hotel seperti Airbnb tidak menunjukkan sebarang penurunan. AirDNA meramalkan bahawa hasil perolehan global untuk semua hartanah yang tersenarai dalam Airbnb akan melebihi nilai USD $40 bilion hanya pada tahun 2017. Namun begitu, meskipun sebanyak 1.7 juta hos Airbnb kini menggunakan platform tersebut, tiada alat analisis yang disediakan untuk memperkasa generasi usahawan baharu ini. Dengan pelancaran Market Minder, KPI bermisi kritikal ini disediakan untuk sebarang hos yang ingin mengoptimumkan penyenaraiannya demi mencapai kejayaan dan bersaing dengan bijak bagi memperoleh keuntungan pelancongan di bandar mereka sendiri.

Market Minder ialah khidmat berasaskan langganan untuk pengguna mengakses maklumat setempat tentang lebih 25,000 bandar dan kawasan kejiranan di seluruh dunia. Harga bermula pada nilai USD $14.99/bulan. Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://airdna.co/market-data

Latar Belakang AirDNA
AirDNA ialah firma penyelidikan pasaran yang mengkhusus dalam segala aspek Airbnb. Setiap pihak bermula daripada hos Airbnb individu kepada pengurus dana lindung nilai mempercayai AirDNA untuk memahami dengan lebih baik tentang perubahan dan peluang yang dibawakan oleh industri penginapan persendirian yang berkembang pesat ini.

Abigail Long

AirDNA

abigail.long@airdna.co

www.airdna.co

Foto - http://mma.prnewswire.com/media/544459/AirDNA_Market_Minder___Photo.jpg

Source: AirDNA
Related Links:
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Hotels and Resorts Leisure/Travel/Hotels Travel New products/services Small Business Services