omniture

MediaTek/EcoNet dan Millenicom Berkolaborasi Sediakan Perkhidmatan VDSL Berkelajuan Tinggi untuk Kediaman Turki

EcoNet (Suzhou) Limited
2017-10-19 11:30 1146

HSINCHU, Taiwan, 19 Oktober 2017 /PRNewswire/ -- EcoNet (Suzhou) Limited, subsidiari MediaTek Inc., pembekal utama bagi penyelesaian semikonduktor bagi komunikasi jalur lebar talian tetap, hari ini mengumumkan Millenicom, penyedia perkhidmatan Internet Turki yang terkemuka, memilih penyelesaian VDSL EcoNet bagi memantapkan lagi perkhidmatan jalur lebar mereka dan menawarkan pengalaman pengguna terunggul menerusi teknologi xDSL. Millenicom memberi faedah teknologi talian tembaga untuk get laluan kediaman berkelajuan lebih tinggi dan beraneka ciri.

"Dibangunkan untuk menyediakan ciri yang amat bersepadu dalam rangkaian produk arus perdana, EN7512 direka untuk memaksimumkan kecekapan rangkaian dan keserbabolehan produk untuk pengendali dan OEM terkemuka. Penyelesaian ini diguna pakai secara meluas oleh banyak pengendali tahap 1," kata Chang-Ching Wu, Naib Presiden Jualan dan Pemasaran EcoNet. "Menyelaraskan konsep reka bentuk ini dengan komitmen kami untuk menyediakan perkhidmatan pemindahan industri daripada ADSL kepada VDSL dengan lancar, kami percaya rangkaian EN751x menawarkan penyelesaian yang kompetitif untuk pelanggan vendor sistem kami dan pengendali yang menerima perkhidmatan mereka." 

"Dikuasakan oleh set cip EN7512, penyelesaian xDSL daripada EcoNet yang terbukti di lapangan amat serasi dengan peralatan VDSL/ADSL sedia ada Turki (iaitu DSLAM), berserta pengalaman EcoNet selama lebih 15 tahun dalam saling kendali xDSL. Dilengkapi dengan reka bentuk xDSL yang ultra inovatif, EN7512 EcoNet mengubah pengalaman xDSL menerusi kestabilan yang membuahkan hasil, mengekalkan sambungan Internet yang mantap daripada pelbagai gangguan bunyi di lapangan," kata Mehmet Ilgaz, Ketua Pegawai Teknologi Millenicom. "Penyedia perkhidmatan melancarkan perkhidmatan VDSL dengan memanfaatkan infrastruktur talian telefon sedia ada yang menjadikan pelancarannya menjimatkan masa dan berkos rendah. EN7512 memperkasa Peralatan Premis Pelanggan (CPE) VDSL generasi baharu yang berkos lebih rendah, menawarkan enjin SPA 2.0 (Pemecut Paket Pintar) yang berprestasi tinggi dan direka unik untuk kegunaan serentak antara VDSL, Eternet dan Wi-Fi. Pelanggan Millenicom akan mendapat manfaat daripada sambungan perkhidmatan data VDSL yang stabil, selain liputan Wi-Fi dalaman yang hebat dengan penyelesaian 802.11n berkualiti tinggi daripada MediaTek."

Rangkaian MediaTek/EcoNet EN751x bagi peranti get laluan kediaman Wi-Fi VDSL diguna pakai secara meluas oleh pengendali tahap 1 di dunia.

Latar Belakang EcoNet

EcoNet (Suzhou) Limited ialah subsidiari MediaTek Inc., dan asalnya merupakan unit perniagaan jalur lebar talian tetap milik MediaTek. Ia merupakan sebuah syarikat terkemuka dan mengkhusus dalam pembangunan Sistem-atas-Cip (SoC) untuk pasaran jalur lebar. Produk-produknya mencakupi ADSL2+/VDSL2/GPON/EPON/XGPON/NGPON dan penyelesaian Pertukaran Eternet. Layari www.econet-inc.com untuk maklumat lanjut.

Reid Shiu
No. Telefon: +886-3-6008566
E-mel: EcoNet.Product@econet-inc.com

Source: EcoNet (Suzhou) Limited
Related Links:
Keywords: Computer Hardware Computer Networks Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Semiconductors New products/services