omniture

XCMG Perkenal Rangkaian Produk Baharu dan Inisiatif Blokbuster di bauma China 2018

XCMG
2018-11-30 16:58 1718

Kerjasama Pusat Inovasi Tonjol Janji Diperbaharui kepada Industri

SHANGHAI, 30 November 2018 /PRNewswire/ -- XCMG, pengeluar jentera pembinaan yang terkemuka di dunia, memperkenalkan inisiatif-inisiatif baharu yang bercita-cita tinggi, termasuk penubuhan pusat inovasi yang sofistikated untuk jentera pembinaan dan komponen teras selain kerjasama strategik untuk menggalakkan pembangunan berteknologi di bauma China 2018, perhimpunan unggul untuk industri jentera pembinaan Asia. Syarikat turut mempamerkan 79 produk terkininya dan 41 unit/set komponen teras di acara berkenaan.

XCMG Perkenal Rangkaian Produk Baharu dan Inisiatif Blokbuster di bauma China 2018
XCMG Perkenal Rangkaian Produk Baharu dan Inisiatif Blokbuster di bauma China 2018

"Kerjasama berkenaan, yang bertujuan untuk menggalakkan kolaborasi dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menyelesaikan masalah-masalah teknikal yang timbul semasa proses pembangunan jentera pembinaan dan komponen teras, merupakan usaha kepada seruan China bagi penciptaan kluster industri pembuatan yang bertaraf dunia. Ia turut berfungsi sebagai janji yang diperbaharui oleh XCMG kepada industri jentera pembinaan bahawa ia akan kekal menjadi peneraju dalam mempromosi pembangunan inovasi dan teknologi," kata Wang Min, Pengerusi XCMG.

XCMG akan menumpu pada strategi produk "berkualiti tinggi, nilai tambahan tinggi, keandalan tinggi dan muatan besar" sempena pelancaran kerjasama berkenaan.

Kemunculan XCMG di bauma China 2018 turut melibatkan:

  • Majlis penyampaian untuk kren semua rupa bumi yang terbesar di dunia, XCA1600.
  • Pelancaran produk baharu, termasuk kenderaan menyelamat kecemasan berbilang fungsi dan amat mudah bergerak serta sistem pintar untuk perlombongan.
  • Kemas kini untuk "Customize for You," program baharunya untuk menyediakan penyelesaian tersuai kepada pelanggan mengikut keperluan tertentu mereka.
  • Kemas kini untuk kempen kebajikan awam "For A Better Life" oleh syarikat serta maklumat tentang pelancaran Fasa 3 projek bilik bawah tanah untuk air di negara-negara yang dilanda kemarau di Afrika dengan kerjasama China Foundation for Poverty Alleviation (CFPA).

XCMG telah mencapai kemajuan berterusan dalam inovasi berteknologi dan juga kualiti produk. Di bauma China 2018, XCMG mempamerkan penyelesaian yang lebih pintar dan cekap yang merangkumi standard emas "Termaju dan Mampu Ditahan" daripada jenama ini, seperti trak perlombongan tanpa pemandu, sistem merata pintar untuk silinder hidraulik, kren semua rupa bumi dan penyelesaian perlombongan bersepadu.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 74 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 177 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com, atau halaman XCMG di Facebook, Twitter, YouTube, LinkedIn dan Instagram.

Photo - https://photos.prnasia.com/prnh/20181129/2312713-1

Source: XCMG
Related Links:
Keywords: Auto Computer/Electronics Construction/Building Machinery Mining/Metals Transportation New products/services Trade show news