omniture

Sorotan Utama Di Festival Koktel Singapura 2019

Singapore Cocktail Festival
2019-04-04 17:52 688

SINGAPURA, 4 April 2019 /PRNewswire/ -- Festival Koktel Singapura (SGCF) tahunan muncul semula mulai 10 hingga 18 Mei 2019, dengan Perkampungan Festival tahun ini kembali ke Empress Lawn dengan barisan bar sementara, kelas induk, pengalaman jenama, persembahan hiburan langsung yang menarik dan banyak lagi.

Festival Koktel Singapura (Perkampungan Festival)
Festival Koktel Singapura (Perkampungan Festival)

Disokong oleh Lembaga Pelancongan Singapura, Festival Koktel Singapura kini memasuki tahun kelimanya dan sekali lagi akan menonjolkan budaya koktel bandar ini ke persada dunia. Festival ini membawakan himpunan mengagumkan melibatkan lebih 100 bakat pelayanan bar terbaik dunia di Perkampungan Festival; diperkukuhkan lagi dengan kolaborasi bersama organisasi The World's 50 Best Bars bagi memperkenalkan '50 Minutes with 50 Best', siri kelas induk koktel eksklusif, buat julung kalinya. Anugerah untuk 50 Best Bars 2019 Asia akan berlangsung di Singapura pada 9 Mei 2019, malam menjelang pembukaan SGCF.

Apa yang baharu di Perkampungan Festival?

Dibuka pada 10 hingga 12 Mei mulai 4 hingga 11 malam, Perkampungan Festival di Empress Lawn merupakan acara tumpuan sambutan koktel berkenaan. Sorotan utama termasuk:

  • Menampilkan pelayan bar daripada senarai The World's 50 Best Bars dan Asia's 50 Best Bars seperti Kazuhisa Arai daripada Sober Company, Shanghai dan Lolita Goh daripada Junglebird, Malaysia, yang akan menghidangkan koktel terkenal pada harga $12.
  • Kelas-kelas Induk '50 Minutes with 50 Best', disampaikan oleh organisasi The World's 50 Best Bars. Rasai koktel-koktel terkenal daripada para pelayan bar ternama dan pelajari kisah-kisah di sebalik bar dan koktel mereka. Kemasukan ke kelas-kelas ini terhad kepada pemegang tiket Perkampungan Festival melalui hadiah peraduan di Facebook dan Instagram SGCF. Bilangan terhad tiket juga boleh dibeli melalui: https://sgcf2019.hungrygowhere.com/ bermula pada 5 April 2019.
  • "Kejohanan Pelayan Bar Antarabangsa Barstylez" dengan lebih 60 pelayan bar dari lebih 25 negara akan bersaing dalam dua kategori -- 'Flairing' (Antarabangsa) dan 'Cocktail' (Asia).
  • Gerai sementara bar dan jenama di bawah satu bumbung menawarkan minuman keras terkenal dan konkoksi serba baharu.
  • Pengalaman Jenama seperti kawasan hijau Four Pillars Gin; "Hendrick's Botanical Sanctuary" dan "Monkey Shoulder Boom Box Bar".
  • Jenama-jenama yang tampil julung kalinya di Bilik Merasa Artisanal Spirits, termasuk Amrut Distilleries dan Tanglin Gin; serta restoran sementara di Food Street seperti COMO Cuisine dan Neon Pigeon. 
  • Persembahan muzik dan DJ secara langsung

Tiket-tiket Perkampungan Festival berharga daripada $35 untuk setiap pas satu-hari, termasuk minuman sambutan. Untuk senarai lengkap kategori dan harga tiket, kunjungi www.singaporecocktailfestival.com.

Pengalaman koktel di sekitar bandar

Mulai 10 hingga 18 Mei 2019, anda boleh mengharapkan pelbagai himpunan pengalaman koktel di sekitar bandar merentas 45 tempat yang mengambil bahagian. Sorotan utama dalam kalendar Festival termasuk:

  • Jelajah bar tematik seperti 'Whisky Business', pameran koktel wiski sepenuhnya; dan 'New Kids on the Block' menampilkan kawasan khas koktel yang terkini. Jelajah bar disediakan untuk tempahan di www.singaporecocktailfestival.com mulai 5 April 2019.
  • Tawaran koktel eksklusif boleh ditebus melalui Sluggr App daripada bar-bar yang mengambil bahagian.
  • Penampilan Pelayan Bar Jemputan di sekitar bandar termasuk 'One Thousand and One Drunken Nights', menampilkan Jay Natividad daripada The Spirits Library (Manila, Filipina) dan Ian Libang daripada NoKal (Manila, Filipina) di Fat Prince pada 16 dan 17 Mei 2019.

Untuk jadual lengkap pengalaman koktel di sekitar bandar ini, kunjungi www.singaporecocktailfestival.com.

Latar Belakang Festival Koktel Singapura

Festival Koktel Singaoura bertujuan untuk meletakkan Singapura sebagai bandar koktel utama di Asia, menawarkan platform untuk pertukaran pengetahuan dan bakat di samping mencipta peluang-peluang bagi tujuan penglibatan antara pengguna dan perdagangan. Acara ini mempamerkan kalendar pengalaman koktel yang imersif di seluruh pulau ini dan perkampungan koktel berbilang deria.

Laman Sesawang & Jualan Tiket Festival: www.singaporecocktailfestival.com

Instagram dan Facebook: @SGCocktailFest

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20190403/2423351-1

Source: Singapore Cocktail Festival
Keywords: Beer, Wine & Spirits Beverages Entertainment Food/Beverages Travel Trade show news Future Events