omniture

Pengantarabangsaan berdekad-dekad buahkan hasil apabila UnionPay diiktiraf di seluruh dunia

UnionPay International
2024-01-18 11:30 116

SHANGHAI, 18 Januari 2024 /PRNewswire/ -- UnionPay, salah satu jenama pembayaran yang terbesar di dunia, membuka lembaran pembangunan baharu setelah skop penerimaan globalnya mencakupi 183 negara dan wilayah serta pengeluaran kad di luar tanah besar China melebihi 230 juta kad baru-baru ini.

Hasil daripada usaha pengantarabangsaannya selama 20 tahun, ia dapat menyumbang lebih banyak "penyelesaian Cina" kepada industri pembayaran global.

Pada 18 Januari 2004, dengan kelulusan daripada People's Bank of China, UnionPay melancarkan perkhidmatan kad di Hong Kong, menandakan permulaan usaha pengantarabangsaan yang dibuat oleh jenama-jenama kad bank Cina.

Pada tahun 2012, UnionPay International, menumpukan perhatian kepada perniagaan antarabangsa, ditubuhkan. Strategi antarabangsanya berkembang daripada "ke mana saja warga Cina pergi, perkhidmatan kad UnionPay menyusul" kepada "rangkaian global, jenama antarabangsa" yang lebih komprehensif, bertujuan untuk memenuhi tekad China dengan lebih baik untuk mencapai keterbukaan yang lebih luas dan menetapkan standard tinggi dalam sektor pembayaran.

Dengan permulaan perkhidmatan kad UnionPay di El Salvador baru-baru ini, skop penerimaan globalnya kini mencakupi 66.4 juga peniaga dalam talian dan di kedai di luar tanah besar China. Kad UnionPay dikeluarkan di 81 negara dan wilayah di luar tanah besar China. Pada masa ini, UnionPay International bekerjasama dengan lebih daripada 2,600 institusi di peringkat global.

Pilihan pertama pelancong 

Memandangkan industri pembayaran China telah berkembang pesat sejak dua dekad yang lalu, UnionPay International meningkatkan keupayaan perkhidmatan rangkaiannya dengan aktif, mempelbagaikan tawaran produk dan menambah baik senario pembayaran bagi menyediakan perkhidmatan pembayaran kewangan yang berkualiti tinggi baik untuk penduduk Cina mahupun antarabangsa yang terlibat dalam bidang perdagangan dan kerjasama.

Semasa cuti Tahun Baharu, pelancong Cina yang menyambut di seluruh dunia mendapati logo tiga warna UnionPay yang tersendiri berada di merata-rata, sama ada di jalan raya Hong Kong dan Macau atau di tempat peniaga di Bangkok, Tokyo, Abu Dhabi dan banyak lagi.

Menurut laporan Nielsen, UnionPay menjadi jenama kad antarabangsa yang diterima paling meluas di seluruh dunia. Sejak transaksi UnionPay yang pertama berada di Hong Kong, kad UnionPay diterima di 183 negara dan wilayah di serata dunia, dengan 99 negara dan wilayah menyokong produk pembayaran mudah alih UnionPay. Kadar penerimaan UnionPay di Asia-Pasifik, Eropah, Amerika Utara dan wilayah-wilayah lain meningkat kepada kira-kira 80 peratus.


Di Hong Kong dan Macau China, beratus-ratus ribu peniaga, berjuta-juta di Korea Selatan dan hampir kesemua peniaga kod QR di Malaysia dan Sri Lanka menyokong aplikasi UnionPay.

Membangun berdasarkan asas praktikal, UnionPay International berkolaborasi secara meluas merentas industri-industri untuk mewujudkan ekosistem beraneka bagi pembayaran UnionPay, memberikan lebih kemudahan dan kesenangan kepada pemegang kad apabila membuat bayaran.

Pada tahun 2023 sahaja, biro pelancongan di Australia, Afrika Selatan, Singapura, Thailand, Arab Saudi, kumpulan bebas cukai antarabangsa DFS, platform pelancongan Trip.com dan agensi bayaran balik cukai Planet Tax Free, antara lain, berkolaborasi dengan UnionPay International, meningkatkan keupayaan pembayarannya dalam senario seperti tempahan hotel, pengangkutan, menjamu selera dan membeli-belah.

Pada masa ini, perkhidmatan pembayaran UnionPay disokong di lebih daripada 5,000 sekolah luar negara, 10 kumpulan hotel terunggul di peringkat global, syarikat penerbangan terkemuka, pengangkutan rentas sempadan seperti China-Laos Railway dan pengangkutan awam di destinasi pelancongan luar negara yang popular.

Kolaborasi erat dalam pembayaran rentas sempadan antara bank komersial dan UnionPay International menyediakan pilihan terperibadi untuk penduduk. Pelbagai bank komersial memperkenalkan produk kad UnionPay yang tersendiri seperti kad pulangan tunai rentas sempadan, Prestige Asia, kad bertemakan "Tour South Korea" ("Melawat Korea Selatan") dan banyak lagi, bagi menampung segmen pelanggan yang berbeza. Dihubungkan ke Platform Pembayaran Rangkaian aplikasi UnionPay, aplikasi bank komersial juga boleh menggunakan kod QR UnionPay secara langsung dalam senario penerimaan luar negara.

Pengembangan global

Sejak penyambungan semula pergerakan rentas sempadan, acara-acara antarabangsa seperti Pameran Canton dan Ekspo Import Antarabangsa China telahpun diadakan dengan jayanya di China, menjadikannya penting untuk menyediakan perkhidmatan pembayaran yang berkualiti kepada pengunjung luar negara di China.

Pada masa ini, di luar tanah besar China, lebih daripada 230 juta kad UnionPay telahpun dikeluarkan di 81 negara dan wilayah, sementara 180 dompet tempatan UnionPay diwujudkan di 35 negara dan wilayah. Produk pembayaran UnionPay yang pelbagai ini meliputi berbilang fungsi, termasuk leretan kad, pengimbasan dan pengeluaran tunai, bagi memenuhi keperluan baik dalam kehidupan harian mahupun pembayaran rentas sempadan, seterusnya memberi kedudukan kepada UnionPay sebagai salah satu jenama pembayaran pilihan untuk pengunjung ke China.

Perjalanan ini bermula dengan pembukaan penerimaan kad UnionPay di Hong Kong China, yang mana Bank of China (Hong Kong) mengeluarkan kad UnionPay tempatan yang pertama dalam tahun yang sama. Ini menandakan penyetempatan perniagaan UnionPay International dan titik permulaan untuk meneroka perkhidmatan pembayaran untuk penduduk di serata dunia.

Ketika ini, Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau mengeluarkan 30 juta kad UnionPay secara keseluruhan. Di negara dan wilayah yang terlibat dalam inisiatif Jalur dan Jalan, pengeluaran kumulatif mencapai 170 juta kad. Di negara-negara seperti Emiriah Arab Bersatu, Kenya, Mongolia, Singapura dan Kazakhstan, UnionPay menjadi kad pembayaran pilihan, digemari oleh pelajar tempatan, pekerja dan guru, disepadukan dalam kehidupan tempatan.

Kad ini boleh digunakan hampir di kesemua terminal dan senario POS di China, termasuk menaiki pengangkutan awam, membeli-belah pada aplikasi Taobao, menempah tiket melalui agensi pelancongan Trip.com, memanggil tumpangan pada aplikasi Didi dan memesan makanan melalui aplikasi Meituan.

Memanfaatkan pengalamannya mempromosikan pembayaran kod QR di peringkat domestik, UnionPay terus meluaskan perkhidmatan pembayaran mudah alihnya kepada penduduk di luar tanah besar China.

Pada tahun 2018, versi Hong Kong-Macau bagi aplikasi UnionPay berada di Hong Kong. Kemudian, UnionPay International menginovasi model kerjasama, menyokong dompet luar negara untuk mengikat kad UnionPay atau mengeluarkan kad maya UnionPay dalam aplikasi mereka. Ini membolehkan pengguna menggunakan produk tempatan yang lazim bagi mereka untuk tujuan pembayaran di tanah besar China, tanpa memerlukan pembukaan akaun tambahan atau memuat turun aplikasi domestik. Pengesahan boleh disempurnakan melalui institusi tempatan, menghapuskan keperluan untuk memberi maklumat peribadi yang sensitif kepada platform pihak ketiga.

Penyelesaian Cina terkemuka

Semasa menyediakan perkhidmatan pembayaran yang berkualiti tinggi kepada penduduk luar negara, UnionPay International berkolaborasi dengan bank pusat, rangkaian pembayaran nasional dan pakatan pembayaran di pelbagai negara untuk mewujudkan standard teknikal bagi rangkaian pembayaran, kod QR dan kad cip. Dengan berbuat demikian, ia menyumbang lebih banyak "penyelesaian Cina" kepada industri pembayaran global.

Beradaptasi kepada trend pembangunan industri, UnionPay International mencari strategi baharu dengan aktif untuk membina kelebihan rangkaian global melalui pembangunan kedua-dua kad dan pembayaran mudah alih.

Dalam beberapa tahun kebelakangan ini, banyak negara mempercepatkan pembinaan rangkaian pembayaran tempatan dan menggalakkan kesalingkendalian antara rangkaian-rangkaian yang berbeza. Sejak tahun 2023, UnionPay International berkolaborasi dengan rangkaian tempatan di 15 negara dan wilayah di luar negara untuk menggalakkan kesalingkendalian kod QR. Enam belas projek sudahpun dilaksanakan atau sedang dijalankan termasuk rangkaian pembayaran dari negara-negara Asia Tenggara seperti PayNet daripada Malaysia, NAPAS daripada Vietnam, Bakong daripada Kemboja dan LAPNet daripada Laos. Skop penerimaan kod QR UnionPay di luar tanah besar China seterusnya meningkat kepada 6.5 juta peniaga di 45 negara dan wilayah. Ini mengukuhkan kedudukan UnionPay sebagai produk pembayaran dengan kelebihan yang besar di rantau Asia-Pasifik.

Source: UnionPay International
Keywords: Banking/Financial Service Computer/Electronics Electronic Commerce Mobile Entertainment Telecommunications Travel Corporate Expansion New products/services Financial Technology