omniture

Operator Asia Akan Berbincang Mengenai Peningkatan Pengalaman Pengguna dan Perbezaan Pasaran pada Sidang Kemuncak CEM Telekom

Telecoms IQ
2012-08-16 11:00 687

 

SINGAPURA, 16 Ogos, 2012 /PRNewswire-Asia/ -- Para pembuat keputusan penting bagi telekom Asia dijadual membincangkan kaedah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan bagi membezakan diri mereka sebelum pasaran menjadi tepu, pada Pengurusan Pengalaman Pelanggan Sidang Kemuncak Telekom di Singapura, November ini. Penceramah dalam kalangan beberapa operator utama di rantau ini, termasuk : Optus, SingTel, Bharti Airtel, Dialog Axiata, Indosat dan Telekom Malaysia, akan berhimpun bersama-sama untuk meperhalusi kes perniagaan bagi CEM.

Berdasarkan peningkatan ketara dalam pengambilalihan pelanggan dalam pasaran telekom Asia, operator kini semakin menyedari perlunya untuk membuat lonjakan penambahbaikan dalam pengalaman pelanggan bagi mengekalkan pelanggan sedia ada dan mendapat pelanggan baharu dalam pasaran yang semakin kompetitif hari ini. CEM dalam Telekom Asia akan mengetengahkan kisah kejayaan yang berbeza-beza di rantau ini.

Optus, pemimpin telekomunikasi di Australia yang pernah memenangi anugerah dalam CEM, merupakan antara penceramah utama pada CEM, di Sidang Kemuncak Telekom. Mukul Agrawal, Pengarah Pengalaman Pelanggan di Optus akan mendedahkan bagaimana mereka berjaya memacu keputusan kewangan yang tinggi dan peningkatan ketara kepuasan pelanggan hasil daripada program CEM. Agrawal berkata : "Acara ini merupakan peluang yang tidak boleh dilepaskan, bagi mempelajari kajian-kajian kes CEM yang sudah terbukti daripada rakan dalam telekom. Saya tidak sabar lagi untuk berbincang mengenai kaedah untuk meningkatkan pengalaman pelanggan, memacu kesetiaan dan memaksimumkan keuntungan."

Julie Coates, Pengarah Persidangan di Telecoms IQ yang bertanggungjawab bagi acara itu berkata : "Pengalaman pelanggan kini menjadi perbezaan yang semakin penting untuk operator di rantau ini. Operator Asia menghadapi cabaran yang semakin ketara dalam mengurus peralihan kepada budaya bertumpukan pelanggan dan meningkatkan pengalaman pelanggan dan pada masa yang sama merealisasikan penjimatan kos. Para penceramah pada CEM di Telekom Asia adalah antara para pemimpin yang akan menyampaikan transformasi pengalaman pelanggan dan oleh itu, acara berkenaan dijangka menjadi ruang untuk mencatat kejayaan besar dalam perkongsian pengetahuan dan kemahuan industri."

Telecoms IQ ialah peneraju pasaran dalam menghasilkan CEM pada acara Telecoms di seluruh dunia, selepas kejayaan menganjurkan siri acara di UK, Eropah, Amerika tara dan Timur Tengah. Untuk maklumat lanjut dan untuk mendaftar atau menaja CEM di Telecoms Asia, sila hubungi Susy Angryany di enquiry@iqpc.com.sg atau hubungi  6722-9388.

Maklumat mengenai Telecoms IQ:

Telecoms IQ menganjurkan pelbagai jenis persidangan yang mempunyai tujuan khusus, yang menilai teknologi khusus atau isu dari perspektif antarabangsa. Setiap persidangan dianjurkan untuk membolehkan organisasi memperoleh pengetahuan teknikal dan strategi bagi memperoleh kelebihan saingan dalam pasaran telekom.

SUMBER  Telecoms IQ

Source: Telecoms IQ
Keywords: Banking/Financial Service Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Telecommunications Equipment New products/services