omniture

Vivid Sydney 2017: Lebih Besar, Lebih Berani, Lebih Menyerlah

Destination NSW
2017-03-15 18:27 1146

Presint baharu di Barangaroo 
Denai Taman Botani Diraja Sydney diperluas 
Goldfrapp, AIR dan Nick Murphy untuk Vivid Music
Artis kontemporari AS, Shepard Fairey tumpuan utama Vivid Ideas 
Kandungan video pengumuman program 2017 disediakan di:
https://www.vividsydney.com/media-centre   

SYDNEY, 15 Mac 2017 /PRNewswire/ -- Festival cahaya muzik dan idea terbesar dunia, Vivid Sydney kembali dengan lebih besar, lebih berani dan lebih menyerlah pada tahun 2017, dengan presint baharu di Barangaroo, laluan pejalan kaki bercahaya yang diperluas menerusi Taman Botani Diraja Sydney, dan makhluk khayalan yang akan mengubah Layar Panggung Opera Sydney.

Gambaran artis Makhluk Audio, Menerangi Layar oleh Ash Bolland
Gambaran artis Makhluk Audio, Menerangi Layar oleh Ash Bolland

 

Gambaran artis Muzium Seni Kontemporari Gegaran Organik oleh Julia Gorman dan Danny Rose
Gambaran artis Muzium Seni Kontemporari Gegaran Organik oleh Julia Gorman dan Danny Rose

Selama 23 malam bermula pada Jumaat 26 Mei hingga Sabtu 17 Jun, Vivid Light akan mengubah pemandangan kota kepada kanvas kreatif, mengambil alih pentas Sydney dengan program terbesar Vivid Music setakat ini, dan menyediakan forum global untuk mengadakan perbincangan kreatif di Vivid Ideas.

Vivid Sydney dimiliki, diurus dan diterbitkan oleh agensi pelancongan dan acara utama Kerajaan NSW, Destination NSW.

Vivid Light

Buat pertama kali, kaleidoskop Vivid Sydney yang meriah akan dipaparkan pada presint baharu di Barangaroo, dengan laluan pemasangan melingkar melalui lorong yang kecil, menerusi vista kawasan dermaga dan ke dalam syurga makanan. Pengunjung akan diasyikkan dalam A Day in the Light, satu teater kawasan luar cahaya dan bunyi yang membolehkan mereka menjadi sebahagian daripada karya seni, dan dihiburkan dengan ilusi optik di Trapdoor, yang menceritakan kisah lampau Barangaroo.

Cahaya terang benderang festival ini akan kembali ke Taman Botani Diraja Sydney dengan laluan diperluas yang akan membawa pengunjung melalui bahagian tengah oasis di tepi pelabuhan yang indah. Di sini, Birds of Lumos, diinspirasikan oleh spesies Rowi daripada kiwi New Zealand yang sukar ditemui, akan dihidupkan ketika ia bercahaya dan berdenyut dengan warna. Dipping Birds yang bernostalgia, arca gergasi bercahaya setinggi 2.5 meter, akan berubah warnanya apabila ia dicelup ke dalam dan keluar kolam serta pemasangan luar biasa You lookin' at me? akan menggamit perhatian tatkala mata besar yang tertonjol mengikuti pejalan kaki. Mercu tanda 'pop-up' yang meraikan Bandar Pelabuhan kami, Sydneyland, akan menyediakan latar belakang foto yang indah dan ikonik untuk pengunjung dan warga tempatan.

Di tengah-tengan laluan pejalan kaki bercahaya Vivid Sydney, Layar bagi Panggung Opera Sydney yang berada dalam senarai Warisan Dunia akan dihidupkan menerusi siri makhluk khayalan yang dipilih susun dan direka oleh sinematografer, editor dan pereka grafik terkenal Ash Bolland. Audio Creatures akan memaparkan makhluk yang berinteraksi dengan persekitaran, berubah dan bergerak antara satu sama lain merentasi Layar ikonik.

Ikon Bandar sekali lagi akan diubah, termasuk bahagian hadapan Muzium Seni Kontemporari Australia dengan Organic Vibrations, satu kolaborasi antara artis Australia Julia Gorman dan individu kreatif dan kolektif artistik yang berpangkalan di Paris, Danny Rose. Paparan lampu interaktif Dreamscape akan membolehkan pengunjung meletakkan tanda warna warni mereka sendiri di kaki langit bandar dari Circular Quay sepanjang Cahill Expressway ke Jambatan Pelabuhan Sydney.

Ketua Pegawai Eksekutif Destination NSW dan Penerbit Eksekutif Vivid Sydney, Sandra Chipchase berkata, "Pada tahun 2016, seramai 2.31 juta pengunjung memecah rekod kunjungan ke Vivid Sydney, yang menjadi bukti terhadap barisan acara festival yang menarik, inovasi dan perkembangan berterusan sejak sembilan tahun lalu."

"Vivid Sydney pada tahun 2017 akan menarik perhatian dengan program yang mantap menerusi Vivid Light, Music serta Ideas, dan kini merupakan saat buat pengunjung mula merancang perjalanan mereka agar mereka akan diinspirasi secara visual, kreatif dan muzikal di Vivid Sydney."

Presint terkenal Chatswood, Taronga Zoo, Martin Place dan Darling Harbour akan kembali pada tahun 2017.

Bangunan, pusat beli belah, jalan-jalan dan lorong-lorong Chatswood CBD akan dicipta semula sebagai bandar pintar futuristik-retro dikenali sebagai Future City, Smart City dengan pemasangan bijak dan arca cahaya diinspirasikan oleh nilai estetika reka bentuk 'Steampunk' bagi jentera berkuasa wap abad ke-19.

Lights for the Wild di Taronga Zoo, akan kembali dengan membawakan arca cahaya binatang gergasi yang mengagumkan pengunjung sewaktu ia membuat kemunculan sulung tahun lalu. Beberapa watak dan kejutan baharu akan digandingkan dengan pilihan kegemaran 2016, termasuk sekumpulan lebah berdengung dan jerung gergasi interaktif Port Jackson.

Martin Place akan menempatkan penjual makanan dan minuman paling popular di Sydney, berserta pemasangan cahaya yang besar dan interaktif. Acara-acara kemuncak termasuk versi baharu penayangan berpeta 3D yang memenangi pelbagai anugerah Urban Tree 2.0, dan Deep Forest, hutan bandar untuk menjamu selera yang membawakan lubang bakar nyalaan terbuka dengan hidangan barbeku daripada Porteno dan beberapa chef api terbaik NSW.

Dua puluh lapan tan air akan dilemparkan ke udara setiap minit, manakala laser, jet api, muzik dan bunga api bergabung bagi meraikan kuasa kreativiti dan inovasi di Darling Harbour. Teater air Magicians of the Mist akan menjadi satu pertunjukan teknologi dan kesenian hebat yang menakrifkan era digital.

Vivid Music

Kerancakan program Vivid Music adalah lebih hebat berbanding sebelumnya dengan lebih 250 acara berada dalam senarai tahun ini. Acara-acara kemuncak termasuk persembahan eksklusif Australia oleh gandingan pop elektronik Goldfrapp dan kemunculan Curve Ball -- acara muzik dan seni secara langsung besar-besaran yang dihasilkan oleh Fuzzy Music, kedua-duanya di Carriageworks.

Acara Vivid Music yang terkenal turut kembali termasuk Heaps Gay, Soul of Sydney, Purple Sneakers dan Tokyo Disco oleh The Argyle.

Vivid LIVE di Panggung Opera Sydney akan membawakan persembahan suit eklektik yang mesti ditonton daripada kumpulan rock-rakyat Amerika Fleet Foxes, wira-wira elektronik Perancis AIR, penyanyi dan penulis lagu Britain Laura Marling, serta penerbit dan pencetus hit bonafide, Nick Murphy dari Australia.

City Recital Hall membuat kelainan daripada asal-usul klasiknya menerusi program hebat -- Metamorphosis -- menampilkan semuanya, bermula daripada jazz dan antem tarian, kepada karya agung pelbagai deria. Kumpulan rock indie yang berasal dari Sydney, Dappled Cities akan melancarkan album baharu mereka IIIII (disebut lima), penyanyi jazz yang memenangi anugerah Grammy Dianne Reeves akan menjadi tumpuan pentas menerusi satu persembahan tunggal istimewa, manakala Paul Mac akan menganjurkan Parti Sound Bubble Sound.

Dalam acara Vivid Music pertama, Vivid Sydney bekerjasama dengan Bandar Sydney untuk mengadakan program merentasi pelbagai lokasi bandar. Memaparkan bakat muzik tempatan yang baru bertapak dan baru muncul, acara-acara kemuncak akan menyediakan festival atas bumbung baharu daripada Cake Wines, Pie in the Sky, dan turut membawakan Women in Electronic Music di Oxford Art Factory.

Kings Cross kembali menerusi acara persembahan menarik menerusi muzik, seni, 'Avant Cabaret', serta teater yang canggih, bebas dan imersif dengan citarasa bohemia, sebahagian daripada program Vivid KX.

Vivid Ideas

Program Vivid Ideas akan terus mencabar dan menginspirasikan lebih 200 acara bagi meninjau perubahan wajah industri-industri kreatif. Artis ikonik Amerika Shepard Fairey, yang merapatkan jurang antara kesenian dan rekaan, menjadi tumpuan utama acara Vivid Ideas. Hasil kerja beliau termasuk kempen HOPE Barack Obama, projek seni OBEY GIANT serta inisiatif berterusan tahun ini, 'We The People' ('Kami adalah Rakyat').

Menerusi Vivid Sydney yang eksklusif, Fairey akan berkongsi pendekatan lakukan-sendiri beliau, maklumat penting berhubung kerjaya dan sejauh mana beliau berupaya mengubah kreativiti beliau menjadi suara sebenar tentang budaya jalanan. Beliau juga akan membuat mural awam yang besar secara langsung pada dinding di CBD, Sydney dan beberapa karya paling terkenal beliau setakat ini akan menjadi sebahagian daripada pameran 'pop-up' di Darling Quarter.

Di seluruh bandar, beberapa persidangan akan menghubungkan syarikat baharu, bakat baharu, para pengamal dan usahawan dengan pencipta dan pemimpin pemikiran bertaraf dunia. Acara-acara kemuncak termasuk The Sunrise, yang menghubungkan syarikat baharu dengan pengasas yang mencipta kejayaan; Semi Permanent, kembali dengan siri pengalaman interaktif dan imersif menampilkan para pemimpin daripada Getty Images, NIKE, Google dan banyak lagi; serta kegemaran keluarga, Robowars, yang mana sebilangan jurutera dan pakar robotik terbaik negara meletakkan robot yang dibangun sendiri untuk bertarung.

Vivid Ideas Exchange di Muzium Seni Kontemporari juga mempunyai pelbagai barisan ceramah yang disampaikan oleh Creative Practitioners merangkumi topik-topik bermula daripada fesyen kepada pewujudan tempat, penceritaan, ageisme, pitching pemasaran, kesihatan, inovasi, data besar dan realiti campuran.

Penaja Vivid Sydney 

Vivid Sydney mengucapkan terima kasih kepada pihak penaja atas sokongan mereka terhadap festival pada tahun 2017 termasuk Rakan-rakan Kongsi Huawei, Ford dan American Express, serta Penyokong: Allianz, Canon, Bandar Sydney, Jabatan Industri NSW, Google, Oracle Liquid, Property NSW, Sensis, Sydney Airport, Sydney Opera House, TAFE NSW, Technical Direction Company dan 32 Hundred Lighting. Rakan Akses dan Rangkuman Vivid Sydney ialah Cushman dan Wakefield dan festival meneruskan perkongsian secara berterusan dengan Yayasan Banksia.

Kit media penuh Vivid Sydney 2017, pengumuman program, kandungan video, imej resolusi tinggi, termasuk penyediaan cahaya Vivid Sydney 2017 dan rakaman acara kemuncak festival 2016 disediakan di www.vividsydney.com/media-centre

Pertanyaan Media:

Katie Lettice, Red Agency
M: +61 405 470 925
E: katie.lettice@redagency.com.au dan/atau vivid@redagency.com.au

Kate Campbell, Destination NSW,
M: +61 418 126 211
E: kate.campbell@dnsw.com.au                                              

Melissa Coates, Destination NSW
M: +61 419 093 882
E: Melissa.coates@dnsw.com.au

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170314/8521701621-a
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20170314/8521701621-b

Source: Destination NSW
Keywords: Amusement Parks and Tourist Attractions Art Entertainment Leisure/Travel/Hotels Music Travel