omniture

GAC Motor Serahkan 380 Kenderaan sebagai Penyedia Kereta Perkhidmatan Rasmi untuk Forum Fortune Global 2017

GAC Motor
2017-12-14 00:39 574

- Kenderaan GAC Motor Papar Kejayaan China dalam Pembuatan Auto Inovatif sempena Perhimpunan Pemimpin-pemimpin Dunia bagi Perniagaan dan Kewangan

GUANGZHOU, China, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ -- GAC Motor, pembuat kereta yang pesat berkembang di China, dipilih sebagai penyedia kereta perkhidmatan rasmi untuk Forum Fortune Global 2017 ("Forum") yang diadakan di Guangzhou, China, dan menyediakan 380 buah kereta termasuk sedan GA8, SUV GS8 dan MPV GM8 untuk acara ini, memperlihatkan pencapaian inovatif industri-industri pembuatan Cina di pentas global.

GAC Motor Dipilih Penyedia Kereta Perkhidmatan Rasmi untuk Forum Fortune Global 2017
GAC Motor Dipilih Penyedia Kereta Perkhidmatan Rasmi untuk Forum Fortune Global 2017

Bertemakan "Keterbukaan & Inovasi: Membentuk Ekonomi Dunia," Forum ini menarik para pemimpin dunia, Ketua-ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional dan ketua-ketua syarikat paling penting China, yang berhimpun bagi membincangkan masalah dan masa depan ekonomi dunia.

Guangzhou merupakan pusat bagi 288 pejabat syarikat Fortune 500, 120 daripadanya mempunyai ibu pejabat global atau Cina di selatan bandar. Forum ini bukan sekadar sebuah platform untuk Guangzhou menonjolkan pencapaian terkininya, tetapi turut bertindak sebagai jendela untuk dunia melihat peluang-peluang perniagaan yang luas serta potensi yang dimiliki olehnya.

Para Tetamu Forum menerima SUV GS8 GAC Motor
Para Tetamu Forum menerima SUV GS8 GAC Motor

Semasa acara selama tiga hari itu, para tetamu Forum telah tertarik dengan reka bentuk asli, kualiti tertinggi, tahap keselamatan lima bintang serta pengalaman perjalanan cemerlang yang disediakan oleh sedan elit, SUV dan kenderaan pelbagai guna daripada GAC Motor. Para tetamu menyatakan kenderaan GAC Motor mempunyai reka bentuk yang amat mantap serta garisan menawan pada bahagian luar serta mutu kerja yang halus di bahagian dalam. Ketua-ketua Pegawai Eksekutif syarikat multinasional turut mengunjungi ibu pejabat GAC Motor untuk melihat proses pembuatan kereta serta memuji semangat inovatif GAC Motor dan keyakinan tinggi dalam pembuatan pintar di China. 

"Kami berbesar hati kerana terpilih sebagai penyedia kereta perkhidmatan rasmi sempena Forum Fortune Global 2017. GAC Motor bermatlamat untuk menakrif semula standard mewah dalam pasaran auto Cina. Kenderaan kami memperlihatkan kekuatan dan keupayaan pengeluaran yang canggih bagi pembuatan automobil Cina, selain pendekatan berminda terbuka dan inovatif terhadap penstrukturan semula dan penaiktarafan perindustrian," kata Yu Jun, presiden GAC Motor. "GAC Motor menyiapkan barisan produk mewah dengan reka bentuk revolusioner yang akan membantu mewujudkan pengalaman pemanduan yang mesra alam serta rendah karbon."

Yu Jun, presiden GAC Motor
Yu Jun, presiden GAC Motor

Sedan GA8 elit, SUV GS8 mewah dan GM8 MPV pertama seumpamanya daripada GAC Motor yang menyediakan perkhidmatan untuk Forum ini telah mewujudkan barisan kelas atasan GAC Motor. Syarikat ini kini merupakan pembuat auto pertama yang menampung pasaran sedan berharga sederhana hingga mewah, SUV dan MPV dengan susun atur kenderaan Kelas C mewah yang lengkap.

Sebagai peneraju bag industri automobil Cina dan pelopor bagi strategi pembangunan Lembaga Seni Bina Internet (IAB) Guangzhou, GAC Motor memberi tumpuan yang tinggi terhadap pembangunan pintar, bertaraf antarabangsa dan bersifat digital. Syarikat telah mencapai kadar pertumbuhan kompaun sebanyak 85 peratus bagi enam tahun berturut-turut, memberi laluan kepada pembangunan dipacu inovasi yang menyasarkan pasaran mewah serta mengutamakan kualiti.

Matlamat strategik GAC Motor adalah untuk mencipta jenama Cina bertaraf dunia yang mampu mencapai pasaran global. Setakat tahun 2017, GAC Motor mewujudkan jaringan jualan dan perkhidmatan global di 14 negara meliputi Timur Tengah, Asia Tenggara, Eropah Timur, Afrika dan Amerika Utara; ia turut menubuhkan Pusat R&D Amerika Utara pertama di Silicon Valley dan merancang untuk menembusi pasaran Amerika Utara menjelang tahun 2019.

"GAC Motor diraikan sebagai 'Jenama Kereta Cina Terbaik' dalam pasaran antarabangsa, maka penting bagi kami untuk terus memajukan pelancaran strategik global kami, yang akan membantu industri auto Cina meneruskan usaha transformasinya daripada pengeluar produk kepada pihak yang mengeluarkan jenama-jenama bereputasi yang akan menceritakan kisah-kisah China," kata Yu Jun.

Latar Belakang GAC Motor

Ditubuhkan pada tahun 2008, Guangzhou Automobile Group Motor CO., LTD (GAC Motor) ialah subsidiari GAC Group, yang membangunkan dan mengeluarkan kenderaan, enjin, komponen dan aksesori kenderaan berkualiti premium, mencapai 96 peratus kadar pertumbuhan berbanding tahun sebelumnya pada tahun 2016, kadar yang tertinggi dalam kalangan semua jenama Cina bagi tempoh yang sama. GAC Motor kini berada pada kedudukan teratas dalam kalangan semua jenama Cina selama lima tahun berturut-turut dalam Initial Quality StudySM (IQS) China 2017 J.D. Power Asia Pasifik. Syarikat merancang untuk membentuk kapasiti pengeluaran sebanyak 500,000 kereta pada tahun 2017 dan 1,000,000 kenderaan menjelang tahun 2020.

Untuk maklumat lanjut, sila lawati:

Facebook: https://www.facebook.com/GACMotor 
Instagram: https://www.instagram.com/gac_motor  
Twitter: https://twitter.com/gac_motor

Perhubungan Media:

Hubungi:
Sukie Wong
+86-186-8058-2829
GACMotor@126.com

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171212/2013087-1-a
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171212/2013087-1-b
Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20171212/2013087-1-c

Source: GAC Motor
Keywords: Auto Banking/Financial Service Trade show news