AARBURG, Switzerland, 14 Disember 2017 /PRNewswire/ --
Di Franke, tumpuan sentiasa diberikan terhadap penggunaan teknologi canggih demi menyediakan minuman berkualiti premium. Kini, Franke mengambil selangkah lebih jauh dan merevolusikan konsep espresso tradisional menerusi teknologi iQFlow yang merintis.
Setakat ini dalam sistem kopi profesional, tiga parameter - kuantiti kopi, kekasaran pengisaran dan masa pengekstrakan - perlu kekal malar bagi menghasilkan minuman yang sempurna. Hal ini sering memerlukan pelarasan berterusan pada tetapan tahap kekasaran. Namun dengan iQFlow, Franke merevolusikan sepenuhnya pendekatan terhadap masalah ini, menawarkan kawalan masa pengektrakan pada waktu sebenar dan seterusnya, profil rasa. Faedah-faedah pengekstrakan pintar ini terbukti dengan produk ini sendiri:
Faedah 1: Dengan iQFlow pengguna profesional hanya perlu menentukan profil rasa yang diingini bagi setiap produk individu berdasarkan masa pengekstrakan.
Faedah 2: iQFlow mengekstrak lebih aroma di bawah tekanan malar sepanjang masa pengekstrakan berbanding sistem terdahulu, agar profil rasa berkenaan boleh dipelbagaikan secara lebih individu.
Faedah 3: iQFlow memastikan setiap profil rasa ditetapkan terlebih dahulu pada masa sebenar.
Faedah 4: Pelarasan pengisar yang merenyahkan tidak lagi diperlukan.
Faedah 5: Dengan bantuan iQFlow, kualiti dalam-cawan premium yang telah siap kekal malar secara sepenuhnya. Hari demi hari. Cawan berganti cawan.
iQFlow dapat meringankan dengan ketara beban kerja barista dan kakitangan kedai kopi. Kebolehan menentukan profil rasa bagi setiap minuman dengan menetapkan masa pengekstrakan secara individu menandakan anda sentiasa dapat menjamin kekonsistenan yang sempurna dan dapat menikmati kopi berkualiti premium. Hasil teknologi iQFlow, Franke menetapkan standard baharu bagi profil dan pengekstrakan rasa.
Ketahui lebih lanjut di iqflow.franke.com
Latar Belakang Franke Coffee Systems
Franke Coffee Systems ialah penyedia penyelesaian yang terkemuka di dunia bagi pembuatan kopi bertaraf profesional. Rangkaian produk melibatkan mesin kapsul automatik sepenuhnya, separa automatik, tradisional serta pembru yang dihasilkan secara khusus. Minat kami terhadap kualiti kopi yang terbaik mendorong kami untuk meningkatkan pengalaman pelanggan melalui hasil inovasi yang canggih. Ketahui lebih lanjut di http://www.franke.com
Foto akhbar
http://media.pprmediarelations.ch/franke
Maklumat perhubungan media
Franke Kaffeemaschinen AG
Caroline Martin
caroline.martin@franke.com
+41-62-787-32-81