omniture

Extell Development Company Selesaikan Pakej Pembiayaan $1.135 Bilion Untuk Central Park Tower Bangunan Kediaman Tertinggi Di Dunia

Extell Development Company
2018-01-04 10:40 509

NEW YORK, 4 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Firma pembangunan hartanah yang terkenal di negara ini Extell Development Company hari ini mengumumkan syarikat menyelesaikan pinjaman pembinaan terbesar setakat ini untuk Central Park Tower pada 29 Disember 2017. Central Park Tower, mercu tanda seni bina dengan ketinggian 1,550 kaki yang terletak di Billionaires' Row Manhattan, akan menjadi bangunan kediaman paling tinggi di dunia. Pakej pembiayaan terdiri daripada sindikasi pinjaman pembinaan senior sebanyak $900 juta dipimpin oleh J.P. Morgan dan pinjaman ekuiti pilihan sebanyak $235 juta daripada dana lindung nilai.

Image: Wordsearch
Image: Wordsearch

"Extell mempunyai reputasi yang amat kukuh di kalangan komuniti pemberi pinjaman dan pelabur institusi dan transaksi yang sofistikated ini mengukuhkan keyakinan dalam pasaran kondominium mewah Manhattan," kata Gary Barnett, Presiden dan Pengasas Extell Development Company. "Bandar Raya New York tidak pernah mempunyai menara amat tinggi yang berkaliber seperti ini dan kami berbesar hati apabila rakan institusi kami turut bersama-sama kami untuk menyiapkan produk yang benar-benar akan menjadi luar biasa."

Central Park Tower akan menjadi bangunan pencakar langit New York yang definitif dengan tawaran yang tiada tandingan dalam segala aspek. Terletak di 57th Street dengan Central Park menghadap terus ke bahagian utara, menara ini betul-betul terletak di persimpangan antara Columbus Circle dan Plaza District. Direka oleh firma tersohor Adrian Smith + Gordon Gill Architecture, yang terkenal dengan bangunan amat tinggi yang masyhur di serata dunia termasuk Burj Khalifa di Dubai dan Kingdom Tower di Arab Saudi, bangunan ini akan menyediakan 179 kediaman ultra mewah dengan susun atur teliti, pemandangan stratosfera dan akses ke kelab peribadi berkemudahan khidmat penuh yang berkedudukan paling tinggi di New York.

Extell membangunkan Central Park Tower bersama dengan SMI USA (SMI), subsidiari AS bagi Shanghai Municipal Investment, sebuah syarikat pelaburan infrastruktur utama yang bertanggungjawab terhadap Menara Shanghai yang terkenal.

Central Park Tower akan turut menempatkan gedung serbaneka Nordstrom berkeluasan kira-kira 300,000 kaki persegi. Ruang perniagaan tujuh tingkat baharu ini akan menjadi lokasi utama peruncit fesyen yang berpangkalan di Seattle di Bandar Raya New York, yang pertama dalam sejarah selama lebih 100 tahun.

Extell mempelopori pembinaan bagi projek pembangunan pencakar langit ultra mewah yang kini dianggap sebagai koridor kediaman paling berprestij di Manhattan berserta One57, menara pertama yang amat tinggi di Billionaires' Row. Menara kaca yang memecah rekod menghadap Central Park, yang menakrif semula latar langit Bandar Raya New York, menyediakan 132 kondominium terunggul di atas hotel utama lima-bintang baharu Park Hyatt. One57 mempunyai kediaman paling mewah yang pernah dijual dalam sejarah Bandar Raya New York pada harga $100.5 juta.

Extell Development Marketing Group akan mengendalikan jualan dan pemasaran untuk Central Park Tower secara eksklusif dengan jualan dijangka akan dilancarkan pada tahun 2018 dan dijadual siap pada tahun 2019. Untuk maklumat jualan, sila hubungi 212-957-5557 atau layari www.centralparktower.com.

Latar Belakang Extell 

Extell Development Company ialah pemaju hartanah yang diiktiraf di peringkat kebangsaan bagi hartanah kediaman, komersial, runcit, hospitaliti dan pelbagai guna, beroperasi khususnya di Manhattan dan bandar-bandar utama lain di seluruh negara. Dengan kerjasama arkitek dan ahli profesional rekaan bertaraf dunia, Extell membina hartanah yang dapat dibezakan melalui reka bentuk yang sofistikated, pelan lantai yang teliti dan kemudahan kelas pertama.

Projek-projek semasa yang sedang dibangunkan termasuk kondominium terbesar di Lower Manhattan, One Manhattan Square, terletak di pinggir Pelabuhan New York, menawarkan pemandangan air dan bandar yang memukau serta kemudahan berkeluasan lebih 100,000 kaki persegi; The Kent di 200 East 95th Street, bangunan yang menempatkan beberapa struktur Art Deco Bandar Raya New York dengan bahagian dalaman yang menyerupai keanggunan klasik Upper East Side; dan 70 Charlton, projek pembangunan kediaman mewah pertama yang terletak di Hudson Square, bahagian dalam West SoHo. Extell turut memulihkan dan mengemas kini beberapa bangunan klasik di kawasan kejiranan mercu tanda, termasuk bekas Hotel Stanhope di 995 Fifth Avenue dan The Belnord, bangunan mercu tanda di Upper West Side.

Latar Belakang SMI 

SMI USA berbangga dengan integriti, profesionalisme dan aset yang terbaik dalam kategorinya. Dengan sokongan lebih 20,000 kakitangan dan perancangan serta pembangunan hartanah kompleks selama berdekad-dekad, SMI meneraju projek-projek bermula dengan pembinaan hingga pelupusan dengan lancar.

Ditubuhkan pada tahun 1992, Shanghai Municipal Investment (dahulunya dikenali sebagai Shanghai Chengtou) ialah perusahaan milik kerajaan yang terbesar di Shanghai. Kini, SMI mempunyai dua subsidiari senaraian awam selain 11 ahli gabungan persendirian dan subsidiari. Syarikat berkembang maju seiring dengan perancangan infrastruktur, pelaburan, pembinaan dan agenda operasi Shanghai.

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/623964/Extell_Development_Co_Central_Park_Tower.jpg

Source: Extell Development Company
Keywords: Banking/Financial Service Real Estate Residential Real Estate Financing agreements