omniture

Prapendaftran RPG 3D Baharu Wish Interactives Royal Chaos Kini Dibuka

Wish Interactive
2018-01-10 10:22 446

HONG KONG, 10 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Setelah berminggu-minggu menantikannya, Wish Interactive mengumumkan acara prapendaftaran untuk Royal Chaos, RPG 3D aulik mudah alih terkini yang dibangunkan oleh Friend Times Inc, pada 9 Januari 2018. Permainan ini menampilkan latar belakang kisah yang hebat, grafik 3D yang dinamik dan terperinci serta komplot dalam istana yang dramatik dengan sistem pertempuran strategik, membawa pemain ke dalam suasana imersif dengan kemuliaan dan lingkaran cahaya dalam istana Cina purba. Royal Chaos menakrif semula pertempuran harem dan menaikkan standard dari segi perkara yang boleh dilakukan oleh permainan sosial. Permainan mudah alih ini juga menonjolkan generasi terkini RPG 3D ikonik Friend Times, menampilkan teknik-teknik baharu yang hebat dan reka bentuk artistik termaju.

Prapendaftaran Royal Chaos Kini Dibuka
Prapendaftaran Royal Chaos Kini Dibuka

Corak pemainan dinamik Royal Chaos mempunyai pelbagai ciri klasik dan unik, termasuk kad pejuang yang boleh dikumpul, sistem dandanan tersuai, penjelajahan penjara bawah tanah berkaitan komplot dalam istana dan pertempuran PVP yang mendebarkan. Dalam dunia Royal Chaos, para pemain boleh memilih satu daripada empat kelas dan digalakkan mengumpul sebanyak mungkin kad pejuang selagi mampu. Sistem kad yang amat bebas ini membolehkan pemain menyesuaikan barisan pejuang mereka, menambah dimensi strategi lain dalam pertempuran harem. Sistem dandanan memberikan satu lagi pilihan untuk memperibadikan penampilan mereka, mencipta watak mengikut gaya fesyen yang benar-benar unik dan meningkatkan daya tarikan mereka dalam permainan.

Ciri-ciri Utama

  • Grafik berestetika dan jalan cerita sinematik
    Pemandangan memukau dan jalan cerita beraneka membolehkan pemain mengikuti jejak langkah watak dan mengejar akhir kisah yang membahagiakan hati anda.
  • Hubungan cinta istana romantis dan perang diraja yang sensasi
    Bergantung pada pilihan pemain itu sendiri, mereka mungkin terbabit dalam perang diraja yang sukar atau asyik dalam hubungan cinta yang romantis.
  • Barisan pejuang dipersiapkan dan berjuang bersama-sama
    Pemain boleh memanggil tokoh-tokoh bersejarah untuk menjadi pejuang, mempersiapkan orang kanan mereka sendiri dan mengurus barisan pejuang dengan bebas dan bertempur dalam perjuangan ikut-gilir yang sengit   
  • Pesanan ringkas pada masa sebenar dan acara sosial beraneka
    Para pemain dibenarkan berkomunikasi dengan bebas, mengambil angin secara santai di halaman atau menikmati makan malam dengan cahaya lilin yang puitis bersama pemain-pemain lain.

Acara prapendaftaran dibuka di Amerika Utara, Singapura dan juga Malaysia. Para pemain yang mendaftar sekarang akan berpeluang menerima ganjaran eksklusif sehingga $30.

Untuk mendaftar permainan Royal Chaos, sila layari laman sesawang rasmi permainan mudah alih ini: http://rc.wishgamer.com

Pautan Dropbox di bawah disediakan untuk akses media kepada tangkapan skrin Royal Chaos: https://www.dropbox.com/sh/2phkp8b2mt0gjxp/AADGMCRTo6ygLLbrnT7adGu2a?dl=0

Selain acara prapendaftaran, Wish Interactives turut melancarkan treler yang menayangkan beberapa ciri menonjol dalam Royal Chaos:
https://youtu.be/UQcMTZgc4vY

Untuk mengambil bahagian dalam lebih banyak aktiviti dan memenangi ganjaran, sila ikuti komuniti sosial rasmi:

Facebook: https://www.facebook.com/xfqzcn/
Twitter: https://twitter.com/royalchaosWG

Pradaftar sekarang untuk mengambil bahagian dalam acara penting yang membolehkan anda memperoleh sehingga $30 secara percuma!

Latar Belakang Royal Chaos

Royal Chaos ialah judul RPG 3D aulik terkini daripada Friend Times. Berlatarbelakangkan dunia istana purba Cina yang diukir dengan teliti, para pemain dipaksa memasuki konflik pergelutan istana dengan jalan cerita yang dramatik, sebagai perempuan simpanan maharaja sebenar untuk mempersiapkan dan menyusun barisan pejuang yang pelbagai dan memenangi perjuangan harem atau menyesuaikan gaya fesyen untuk menemui kisah cinta romantis.

Latar Belakang Friend Times

Ditubuhkan pada tahun 2010, Friend Times ialah pembangun dan penerbit permainan mudah alih serta perisian yang semakin menempa nama di Suzhou, China. Menerusi beberapa kejayaan dalam projek mega yang dilancarkan di seluruh dunia, Friends Times memperoleh keuntungan hebat dari China, Korea, Asia Tenggara dan Amerika Utara, mengumpul lebih 100 juta pengguna dan terus menerobos sempadan bidang permainan mudah alih menerusi pembangunan permainan, penerbitan dan perkakasan permainan khusus.

Foto - https://photos.prnasia.com/prnh/20180108/2027150-1

 

Source: Wish Interactive
Keywords: Electronics Gaming Computer/Electronics Entertainment