omniture

Liberty Interactive Tukar Nama kepada Qurate Retail Group

QVC
2018-03-02 21:48 582

Mike George bakal dilantik Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Greg Maffei bakal dilantik sebagai Pengerusi

WEST CHESTER, Pennsylvania, 2 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Liberty Interactive Corporation ("Liberty Interactive") hari ini mengumumkan ia akan menamakan semula syarikatnya kepada "Qurate Retail Group." Liberty Interactive akan mula menggunakan nama baharu ini sebaik sahaja syarikat menyelesaikan pengasingan GCI Liberty ekoran pengambilalihan GCI Liberty, Inc. yang diumumkan sebelum ini (dahulunya General Communication, Inc., "GCI Liberty") (Nasdaq: GNCMA) dan secara rasminya akan menguatkuasakan pertukaran nama ini pada satu tarikh kelak.

Syarikat turut mengumumkan bahawa Mike George, kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif QVC, Inc., bakal menjadi Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Qurate Retail Group. Greg Maffei, yang kini menyandang jawatan tersebut, bakal menjadi Pengerusi.

Qurate Retail Group bakal terdiri daripada lapan jenama runcit utama -- QVC, HSN, zulily, Ballard Designs, Frontgate, Garnet Hill, Grandin Road dan Improvements – kesemuanya dikhususkan untuk menyediakan 'kaedah alternatif untuk membeli belah', melangkaui e-dagang transaksi atau kedai dalam bangunan yang tradisional. Di peringkat global, Qurate Retail Group akan menduduki tempat pertama bagi perdagangan video, mencapai kira-kira 370 juta kediaman di seluruh dunia melalui 16 rangkaian televisyen dan berbilang laman e-dagang, halaman sosial, aplikasi mudah alih, katalog cetak dan destinasi dalam kedai, dan bakal menduduki tempat ketiga bagi e-dagang di Amerika Utara dan tempat ketiga bagi perdagangan mudah alih di AS(1).

"Qurate Retail Group akan menjadi satu usaha niaga baharu melalui lebih banyak kaedah dan bukan melalui pertukaran nama sahaja," kata Greg Maffei. "Kami akan menjadi kumpulan pilihan dalam kalangan syarikat yang sealiran yang menyediakan pelanggan dengan koleksi produk unik yang dipilih susun, diijayakan secara peribadi dan relevan melalui kuasa penceritaan, menggabungkan yang terbaik antara runcit, media dan sosial."

Sebagai sebahagian daripada proses penjenamaan semula ini, Qurate Retail Group akan melancarkan logo baharu.

"Logo dan nama baharu kami menonjolkan kepakaran hebat kami dalam kurasi, yang melangkaui hanya sekadar produk," kata Mike George. "Kami akan menjadi peneraju yang tiada tandingan dalam pengalaman, perbualan dan komuniti yng dipilih susun untuk berjuta-juta pembeli yang amat bijak – membawakan keriangan, inspirasi dan kemanusiaan dalam membeli belah. Di samping itu, kami akan memilih susun audiens yang ramai, merentasi berbilang platform, untuk ribuan vendor jenama kami. Kekuatan ini, yang kesemuanya disumbangkan oleh ahli-ahli pasukan kami, membezakan Qurate Retail Group daripada peruncit-peruncit yang lain."

Penjenamaan semula ini akan menjadi kemuncak evolusi selama bertahun-tahun untuk QVC Group. Setiap satu daripada lapan perniagaan Qurate Retail Group akan mengekalkan jenama pengguna yang tersendiri, logo dan pengalaman membeli belah dalam organisasi baharu itu. HSN merupakan saluran membeli belah TV asal, diikuti dengan QVC. Kedua-dua jenama menakrifkan perdagangan video secara langsung, dan setiap jenama itu juga memanfaatkan kepakaran videonya untuk berkembang ke dalam e-dagang, perdagangan mudah alih dan perdagangan sosial. Sementara itu, zulily melancarkan dan mengembangkan platform e-dagangnya yang unik dan amat diperibadikan, dan Cornerstone Brands pula memperkenalkan dan meluaskan jenama gaya hidup interaktifnya. Pada Oktober 2015, Liberty Interactive mengambil alih zulily, dan pada Disember 2017, Liberty Interactive memperoleh pemilikan penuh HSN, Inc., dan ini termasuk Cornerstone Brands. 

Sebagai Qurate Retail Group, organisasi tergabung itu akan berkhidmat untuk 23 juta pelanggan di seluruh dunia dan akan mempunyai 27,000 ahli pasukan di AS, UK, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Poland dan China. Pada tahun 2017, Qurate Retail Group menjana pendapatan pro-forma sebanyak $14 bilion. 

"Kami menubuhkan organisasi unik, yang mempunyai skala untuk memacu inovasi luar biasa dalam segmen peruncitan," kata George. "Menerusi pasukan kami yang amat inovatif berusaha bersama-sama merentasi jenama-jenama, kami akan berupaya menawarkan pilihan yang semakin luas bagi pengalaman membeli belah yang menarik dan beraneka kandungan, menampilkan jenama-jenama keusahawanan bertaraf dunia, disokong oleh khidmat pelanggan yang cemerlang."

Bagi mempercepatkan inovasi, Qurate Retail Group menyertakan pasukan Usaha Niaga Baharu, menumpu pada pembangunan konsep runcit yang berdaya cipta dan memikirkan jauh ke hadapan bagi perniagaan semasa organisasi demi peluang pertumbuhan tambahan. Pasukan ini diketuai oleh Darrell Cavens, pengasas bersama zulily.

Qurate Retail Group akan berdagang di bawah simbol saham baharu (NASDAQ: QRTEA, QRTEB) dan akan merangkumkan perniagaan serta aset yang kini ditentukan kepada stok pengesanan QVC Group (NASDAQ: QVCA, QVCB), termasuk QVC, Inc., HSN, Inc. (termasuk Cornerstone Brands) dan zulily, LLC, yang kini merupakan subsidiari milik penuh Liberty Interactive dan juga beberapa pelaburan yang lebih kecil.

Sila layari laman sesawang baharu Qurate Retail Group, yang menyediakan video, fakta, himpunan berita dan maklumat tambahan. Ikuti kami melalui Facebook, Twitter dan Instagram @QurateRetailGrp.

Kenyataan Jangkaan
Siaran akhbar ini mengandungi kenyataan-kenyataan jangkaan mengikut pengertian Akta Reformasi Litigasi Sekuriti Persendirian 1995, termasuk kenyataan-kenyataan tentang penjenamaan semula dan pertukaran nama korporat Liberty Interactive, termasuk masa, faedah-faedah berkaitan dan perubahan pada simbol-simbol dagangan, penyempurnaan cadangan transaksi antara Liberty Interactive dan GCI Liberty serta perubahan dalam pengurusan dan lembaga pengarah Liberty Interactive. Kenyataan-kenyataan jangkaan ini melibatkan banyak risiko dan ketidaktentuan yang boleh menyebabkan keputusan sebenar berbeza dengan ketara berbanding keputusan yang dinyatakan atau ditunjukkan oleh kenyataan-kenyataan berkenaan, termasuk, tanpa had, syarat-syarat yang dipenuhi dalam cadangan transaksi dan keadaan pasaran am. Kenyataan-kenyataan jangkaan ini hanya terpakai setakat tarikh siaran akhbar ini, dan QVC menafikan dengan jelas apa-apa kewajipan atau tanggungjawab untuk menyebarkan apa-apa perkembangan terkini atau semakan semula untuk mana-mana kenyataan jangkaan yang terkandung dalam kenyataan ini bagi menunjukkan apa-apa perubahan dalam jangkaan QVC berkenaan dengannya atau apa-apa perubahan dalam peristiwa, situasi atau keadaan berdasarkan mana-mana kenyataan sedemikian. Sila rujuk dokumen Liberty Interactive dan QVC yang difailkan secara terbuka, termasuk Borang 10-K dan 10-Q mereka yang terbaharu, untuk mendapatkan maklumat tambahan tentang Liberty Interactive dan QVC serta tentang risiko dan ketidaktentuan berkaitan dengan perniagaan-perniagaan Liberty Interactive dan QVC masing-masing yang mana mungkin menjejaskan kenyataan yang dibuat dalam siaran akhbar ini.

Latar Belakang QVC Group
QVC Group menawarkan pengalaman membeli belah yang paling menarik, menggabungkan yang terbaik antara runcit, media dan sosial. QVC Group terdiri daripada lapan jenama runcit terkemuka: QVC, HSN, zulily, Ballard Designs, Frontgate, Garnet Hill, Grandin Road dan Improvements. QVC Group menyediakan koleksi yang dipilih susun mencakupi produk-produk keusahawanan bertaraf dunia, dipersembahkan dengan cara yang menarik dan inovatif, berserta khidmat pelanggan yang cemerlang. Di samping menjadi peneraju global dalam perdagangan video, QVC Group menduduki tempat ketiga dalam e-dagang di Amerika Utara dan tempat ketiga dalam perdagangan mudah alih di A.S. (menurut Internet Retailer). QVC Group dapat mencapai kira-kira 370 juta kediaman seluruh dunia melalui 16 rangkaian televisyen (termasuk usaha sama di China) dan pelbagai laman e-dagang, halaman sosial, aplikasi mudah alih, katalog cetak dan destinasi dalam kedai – menghimpunkan sejumlah besar audiens yang terdiri daripada para pembeli yang bersemangat. QVC Group membawakan kandungan yang semakin diperibadikan kepada pelanggan melalui analitik data dan pembelajaran mesin. Jenama-jenama QVC Group mewujudkan hubungan peribadi yang mantap dan hubungan jangka panjang bersama pelanggan, mencapai tahap kesetiaan dan pengekalan pelanggan yang cemerlang. Beribu pejabat di West Chester, Pennsylvania, QVC Group mempunyai 27,000 ahli pasukan di AS, UK, Jerman, Jepun, Itali, Perancis, Poland dan China. Layari laman web QVC Group untuk mengetahui lebih lanjut.

QVC Group terdiri daripada QVC, Inc., HSN, Inc. (termasuk Cornerstone Brands) dan zulily, LLC, yang merupakan subsidiari milik penuh Liberty Interactive Corporation, ditentukan kepada stok pengesanan QVC Group (NASDAQ: QVCA, QVCB). QVC, Q dan Q Ribbon Logo ialah tanda perkhidmatan berdaftar ER Marks, Inc. Untuk maklumat lanjut tentang Liberty Interactive Corporation, layari www.libertyinteractive.com.  

Semua data adalah setakat Tahun Fiskal 2017.   (1) Antara peruncit berbilang-kategori (Sumber: Internet Retailer).

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/648250/QurateRetailGroup_Logo.jpg

Source: QVC
Related Stocks:
NASDAQ:GNCMA NASDAQ:QVCA NASDAQ:QVCB
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Entertainment Household/Consumer/Cosmetics Mobile Entertainment Retail Personnel announcements