omniture

Emaar Hospitality Group Lancar Pencarian Global 'Bakat Hospitaliti Terhebat Dunia' bagi Individu Bawah 26 Tahun

Emaar Hospitality Group
2018-03-19 19:08 793

DUBAI, UAE, 19 Mac 2018 /PRNewswire/ --

Emaar Hospitality Group, perniagaan hospitaliti dan libur bagi pemaju Emaar Properties yang berpangkalan di Dubai, mengumumkan satu inisiatif global untuk mencari 'Bakat Hospitaliti Paling Hebat di Dunia'.

generated by system

generated by system

Olivier Harnisch, Ketua Pegawai Eksekutif Emaar Hospitality Group, berkata: "Dengan profil tetamu yang semakin berubah-ubah dan generasi baharu pengembara dan usahawan yang menuntut pengalaman hospitaliti baharu, penting untuk kami mempunyai pemimpin-pemimpin muda yang mempunyai idea-idea segar, yang dapat memimpin industri menuju era seterusnya. Inisiatif unik ini bermatlamat untuk membuka peluang bagi mempelajari tentang industri ini daripada pakar-pakar dan membina kerjaya yang mendatangkan kepuasan menerusi jawatan pengurusan. Di Emaar Hospitality Group, kami menerima perbezaan dan menggalakkan bakat-bakat daripada sebarang latar belakang untuk memohon. "

Mereka yang berminat terhadap industri ini boleh memohon secara dalam talian dengan menghantar video peribadi di WWW.THEWORLDSGREATESTHOSPITALITYTALENT.COM. Seramai lapan orang calon akan disenarai pendek dan diundang ke Dubai pada bulan Julai untuk menjalani proses pemilihan selama seminggu yang akan menggabungkan teknik-teknik pemilihan biasa dan inovatif.

Pusat pemilihan akan menilai calon-calon yang disenarai pendek berdasarkan personaliti, daya kreativiti, pendekatan berinovasi dan minat sebanar terhadap industri. Hanya seorang calon akan muncul sebagai pemenang - bakat hospitaliti paling hebat di dunia - yang akan menjalani latihan selama tiga tahun di bawah pimpinan kanan Emaar Hospitality Group dan bekerja dalam semua aspek.

Calon yang berjaya hendaklah berusia kurang daripada 26 tahun dan berkelulusan ijazah sarjana muda atau yang setara dengannya daripada apa-apa bidang, apabila latihan bermula pada September 2018. Pemenang akan ditempatkan di Dubai dan mengambil bahagian dalam program pembangunan yang komprehensif. Pemenang juga akan menerima imbuhan mengikut piawaian industri termasuk perumahan, elaun pengangkutan dan faedah-faedah lain. Menerusi peranan sebagai Pengurus Besar Interim, individu tersebut akan bekerja dalam pelbagai aspek dengan mengikuti dan memerhati Ketua Pegawai Eksekutif dan pengurus-pengurus kanan serta akan mengikuti program MBA eksekutif yang dibiayai sepenuhnya di Dubai.

Emaar Hospitality Group mempunyai 11 hotel operasi dan tiga kediaman berservis di Dubai di bawah Address Hotels + Resorts; Vida Hotels and Resorts dengan gaya hidup mewah; dan Rove Hotels taraf pertengahan yang kontemporari selain beberapa projek akan datang di UAE, Arab Saudi, Bahrain, Mesir, Turki dan Maldives.

Untuk butiran, log masuk ke: WWW.THEWORLDSGREATESTHOSPITALITYTALENT.COM

Perhubungan media:
Kelly Home
ASDA'A B-M
+9714 4507 600
kelly.home@bm.com

Source: Emaar Hospitality Group
Keywords: Health Care/Hospital Workforce Management/Human Resources