omniture

Festival Peladang Xi'an Rai Pencapaian Serantau Dalam Pembangunan Luar Bandar

Xi’an Farmers Festival
2018-03-20 08:42 629

XI'AN, China, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Bandar Xi'an yang terletak di wilayah Shaanxi, China, mengadakan Festival Peladang Xi'an sulungnya pada 18 Mac. Acara tahunan yang baharu ini diwujudkan bagi meraikan tradisi dan inovasi pertanian di wilayah tersebut, meletakkan Xi'an sebagai peneraju negara dalam membangunkan inovasi pertanian moden, dan oleh yang demikian meningkatkan rangsangan ekonomi kawasan luar bandar menerusi budaya perladangan China yang diwarisi.

Pewujudan percutian yang ditetapkan untuk warga peladang adalah hasil pencapaian peningkatan yang komprehensif terhadap kualiti hidup keseluruhan warga peladang. Acara kemuncak yang diadakan semasa festival yang julung kali diadakan itu termasuk majlis perasmian tradisional yang melibatkan tarian naga, pertandingan nyanyian lagu rakyat, pertandingan seni visual menampilkan catan dan seni potongan kertas, acara sukan dan pengalaman memasak dari ladang-ke-meja-hidangan yang menonjolkan hasil tempatan yang terbaik.

Festival Peladang Xi'an turut diadakan bagi menekankan tumpuan Xian terhadap 'Tiga Isu Luar Bandar' di kawasan mereka. "Tiga Isu Luar Bandar" merujuk kepada cabaran-cabaran pembangunan berkisar peladang, masyarakat luar bandar dan pertanian yang memberi kesan kepada kawasan-kawasan pedalaman China. Perladangan dan pertanian yang melibatkan perhutanan, pemeliharaan ternakan dan perikanan ialah industri utama di Xi'an, yang menghasilkan pendapatan sebanyak USD 4.94 bilion pada tahun 2017. Festival Peladang Xi'an bertujuan untuk meraikan fokus rantau berkenaan terhadap pembangunan luar bandar menerusi strategi pertumbuhannya yang lebih luas.

Xi'an sudahpun mencapai hasil perolehan yang ketara ketika menangani "Tiga Isu Luar Bandar" mulai tahun 2017 hingga 2018, dengan pertumbuhan pendapatan pertanian mencecah USD 4.44 bilion manakala purata pertumbuhan pendapatan mencecah 8.8% bagi penduduk luar bandar. Pertumbuhan dalam hasil pengeluaran untuk sektor-sektor tertentu termasuk 5% untuk sayur-sayuran, 3.9% untuk buah-buahan, 3.2% untuk daging dan 4.8% untuk perikanan.

Inisiatif-inisiatif pembangunan luar bandar Xi'an menumpu pada tiga bidang utama: pembinaan keupayaan untuk peladang; pengukuhan semula untuk masyarakat luar bandar; dan pembangunan jenama untuk tanaman khusus. Pelbagai institusi pendidikan perladangan dibiayai bagi memupuk bakat dalam bidang perladangan. Sumber-sumber untuk penduduk dijadikan lebih mudah diakses melalui penubuhan pusat khidmat rakyat secara dalam talian dan juga luar talian di peringkat kampung dan serantau. Beberapa tanaman khusus telahpun dikenal pasti dan ditanam di kawasan-kawasan yang ditetapkan bagi menggalakkan penjenamaan, seperti kawasan anggur Daerah Eyi dan kawasan buah kiwi Daerah Zhouzhi.

Latar Belakang Festival Peladang Xi'an

Festival Peladang Xi'an diwujudkan pada tahun 2017 bagi memberi kesedaran terhadap "Tiga Isu Luar Bandar" China dan memilih Xian sebagai peneraju bagi pembangunan luar bandar dan pertanian.

 

Source: Xi’an Farmers Festival
Keywords: Agriculture