omniture

VFS Global Dianugerah Kontrak Sediakan Khidmat Pusat Permohonan Visa Kanada di 78 Negara

VFS Global
2018-03-20 11:42 672

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 20 Mac 2018 /PRNewswire/ -- Perkhidmatan Awam dan Perolehan Kanada, bagi pihak Imigresen, Pelarian dan Kewarganegaraan Kanada, menganugerahi VFS Global dengan lima daripada enam wilayah kontrak globalnya untuk menyediakan perkhidmatan pusat permohonan visa. Kontrak tersebut mencakupi Eropah & CIS, Afrika & Timur Tengah, Asia Utara, Asia Selatan dan Australasia.

VFS Global telahpun berkhidmat untuk Kerajaan Kanada sejak tahun 2005 dan kini mengendalikan Pusat Permohonan Visa (VAC) di lima benua untuk Kanada.

Ini merupakan satu kejayaan yang amat penting buat VFS Global, yang mengurus kira-kira 1.8 juta permohonan visa Kanada seluruh dunia, setiap tahun.

Chris Dix, Ketua - Pembangunan Perniagaan, VFS Global, berkata, "Kami berasa bertuah kerana dapat meneruskan perkongsian kami bersama Kerajaan Kanada. Ini bukan sahaja penting kerana Kanada telahpun mempunyai jaringan VAC yang paling luas di dunia yang mana 129 VAC dikendalikan oleh VFS Global, tetapi penganugerahan kontrak tersebut terus mengukuhkan kedudukan syarikat sebagai rakan kongsi perkhidmatan visa yang terkemuka untuk 58 pelanggan kerajaan seluruh dunia."

Dengan Kanada yang menyambut Ulang Tahun Konfederasi ke-150 pada tahun 2017, minat pelancongan di Kanada meningkat dengan ketara. The New York Times memilih Kanada sebagai destinasi pelancongan utama bagi tahun 2017, antara 52 lokasi lain - menunjukkan betapa menariknya negara tersebut di mata pengembara antarabangsa. Menurut Destination Canada, negara tersebut menerima 20.8 juta pelancong yang memecah rekod pada tahun 2017, pencapaian tertinggi setakat ini, dan trend ini dijangka berterusan.

Bagi VFS Global, tahun 2018 telahpun menjadi tahun yang penuh dengan peristiwa menerusi penganugerahan kontrak Kanada yang diperoleh tidak lama selepas keputusan Kerajaan Switzerland untuk menganugerahkan syarikat dengan lebih 80% kontrak pemprosesan visa globalnya. VFS Global ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh 58 pelanggan kerajaan seluruh dunia, menawarkan pelbagai pilihan perkhidmatan permohonan visa, permit, pasport dan konsular.

Latar Belakang VFS Global  

VFS Global ialah pakar perkhidmatan penyumberan luar dan teknologi yang terbesar di dunia untuk kerajaan dan misi diplomatik di seluruh dunia. Dengan 2574 Pusat Permohonan, operasi di 137 negara di lima benua dan lebih 165 juta permohonan diproses setakat 1 Mac 2018, VFS Global ialah rakan kongsi yang dipercayai oleh 58 pelanggan kerajaan. Operasi seluruh dunia VFS Global diperakui oleh ISO 9001:2008 untuk Sistem Pengurusan Kualiti, ISO 27001:2013 untuk Sistem Pengurusan Keselamatan Maklumat dan ISO 14001:2004 untuk Sistem Pengurusan Alam Sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari http://www.vfsglobal.com

Perhubungan Media
Shaily Vaswani
ShailyV@vfsglobal.com
VFS Global    

Source: VFS Global
Keywords: Travel New products/services