omniture

Manulife Beri Cuti "Hari Terima Kasih" kepada Kakitangan pada 2020; Lima Hari Peribadi Tambahan pada 2021

Manulife Financial Corporation
2020-05-28 00:25 60

C$ melainkan dinyatakan sebaliknya
TSX/NYSE/PSE: MFC  SEHK: 945

TORONTO, 27 Mei 2020 /PRNewswire/ -- Manulife dan John Hancock akan memberi cuti "Hari Terima Kasih" kepada lebih daripada 35,000 kakitangannya pada hari Jumaat, 19 Jun tahun ini sebagai penghargaan kepada segala kerja keras yang dilakukan oleh mereka untuk menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan dan membantu orang ramai membuat keputusan yang lebih mudah dan menjadikan kehidupan lebih baik. Di samping itu, Syarikat akan menyediakan lima hari peribadi tambahan pada tahun akan datang kepada setiap kakitangan bagi menyokong kesejahteraan mereka dengan menggalakkan pengambilan cuti yang kerap dan memberi peluang kepada kakitangan untuk pergi ke percutian yang bermakna kepada mereka yang mungkin tidak dapat dilakukan dalam persekitaran semasa.


"Saya amat berbangga dan bersyukur atas komitmen yang ditunjukkan oleh kakitangan kami – tenaga yang diambil dan stamina yang luar biasa," kata Ketua Pegawai Eksekutif Manulife Roy Gori. "Meskipun banyak komuniti memulakan proses pembukaan semula, kami memilih jalan selamat untuk menganggap bahawa keadaan tidak akan kembali kepada apa yang kita fikirkan 'normal' untuk beberapa ketika. Maka, kita semua perlu terus menjaga diri kita dan mengamalkan tabiat yang sihat, termasuk merehatkan diri daripada tugas harian dan meluangkan masa untuk beristirehat. Kita akan melakukannya bersama-sama, sebagai sebuah pasukan global, pada hari Jumaat, 19 Jun tahun ini."

Berserta cuti tambahan ini, Manulife dan John Hancock telah mengambil pelbagai tindakan untuk menyokong kesejahteraan kakitangan kami dan keluarga mereka sebagai respons kepada cabaran yang dihadapi oleh mereka ekoran pandemik ini. Syarikat menawarkan aturan kerja yang fleksibel, cuti berbayar tambahan dan sumber kesihatan mental maya tambahan.

Manulife juga berbangga kerana dapat menyumbang sebanyak $25 juta sebagai respons kepada COVID-19, yang memberi tumpuan pada beberapa barisan hadapan yang kritikal, termasuk bantuan untuk pelanggannya, sokongan untuk kakitangan dan bantuan untuk komuniti.

Latar Belakang Manulife
Manulife Financial Corporation ialah kumpulan perkhidmatan kewangan antarabangsa terkemuka yang membantu orang ramai untuk membuat keputusan mereka dengan lebih mudah dan menjadikan kehidupan mereka lebih baik. Menerusi ibu pejabat global kami di Toronto, Kanada, kami beroperasi sebagai Manulife merentas pejabat-pejabat kami di Kanada, Asia serta Eropah, dan terutamanya sebagai John Hancock di Amerika Syarikat. Kami menyediakan penyelesaian khidmat nasihat kewangan, insurans dan pengurusan kekayaan serta aset untuk individu, kumpulan dan institusi. Pada penghujung tahun 2019, kami mempunyai lebih daripada 35,000 kakitangan, lebih 98,000 ejen dan beribu-ribu rakan pengedaran, bagi menyediakan perkhidmatan kepada hampir 30 juta pelanggan. Setakat 31 Mac 2020, kami mempunyai aset bawah pengurusan dan pentadbiran sebanyak $1.2 trilion (US$0.8 trilion) dan dalam 12 bulan sebelumnya kami membuat bayaran $30.4 bilion kepada pelanggan kami. Operasi-operasi utama kami terletak di Asia, Kanada dan Amerika Syarikat di mana kami berkhidmat kepada pelanggan kami selama lebih 155 tahun lamanya. Kami berdagang sebagai 'MFC' melalui bursa saham Toronto, New York serta Filipina dan di bawah '945' di Hong Kong.

Hubungan Media: Sean B. Pasternak, Manulife, 416-852-2745, Sean_pasternak@manulife.com; Hubungan Pelabur: Adrienne O'Neill, Manulife, 416-926-6997, adrienne_oneill@manulife.com

Foto - https://mma.prnewswire.com/media/1172849/Manulife_Financial_Corporation_Manulife_Gives__Thank_You_Day__Of.jpg  

 

Source: Manulife Financial Corporation
Related Stocks:
HongKong:0945 Manila:MFC NYSE:MFC Toronto:MFC
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Insurance Corporate Social Responsibility