omniture

Dunkin' Donuts Umumkan Tawaran Donat Percuma Di Seluruh Dunia Pada 7 Jun

Dunkin' Donuts
2013-05-30 09:00 132

-- Dunkin' Donuts jemput tetamu di 31 buah negara untuk menikmati donat percuma dengan pembelian sebarang minuman

CANTON, Massachusetts, 30 Mei 2013 /PRNewswire/ -- Dunkin' Donuts, salah satu rangkaian utama kopi dan makanan bakar (ketuhar) dunia, mengumumkan hari ini tawaran menarik untuk pencinta donat di seluruh dunia. Pada hari Jumaat, 7 Jun, restoran Dunkin' Donuts yang mengambil bahagian akan menawarkan tetamu donat percuma pilihan mereka (sementara stok masih ada) dengan pembelian sebarang minuman.

(Logo: http://photos.prnewswire.com/prnh/20110224/NY53806LOGO )

Dengan tawaran istimewa yang diberikan kepada tetamu Dunkin' Donuts di 31 negara di seluruh dunia, ia menandakan perayaan donat sedunia yang pertama bagi jenama itu. Menurut John Costello, Presiden, Pemasaran dan Inovasi Global di Dunkin' Brands, jenama itu mahu mengiktiraf keriangan dan kegembiraan yang dibawa oleh donat kepada orang ramai di seluruh dunia setiap hari. "Dengan warisan kami yang kaya sebagai salah satu peneraju donat dunia, kami mengetahui kuasa yang  ada pada donat dalam membawakan senyuman ke wajah tetamu-tetamu kami. Kami teruja untuk meraikan donat pada 7 Jun dengan menjadikannya lebih mudah dan murah bagi tetamu kami di seluruh dunia menikmati donat percuma dengan pembelian sebarang minuman," kata beliau.

Untuk lebih 60 tahun, Dunkin' Donuts telah menjadi peneraju kategori donat, dan tahun lalu telah menjual 2.4 bilion biji donat dan makanan ringan MUNCHKINS® di restorannya di 31 buah negara di seluruh dunia. Ia menawarkan rangkaian donat yang lazat dan kreatif, termasuk perisa kegemaran seperti Boston Kreme, Glazed dan Chocolate Frosted.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Dunkin' Donuts,lawati  www.DunkinDonuts.com atau ikuti kami di Facebook (www.facebook.com/DunkinDonuts) dan Twitter (www.twitter.com/DunkinDonuts).

Mengenai Dunkin' Donuts

Diasaskan pada 1950, Dunkin' Donuts merupakan hentian kegemaran sepanjang hari, setiap hari untuk kopi dan makanan bakar di Amerika. Dunkin' Donuts merupakan pemimpin pasaran dalam kategori kopi biasa/dekaf/berperisa, kopi ais, donat, bagel dan muffin. Dunkin' Donuts telah mendapat kedudukan pertama untuk kesetiaan pelanggan dalam kategori kopi oleh Brand Keys bagi 7 tahun berturut-turut. Syarikat ini mempunyai 10,500 restoran di 31 buah negara di seluruh dunia. Bagi tahun keseluruhan 2012, restoran Dunkin' Donuts mencapai jualan francais yang dilaporkan kira-kira $6.9 bilion.  Berpangkalan di Canton, Massachusetts, Dunkin' Donuts merupakan sebahagian daripada keluarga syarikat Dunkin' Brands Group, Inc. (Nasdaq: DKNN). Untuk maklumat lanjut, lawati www.DunkinDonuts.com.    

Source: Dunkin' Donuts
Related Stocks:
NASDAQ:DNKN
Keywords: Beverages Food/Beverages Non-Alcoholic Beverages Restaurants Retail New products/services