omniture

Jolywood Pilih IMI Industry Co., Ltd Sebagai Ejen dan Pengedar Bertauliah Di Thailand

Jolywood
2018-01-03 11:33 697

TAIZHOU, China, 3 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd ("Jolywood" atau "Syarikat"), peneraju dalam bidang penyelidikan dan pembangunan, pengeluaran besar-besaran sel solar Dwimuka jenis-N, menandatangani satu perjanjian kerjasama ("Perjanjian") dengan IMI Industries Co., Ltd ("IMI Group"), sebuah syarikat kejuruteraan Thailand. Melalui Perjanjian ini, IMI Group akan mengedarkan Panel Solar Fotovolta Dwimuka Dwikaca premium Jolywood kepada pasaran Thailand. Ini merupakan kali pertama Jolywood akan bekerjasama dengan pengedar Thailand sebagai sebahagian daripada usahanya untuk menembusi pasaran Asia Tenggara.

IMI Group mempunyai kepakaran selama 30 tahun dalam kawalan proses berat untuk industri penjanaan kuasa dan minyak & gas, serta turut beroperasi sebagai sebuah syarikat Pembinaan Perolehan Kejuruteraan (EPC) untuk stesen kuasa solar terapung, dan juga yang terletak di atas tanah dan di atas bumbung. Panel-panel solar yang akan dibekalkan oleh Jolywood terkenal kerana sangat cekap, dan akan digunakan dalam pembinaan projek-projek solar tempatan Thailand.

En. Liu Yong, Naib Presiden Jolywood berkata, "Asia Tenggara mempunyai pasaran solar yang semakin matang yang berpotensi untuk berkembang luas dalam tempoh 10 tahun akan datang. IMI Group mempunyai pengalaman luas dari segi jalinan kerjasama dengan para pelanggan golongan teratas dan berupaya memajukan teknologi bernilai tambah kami dengan berkesan. Dengan berganding bahu bersama-sama, kami berharap dapat mewujudkan gaya hidup yang lebih mesra alam untuk pengguna di seluruh rantau ini."

En. Sudhee Raksantiphab, Pengasas dan Pengarah Urusan IMI Group berkata, "Kami amat berbesar hati dapat menjalin perkongsian ini dengan Jolywood. IMI mengambil sikap berhati-hati dengan hanya memilih produk-produk tertentu yang mempunyai teknologi terkini untuk ditawarkan kepada senarai pelanggan kami yang dihormati. Kami melihat barisan produk Jolywood, strategi mereka untuk mengeluarkan hanya peralatan kuasa solar yang berkualiti terbaik, sebagai padanan terbaik dengan visi IMI untuk menyediakan pelanggan kami dengan kemudahan kuasa solar yang menampilkan kos kuasa elektrik teraras (LCOE) yang terbaik dalam pasaran."

Menurut perjanjian, Jolywood dan IMI Group menyasarkan jumlah jualan modul-modul 100 megawatt (MW) untuk pasaran Thailand, dan 200 MW untuk rantau Asia Tenggara yang lebih luas.

Latar Belakang IMI Industries Co., Ltd

IMI Industries ditubuhkan pada tahun 1989 oleh sekumpulan jurutera yang amat berpengalaman. Sejak itu, ia berkembang menjadi salah sebuah syarikat kejuruteraan dan pengagihan yang paling bereputasi di Thailand. Syarikat menyediakan pakej lengkap, bermula dengan reka bentuk, kepada bekalan, pemasangan dan perkhidmatan selepas jualan. IMI Industries mempunyai senarai pelanggan dalam segmen penjanaan kuasa, minyak & gas, pulpa & kertas, makanan & minuman, air & air sisa, industri am, simen, keluli, bahan kimia, pengguna, sekolah, kolej teknologi, universiti dan angkatan tentera negara.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://www.imi-industries.com/

Latar Belakang Jolywood (Taizhou) Solar Technology Co. Ltd.

Jolywood (Taizhou) Solar Technology, sebuah subsidiari teknologi fotoelektrik milik penuh Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co. Ltd., terlibat dalam usaha penyelidikan & pembangunan, pengeluaran dan pemasaran sel solar, tenaga solar, silicon dan khidmat nasihat teknikal. Syarikat telah mengumpul teknologi-teknologi baharu sejak mula ditubuhkan dan memohon lebih 60 paten setakat ini, dengan 23 daripadanya diluluskan dengan jayanya. Ditubuhkan pada tahun 2008, Jolywood (Suzhou) Sunwatt Co. Ltd., ialah pengeluar profesional terbesar bagi lapisan luar (backsheet) PV seluruh dunia, dengan kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak lebih 100 juta meter. Syarikat turut mengungguli industri solar global dengan 2.1GW kapasiti pengeluaran bagi sel solar dwimuka jenis-n.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: http://en.jolywood.cn/

 

 

Source: Jolywood
Related Links:
Keywords: Alternative Energies Oil/Energy Utilities Contracts Corporate Expansion