omniture

Enigma Software Group Buat Tuntutan Mahkamah Perancis Baharu Terhadap Malwarebytes

Enigma Software Group USA, LLC
2018-01-14 20:32 226

Enigma Software Group mulakan tuntutan mahkamah Perancis terhadap Malwarebytes kerana taktik perniagaan predatori yang menyalahi undang-undang.

Enigma Software Group berjanji lindungi dan bela hak pilihan bebas pengguna.

PARIS, 14 Januari 2018 /PRNewswire/ -- Enigma Software Group USA, LLC ("ESG") telah memulakan tuntutan mahkamah terhadap Malwarebytes Inc. dan Malwarebytes Limited (Malwarebytes) di Mahkamah Perdagangan Paris atas amalan perniagaan predatori Malwarebytes di Perancis, yang mengganggu pengguna Perancis dan ESG. Tuntutan mahkamah ESG terhadap Malwarebytes menegaskan tuntutan di bawah undang-undang Perancis kerana perbuatan Malwarebytes yang melanggar undang-undang yang memberikan label palsu kepada program ESG sebagai "program yang tidak diingini" serta menghalang dan mengganggu mereka. Taktik Malwarebytes membataskan kemampuan pengguna Perancis untuk memasang beberapa program keselamatan komputer ke atas sistem mereka, sehingga tidak hanya mengabaikan pilihan pengguna tetapi juga menyebabkan pengguna lebih rentan terhadap potensi serangan siber.

Jurucakap ESG, Ryan Gerding mengulas bahawa "Walaupun Malwarebytes mungkin cuba untuk membuli ESG dengan menyasarkannya kerana ia merupakan pesaing yang kuat, ESG tidak akan berdiam diri tatkala Malwarebytes menghalang akses pengguna Perancis terhadap program anti-perisian hasad pilihan mereka dengan cara yang salah – khususnya apabila Malwarebytes menggunakan taktik anti-persaingan yang menyalahi undang-undang semata-mata untuk meningkatkan keuntungannya sendiri dengan mengorbankan pengguna ESG dan Perancis. ESG mempunyai pelanggan di seluruh dunia dan tidak akan teragak-agak untuk membuat tuntutan apabila para pengguna mendapat mudarat ketika mempertahankan hak mereka. "

Sebagai sebahagian daripada tuntutan mahkamah Perancis, satu laporan teknikal terperinci telah diserahkan oleh Bailiff Perancis yang menunjukkan bagaimana Malwarebytes menghalang pengguna daripada mengakses SpyHunter 4 dan menjadikannya sukar bagi para pengguna melepasi sekatan Malwarebytes.

Tuntutan ESG terhadap Malwarebytes di California masih diteruskan di hadapan Mahkamah Rayuan untuk Litar Ke-9. Mengenai tuntutan undang-undang yang masih berlangsung itu, Gerding mengulas bahawa "pembelaan statutori yang dinyatakan oleh Malwarebytes dalam tuntutan California yang bolehkannya menghalang mana-mana program yang tidak disukai atas apa-apa sebab adalah penyelewengan undang-undang AS dan, dalam sebarang keadaan, tidak boleh digunapakai dalam Mahkamah Perancis. "

Latar Belakang Enigma Software Group USA, LLC

Enigma Software Group USA, LLC ialah syarikat persendirian bagi penyepadu sistem dan pembangun perisian keselamatan PC antarabangsa, dengan pejabat di Amerika Syarikat dan Kesatuan Eropah. Kepakaran syarikat ialah pembangunan perisian keselamatan PC, analisis keselamatan dalam talian, penilaian ancaman adaptif, dan pengesanan ancaman keselamatan PC, selain pembaikan tersuai perisian hasad untuk berjuta-juta pelanggan di seluruh dunia. ESG paling terkenal dengan SpyHunter 4, produk dan perkhidmatan perisian anti-perisian hasadnya. SpyHunter 4 telah berulang kali memperoleh gred teratas dalam ujian perbandingan oleh makmal ujian pihak ketiga yang bebas seperti AV-Comparatives dan AV-TEST. SpyHunter 4 juga telah diperakui oleh OPSWAT dan TRUSTe.

Berhubung dengan ESG di Twitter | Facebook | Google+ | LinkedIn | YouTube 

Logo - https://mma.prnewswire.com/media/452052/Enigma_Software_Logo.jpg

 

Source: Enigma Software Group USA, LLC
Keywords: Computer Software Computer/Electronics High Tech Security Legal issues