omniture

TrinaTracker peroleh pesanan untuk sistem penjejakan solar pintar 108MW di Colombia

TrinaTracker
2023-09-19 22:40 54

CALDAS, Colombia, 19 September 2023 /PRNewswire/ -- TrinaTracker, penyedia penyelesaian penjejakan solar pintar terkemuka yang merupakan sebahagian daripada Trina Solar Co Ltd (SHA: 688599), menandatangani perjanjian pembekalan penjejak solar dengan Power Construction Corporation of China (POWERCHINA), untuk membekalkan kepada Taman PV Solar Tepuy di Colombia dengan 108MW sistem penjejakan pintar, termasuk penjejak Vanguard 1P perintis TrinaTracker, algoritma pintar dan platform Trina Smart Cloud.

Taman PV Solar Tepuy ialah kawasan di wilayah Antioquia, barat laut Colombia. Ia dibangunkan oleh Medellin Electric Power Company, syarikat penjanaan kuasa terbesar di negara ini. POWERCHINA melaksanakan EPC termasuk reka bentuk, pembekalan, pembinaan, pemasangan dan pentauliahan stesen janakuasa PV. TrinaTracker merupakan pembekal eksklusif untuk projek ini.

Penjejak Vanguard 1P TrinaTracker direka bentuk untuk loji janakuasa solar besar pada rupa bumi rata. Reka bentuk ini memerlukan sedikit sistem pemacu dan pengawal bagi setiap megawatt, mengurangkan kos bahan dan menjimatkan masa buruh semasa pemasangan projek. Asas cerucuk yang sedikit menjadikan produk ini sebagai padanan yang lebih baik untuk robot pembersih dan sistem dwi-peredam mengurangkan peluang penjejak rosak akibat angin kencang.

Sistem penjejakan pintar TrinaTracker diintegrasikan dengan struktur + algoritma + platform penjejak dan ia termasuk unit kawalan penjejak, SuperTrack dan platform pemantauan Trina Smart Cloud. Sistem ini dapat meningkatkan penjanaan kuasa sehingga 8% berbanding dengan sistem penjejakan solar konvensional. Ia juga menyediakan fungsi-fungsi pemantauan penjejak yang lebih baik semasa operasi sistem, mengurangkan kos operasi dan penyelenggaraan pelanggan dan mengurangkan kerugian penjanaan kuasa.

Amerika Latin ialah salah satu pasaran yang paling penting untuk penjejak solar dan Colombia, salah satu ekonomi terbesar di kawasan ini, mempunyai potensi yang amat besar untuk pembangunan penjanaan kuasa fotovolta. Syarikat perunding antarabangsa S&P Global berkata lebih daripada 80% tapak fotovolta darat di Amerika Latin menggunakan penjejak solar, dengan penembusan pasaran adalah jauh lebih tinggi berbanding 45% purata global.

Kolaborasi TrinaTracker dalam projek Tepuy merupakan petanda yang baik untuk lebih banyak pertumbuhan dalam pasaran Amerika Latin. Dengan memperkenalkan teknologi penjejakan solar pintar yang paling maju di kawasan ini dan menyediakan reka bentuk sistem komprehensif, penghantaran dan servis selepas jualan, TrinaTracker akan terus memacu pembangunan projek-projek fotovolta di Amerika Latin, menambah lebih banyak tenaga hijau yang amat diperlukan di kawasan ini.

 

Source: TrinaTracker
Keywords: Alternative Energies Computer Software Computer/Electronics Construction/Building Electrical Utilities Electronic Components Environmental Products & Services Green Technology Oil/Energy Utilities Environmental Issues Licensing/marketing agreements Cloud Computing / Internet of Things Cision Influencer List - ESG