omniture

Acision Melancarkan SDK WebRTC yang Membolehkan Generasi Seterusnya Perkhidmatan Komunikasi IP Satu Klik

Forge oleh Platform Acision Memperkasa Perusahaan untuk Meningkatkan Penglibatan Pelanggan dengan Perkhidmatan Video, Suara, Mesej serta Perkongsian Kandungan yang Terkini
Acision
2014-06-18 22:02 140

ATLANTA, Persidangan & Ekspo WebRTC IV, 18 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Acision, peneraju global dalam perkhidmatan penglibatan mudah alih dan penggerak pertama dalam industri untuk teknologi WebRTC, hari ini telah mengumumkan pelancaran SDK WebRTC, yang kini boleh didapati melalui platform API forge oleh Acision. SDK WebRTC Acision akan membolehkan perusahaan untuk menyepadukan dengan mudah fungsi WebRTC berasaskan pelayar, seperti video dan panggilan suara, serta perkongsian kandungan, sesi sembang dan juga IM, ke dalam aplikasi web dan mudah alih.

Perusahaan, terutamanya yang mengendalikan pusat hubungan, sentiasa mencari jalan untuk mempertingkat sistem komunikasi bagi memajukan penglibatan pelanggan. Dengan SDK WebRTC Acision, perusahaan dan pembangun boleh menghasilkan aplikasi baharu atau tambahan kepada aplikasi dan perkhidmatan sedia ada dengan menggunakan akses layan diri antara muka tunggal laman forge Acision. Tambahan lagi, perusahaan boleh mendapat faedah daripada keselamatan, keandalan dan juga kepakaran gred pembawa yang dikaitkan dengan sejarah khidmat pesanan Acision selama lebih 20 tahun.

Dengan menyokong pelbagai peranti dan pelayar web iOS dan Android, ciri utama termasuklah:

  • Komunikasi lebih pintar: Khidmat pesanan beraneka, kehadiran dan juga API audio/video membolehkan para pembangun aplikasi menyuai khusus komunikasi berdasarkan keperluan mereka.
  • Keselamatan: Media WebRTC dipastikan selamat dengan menggunakan teknologi yang terbaik seumpamanya. Khidmat pesanan, kehadiran serta pengisyaratan dihantar melalui sambungan HTTP dan WebSocket yang selamat.
  • Penyelesaian berasaskan awan boleh skala: SDK Acision digunakan dalam awan awam yang diperakui HIPPA, berbilang penghuni dan boleh skala lentur yang selamat. Kami juga boleh menawarkan penggunaan awan peribadi.
  • SDK Acision: SDK membenarkan perusahaan serta pembawa menyertakan komunikasi B2B dan B2C beraneka dengan mudah dan pantas ke dalam app web dan mudah alih asal.

Matt Cockett, Naib Presiden Eksekutif, Perusahaan di Acision, memberi komen: "Teknologi WebRTC akan merevolusikan cara perniagaan merentasi semua industri melibatkan diri dengan pelanggan mereka. Dengan penyelesaian kami, yang merupakan sebahagian daripada portfolio forge oleh Acision kami, syarikat boleh menyepadukan penyelesaian klik untuk panggilan (suara), sembang video serta khidmat pesanan IP yang terkini, yang boleh dibina ke dalam atau sebagai tambahan kepada laman web atau app mudah alih, melalui SDK tunggal semuanya dalam satu tempat sahaja, yang merupakan ciri tersendiri bagi pasaran ini. Penggabungan berbilang fungsi yang berharga ke dalam satu SDK yang kemudiannya boleh disepadukan ke dalam sistem dalaman bermaksud perniagaan boleh melancarkan perkhidmatan yang dibezakan dengan pantas sambil menumpukan sumber pembangunan mereka sendiri ke tempat lain."

"Bagi peruncit, contohnya, fungsi SDK WebRTC Acision bermaksud kemampuan untuk meningkatkan kesetiaan pelanggan melalui kaedah komunikasi yang lebih berkepelbagaian dan berkesan daripada segi kos selain sekadar e-mel dan juga SMS. Para peruncit boleh menikmati faedah daripada sifat mudah guna kit alatan itu, lalu memberikan kemampuan kepada pelanggan untuk sembang video dengan wakil atau memberikan pilihan untuk memuat naik gambar. Sembang video juga boleh dilaksanakan merentasi sektor lain seperti penjagaan kesihatan untuk sokongan pesakit atau para penyedia kabel untuk sokongan teknikal," Cockett berkata lagi.

Minggu ini, mulai 17 hingga 19 Jun, Acision bakal menunjukkan bagaimana ia sedang memperkasa teknologi transformatif bagi menyediakan pengalaman komunikasi tahap seterusnya semasa Persidangan & Ekspo IV WebRTC TMCNet. Wakil daripada Acision akan bersedia sepanjang acara itu, di stesen 8 & 9, bagi membincangkan kemajuan WebRTC terkini mereka, SDK serta menjalankan demonstrasi mereka yang terkini. Tambahan lagi, Acision akan turut serta dalam siri perbincangan panel sepanjang persidangan selama tiga hari itu. Butirannya seperti berikut:

  • Rabu 18 Jun, 11:30 pagi - 12:10 tengah hari - Matt Cockett, Naib Presiden Eksekutif Perusahaan di Acision, akan turut serta dalam Panel Pleno "Perkhidmatan Pelanggan: App Cemerlang untuk WebRTC?" di dalam panggung P2.1.
  • Rabu 18 Jun, 2:00 - 2:40 petang - Dengarkan Peter Dunkley, Pengarah Teknikal di Acision, dalam panel yang membincangkan "App Asal melawan WebRTC – Pilihan dan Prestasi" di dalam panggung D2-3.
  • Khamis 19 Jun 2014, 1:30 tengah hari - 2:10 petang - John Parr akan membincangkan "Pilihan Penggunaan WebRTC", di dalam panggung SP3-2.

Acision akan turut serta dalam sesi "Alami Sendiri dengan Acara Demonstrasi WebRTC" yang sangat dinanti-nantikan, ketika kami akan memperkenalkan demonstrasi produk baharu yang inovatif dan bakal bertanding untuk memenangi salah satu anugerah acara itu! Jangan ketinggalan – lawati panggung X-11 mulai 3:20-3:30 petang pada hari Khamis 19 Jun 2014, untuk melihat demonstrasi Acision secara langsung.

Latar belakang Acision 

Acision menghubungkan dunia dengan memperkasa perkhidmatan penglibatan mudah alih relevan dan lancar yang saling kendali merentasi semua platform IP dan turut memperkaya pengalaman pengguna sekali gus mewujudkan nilai dan peluang komunikasi baharu untuk para pembawa, perusahaan serta pengguna seluruh dunia.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Acision di http://www.acision.com atau forge di https://forge.acision.com

SUMBER  Acision

Source: Acision
Keywords: Broadcast Technology Computer Software Computer/Electronics Internet Technology Telecommunications Wireless Communications New products/services