omniture

Flora dan fauna berkembang contoh hebat usaha ekologi Qinghai

China Daily
2023-09-20 11:52 56

BEIJING, 20 September 2023 /PRNewswire/ -- Ini merupakan laporan daripada China Daily: 

Terletak di Dataran Tinggi Qinghai-Tibet yang dikenali sebagai "Kutub Ketiga Bumi", wilayah Qinghai, Barat Laut China telah menjadi sekatan utama untuk sekuriti ekologi di Asia dan dunia yang lebih luas. Melalui usaha selama 10 tahun, wilayah tersebut telahpun menjadi model bagi pembinaan tamadun ekologi dan kewujudan bersama yang harmoni antara manusia dan alam semula jadi.

Chumar River of the northern source of the Yangtze River, which is located in the Three-River-Source National Park.
Chumar River of the northern source of the Yangtze River, which is located in the Three-River-Source National Park.

Qinghai ialah wilayah keempat terbesar di China dari segi kawasan dan pusat kepada hulu air bagi sungai Yangtze, Kuning dan Lancang. Ia juga terkenal dengan kekayaan sumber air, solar dan kuasa anginnya. Langit biru, gunung-ganang menghijau dan air yang jernih merupakan antara landskap khusus di sana.

Taman Negara Sumber-Tiga-Sungai, terletak di Qinghai, merupakan antara kelompok pertama taman negara di China. Ia memiliki ekosistem unik dan penumpuan biodiversiti di kawasan beraltitud tinggi.

Tasik Qinghai merupakan tasik pedalaman terbesar dan tasik air masin yang terbesar di China. Data dari tahun 2021 menunjukkan bahawa kawasan perairan Tasik Qinghai meningkat sebanyak hampir 220 kilometer persegi sepanjang dekad yang lalu.

Undang-undang Perlindungan Ekologi Dataran Tinggi Qinghai-Tibet berkuat kuasa pada 1 September, sebagai sebahagian daripada usaha untuk mengawal selia perlindungan ekologi ke atas Dataran Tinggi Qinghai-Tibet pada peringkat kebangsaan.

Data menunjukkan bahawa populasi spesies terancam seperti harimau bintang salji, antelop Tibet, gazel Tibet dan burung jenjang leher hitam semakin bertambah berbanding tahun sebelumnya.

Qinghai juga mempunyai banyak padang pasir dan tanah tandus, menjadikan prospek untuk membangunkan tenaga bersih sesuatu yang berpotensi untuk dilaksanakan. Dengan memanfaatkan tenaga solar, hidrokuasa dan tenaga angin yang banyak, Qinghai membina taman-taman penjanaan kuasa fotovolta dan stesen-stesen janakuasa hibrid.

Setakat akhir tahun 2022, kapasiti terpasang wilayah berkenaan untuk penjanaan kuasa mencecah 44.68 juta kilowatt, yang mana 91.2 peratus, atau 40.75 juta kW, adalah daripada tenaga bersih. Manakala 28.14 juta kW, atau 62.9 peratus adalah daripada tenaga baharu.

Melalui saluran transmisi voltan ultra tinggi, kuasa elektrik hijau Qinghai membekalkan kuasa kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Daxing Beijing dan akan menawarkan perkhidmatan untuk Sukan Asia Hangzhou yang akan datang.

"Kami benar-benar memahami bahawa wilayah Sumber-Tiga-Sungai dan 'menara air' bukan sahaja kepunyaan Qinghai, tetapi juga negara ini dan dunia. Wilayah Qinghai berusaha untuk membangunkan sekatan sekuriti ekologi di sini dan menggalakkan pembangunan hijau serta membina sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk manusia dan alam semula jadi," kata Chen Gang, setiausaha Parti Qinghai di sebuah acara yang mempromosikan pembangunan tamadun ekologi Qinghai di Xining pada bulan September.

Acara tersebut mengundang kira-kira 150 wakil asing dari hampir 30 negara ke Qinghai menyelidik pencapaian Qinghai dalam membina tamadun ekologi dan menggalakkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Para pemimpin parti-parti politik dari negara-negara yang berbeza menekankan kepentingan kerjasama antara negara-negara untuk melindungi persekitaran ekologi, mengatakan bahawa China telah memulakan perjalanan pada laluan pemodenan yang menggalakkan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi.

Source: China Daily
Keywords: Alternative Energies Amusement Parks and Tourist Attractions Environmental Products & Services Publishing/Information Service Travel Utilities