TORONTO, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Laborie Medical Technologies, Inc. ("LABORIE"), yang berpusat di Toronto, Ontario, telah menyempurnakan pengambilalihan BUCK Elektromedizin GmbH dan BUCKmeditec GmbH & Co. Bad Rappenaeau, BUCK yang berpusat di Jerman menghasilkan dan turut mengedarkan bahan guna habis, aksesori dan juga kelengkapan rangsangan elektrik serta maklum balas biologi yang canggih dan inovatif, untuk disfungsi lantai pelvis bagi rawatan inkontinens urin dan tinja.
"LABORIE dan BUCK telah berkongsi komitmen untuk membantu para profesional penjagaan kesihatan menyediakan produk serta perkhidmatan yang lebih baik, dan turut menjadikan kehidupan yang lebih bermakna dan lebih baik untuk sesiapa sahaja yang menggunakan produk kami," ujar Brian Ellacott, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif LABORIE. "Dengan menggabungkan barisan produk sedia ada dengan jumlah besar pelanggan tetap BUCK, kami dapat menyediakan lebih banyak produk dan perkhidmatan yang inovatif bagi membolehkan pakar urologi dari Jerman untuk menyediakan rawatan yang lebih baik kepada para pesakit mereka."
Pengambilalihan BUCK oleh LABORIE ini terus memperluas kepimpinan pasaran syarikat itu dalam Rehabilitasi Otot Pelvis. Pengambilalihan ini turut memperluas jejak LABORIE dalam pasaran Jerman dengan menambahkan seramai 15 wakil jualan dalam negara yang akan memasarkan rangkaian penuh produk LABORIE dan BUCK.
Pengarah urusan BUCK, Franz Dettling berkata, "Kami amat teruja untuk bekerjasama dengan peneraju global dalam bidang urologi ini yang dapat membantu kami untuk meluaskan tawaran kami kepada pakar urologi dari Jerman, serta dapat membantu untuk menyediakan capaian kepada tawaran terapi pelvis kami yang tersendiri di seluruh dunia."
Latar Belakang LABORIE
LABORIE ialah pembangun, pengeluar dan pemasar yang menerajui pada peringkat global bagi teknologi perubatan inovatif dan bahan guna habis yang digunakan bagi tujuan diagnosis serta rawatan Inkontinens Urin dan Tinja, selain gangguan lantai pelvis lain dalam bidang Urologi, Ginekologi serta Kolorektal.
Laborie dimiliki oleh Ekuiti Persendirian Audax Group yang berpusat di Boston, MA.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut tentang barisan komprehensif produk LABORIE, sila layari http://www.laborie.com atau hubungi +1 905.612.1170.