omniture

Cognizant dipilih oleh Intrum untuk menyokong transformasi digitalnya

Cognizant Technology Solutions
2023-09-20 15:00 0

Cognizant akan membantu peneraju perkhidmatan pengurusan kredit global ini memodenkan platform teknologinya untuk menyokong pelanggan Eropah dengan pengurusan hutang dan perkhidmatan kredit lain dengan lebih baik 

TEANECK, New Jersey, 20 September 2023 /PRNewswire/ -- Cognizant (Nasdaq: CTSH) hari ini mengumumkan bahawa ia telah dipilih oleh Intrum, sebuah syarikat perkhidmatan pengurusan kredit global yang beribu pejabat di Sweden, untuk menyediakan penyepaduan digital sepenuhnya dan perkhidmatan pemodenan teras untuk platform teknologi pengurusan kredit Intrum. Penambahbaikan ini akan membolehkan pekerja pusat hubungan Intrum mengakses kedua-dua cerapan dipacu data dan cerapan yang boleh diambil tindakan untuk digunakan bersama-sama dengan empati dan pertimbangan manusia dalam memberi nasihat dengan lebih baik kepada pelanggan yang berhutang daripada pusat penghantaran pan-Eropah untuk membangunkan penyelesaian dan sokongan yang inovatif.

Sebagai sebahagian daripada perjanjian berbilang tahun yang baharu ini, Cognizant dijangka akan membangunkan dan menyokong sistem digital teras secara bersama-sama dengan para pekerja Intrum dan rakan kongsi lain, termasuk dalam usaha untuk melaksanakan lapisan penyepaduan yang baharu. Sistem ini bermatlamat untuk membantu Intrum mengurangkan jumlah kos pemilikan, mempercepat pemodenan platform penyepaduannya dan membina sebuah pasukan perkhidmatan digital yang tangkas bagi mengurus keperluan pelanggannya di 20 buah negara di Eropah, terutamanya mereka yang menghadapi kesukaran dengan kecairan disebabkan keadaan makroekonomi semasa.

Selain itu, perkhidmatan Cognizant juga dijangka akan membolehkan pengurusan hutang dan proses penstrukturan semula yang lebih mudah untuk kedua-dua syarikat dan individu, membolehkan Intrum menawarkan pendekatan yang menyeluruh kepada penyelesaian pengurusan hutangnya pada keseluruhan portfolio pinjaman pelanggan – bukan hanya menangani komponen pinjaman yang diperolehi oleh Intrum untuk perkhidmatan. Dengan keupayaan teknologi yang dipertingkatkan ini, Intrum berharap dapat mengenal pasti peluang bayaran khidmat hutang yang lebih baharu dan boleh dilaksanakan dengan lebih banyak kemungkinan untuk kenaikan penjualan atau jualan silang tawaran tambahan. Tambahan pula, pendekatan moden ini akan membolehkan pengendalian jumlah urus niaga yang lebih tinggi seperti pembayaran, pertanyaan dan penyata pelanggan merentasi pelbagai portal dan saluran, sekali gus meningkatkan masa pusing balik untuk pertanyaan pelanggan, pengurusan hutang serta kepuasan pelanggan.

"Pada ketika berlakunya cabaran makroekonomi, kami perlu memastikan bahawa kami bersedia untuk memenuhi permintaan yang semakin meningkat daripada pelanggan yang meminta penyelesaian kutipan yang adil dan beretika," kata Ronald Reurink, IT Global bagi Pasaran Matang & Baru Muncul & Scandinavia, Intrum. "Sebagai peneraju industri, kami sentiasa berusaha untuk meningkatkan cara terbaik dalam menyokong pelanggan perniagaan dan pengguna kami serta meningkatkan tumpuan kami terhadap kecemerlangan operasi – bagi memastikan keberkesanan dan kecekapan sumber dan alatan kami. Cognizant dengan perkhidmatan transformasi digital pakarnya, membantu Intrum membangunkan platform teknologi bertaraf dunia untuk lebih memahami keperluan pelanggan kami dan menyediakan sokongan pelanggan yang lancar dan mesra."

"Industri pengurusan kredit terus menjadi penting ketika ekonomi global menghadapi masalah. Oleh itu, industri ini perlu berkembang dan berubah secara digital untuk selaras dengan permintaan dan memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada pelanggan melalui cara yang mudah, cekap dan dipacu data," kata Mats Johard, Pengurus Negara, Sweden bagi Cognizant. "Bersama-sama dengan Intrum, kami menggabungkan kepakaran teknikal, empati manusia dan gerak hati kami untuk membangun dan menyampaikan penyelesaian yang inovatif kepada industri yang rumit ini. Kami gembira dapat bekerjasama dengan Intrum untuk membantu mereka mempercepat pemodenan dengan sistem digital teras yang baharu."

Tentang Intrum
Intrum ialah penyedia yang terkemuka dalam industri bagi Perkhidmatan Pengurusan Kredit yang mempunyai kehadiran di 20 buah pasaran di Eropah. Dengan membantu syarikat mendapat bayaran dan membantu orang ramai berkenaan bayaran lewat, Intrum menjadi perintis ke arah ekonomi yang kukuh dan secara amnya, memainkan peranan yang penting dalam masyarakat.

Tentang Cognizant
Cognizant (Nasdaq: CTSH) membina perniagaan moden. Kami membantu para pelanggan kami memodenkan teknologi, memperbaharui proses dan mengubah pengalaman supaya mereka boleh terus maju dalam dunia kita yang pantas berubah. Secara bersama-sama, kami memperbaiki kehidupan harian. Lihat caranya di www.cognizant.com atau di @cognizant.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:




EMEA / APAC / Amerika:

India

Christina Schneider

Rashmi Vasisht

christina.schneider@cognizant.com

rashmi.vasisht@cognizant.com

Logo - https://mma.prnasia.com/media2/1794711/Cognizant_Logo.jpg?p=medium600

Source: Cognizant Technology Solutions
Related Stocks:
NASDAQ:CTSH
Keywords: Banking/Financial Service Computer Software Computer/Electronics Licensing/marketing agreements Financial Technology