omniture

Goldenway Umumkan Pelanjutan Perjanjian Dua Tahun Kelab Bola Sepak Swansea City sebagai Penaja Utama Mereka

Goldenway Investment Holdings Limited
2014-06-19 01:57 121

HONG KONG, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Goldenway, penyedia khidmat kewangan global, hari ini telah mengesahkan pelanjutan tajaan Kelab Bola Sepak Swansea City selama dua tahun. Tajaan ini merupakan perjanjian terbesar dalam sejarah kelab itu selama 102 tahun dan akan diteruskan sehingga akhir sesi 2015/2016.

Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140617/8521403487

Sebagai syarikat yang berkembang pantas dengan nilai sepunya kelab tersebut, Goldenway telah mengenal pasti Liga Perdana Barclays sebagai platform untuk memantapkan imej jenamanya pada peringkat global. Ia turut dipilih sebagai saluran untuk berhubung dengan sejumlah besar peminat tetap Liga Perdana dari Asia. Lebih 30 peratus daripada penonton global terdiri daripada peminat tetap tersebut.

Pada tahun ini, Goldenway telah menjalankan sambutan bersama Tahun Baru Cina dengan para pemain Kelab itu di Stadium Liberty yang telah membantu meningkatkan pengiktirafan bagi kedua-dua pihak tersebut pada peringkat global. Berikutan kejayaan perkongsian permulaan selama satu tahun sebelum ini, Goldenway terus menjalinkan kerjasama dengan kelab bola sepak Swansea City bagi mewujudkan perkongsian yang dapat mendekatkan lagi kelab tersebut dan Liga Perdana dengan para peminat mereka di Asia. Perancangan untuk sesi baharu sedang dilakukan, bermula dengan lawatan ke ibu pejabat Goldenway di Hong Kong bagi mengatur lawatan ke Asia pada masa hadapan serta program pertukaran latihan.

Pengurus Besar Goldenway Investment Brian Tsui, berkata:

"Saya berbangga kerana Goldenway, sebagai jenama, dapat memperluas portfolio tajaan sukan pada peringkat global. Ini merupakan hubungan penting bersama Swansea City. Kerjasama dengan kelab bola sepak yang begitu bersemangat itu pastinya dapat meningkatkan nilai jenama kami dan turut menghasilkan kesan positif bagi mendorong peluasan kami pada peringkat global. Kami berharap lebih banyak sesi kerjasama yang berjaya dapat dialami bersama."

Naib Pengerusi Swansea City Leigh Dineen, berkata:

"Kami telah berjaya mewujudkan hubungan kerjasama yang cemerlang bersama Goldenway bagi tempoh 12 bulan lalu yang benar-benar telah memberi manfaat kepada kedua-dua pihak. Kami bukan sahaja berbangga atas sokongan yang diberikan oleh salah satu penyedia khidmat kewangan paling pantas berkembang di dunia ini, malah kehadirannya yang berprestij di seluruh Asia pula telah membantu menaikkan jenama global kelab tersebut ke tahap baharu.''

Hubungi:

Goldenway

Minogue Wong, GWFX
Pengurus Eksekutif Pemasaran
minogue.wong@gwghk.com
+852 3719 9960

Nota editor:

Goldenway

Goldenway merupakan syarikat kewangan antarabangsa yang bermatlamat untuk menyediakan khidmat e-dagang sehenti. Syarikat ini mempunyai perniagaan berkepelbagaian yang beroperasi di London, Auckland dan juga Hong Kong. Rangkaian penuh khidmat dagangan dalam talian turut disediakan termasuk perdagangan pertukaran asing, CFD, logam berharga, sekuriti & niaga hadapan serta pengurusan aset.

www.gwfx.com

Swansea City FC
www.swanseacity.net

SUMBER  Goldenway Investment Holdings Limited

Source: Goldenway Investment Holdings Limited
Related Links:
Keywords: Banking/Financial Service Sports Contracts