omniture

Mobile Viewpoint Umumkan Aplikasi Penghantaran Video Secara Langsung untuk Apple MAC OS X

Mobile Viewpoint
2014-06-19 03:47 141

ALKMAAR, Belanda, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Mobile Viewpoint, syarikat Eropah yang menerajui dan terlibat dalam penghantaran video melalui rangkaian IP terikat, dengan bangganya memperkenalkan satu lagi penyelesaian ke dalam rangkaian pengekod yang semakin berkembang ini. Pilihan terbaharu untuk rangkaian ini merupakan penyelesaian perisian semata-mata untuk komputer riba dan juga komputer meja. Menerusi kaedah ini, teknologi ikatan Mobile Viewpoint ini boleh digunakan bagi sebarang komputer. Kesemua sambungan rangkaian yang sedia ada pada komputer juga boleh digunakan bagi tujuan ikatan, manakala video yang disiarkan secara langsung dikendalikan oleh peranti menangkap gambar BlackMagic Design Thunderbolt. Salah satu penggunaan utamanya ialah penggunaan terminal KA-sat dan BGAN mudah alih di beberapa lokasi jarak jauh.

(Foto: http://photos.prnewswire.com/prnh/20140617/693158)

Ketua Pegawai Eksekutif Mobile Viewpoint dan ketua penyelidik Michel Bais:

"Kebanyakan pelanggan kami menggunakan terminal satelit BGAN- dan KA-sat mudah alih dengan lebar jalur rendah bagi mendapatkan sambungan Internet dan turut melakukan penghantaran secara langsung dari lokasi jarak jauh. Teknologi pengekodan dan ikatan berpaten kami membolehkan mereka menambah baik sambungan tersebut dengan menggunakan sambungan Internet BGAN berserta WiFi tempatan dan juga sambungan 3G/4G melalui komputer riba sama yang digunakan bagi tujuan mengedit, menyelidik dan turut menyediakan jalan cerita. Walaupun dalam keadaan yang sukar, ia boleh menghasilkan kualiti video yang lebih baik serta produktiviti yang dipertingkat ketika menggunakan perkakasan lambak."

Seperti mana pengekod Mobile Viewpoint mudah alih dan tetap yang lain, contoh baharu penggunaan teknologi secara kreatif untuk video langsung dan juga pemindahan fail ini bersepadu secara sepenuhnya dalam rangkaian Mobile Viewpoint. Ia dapat dipantau daripada Pengurus Video WMT dan dihantar kepada satu atau lebih peranti HD SDI Playout untuk kelenturan penuh dan pilihan pertukaran rakaman. Ia boleh didapati pada Ogos ini untuk Mac OSX 10.9 dan selanjutnya. Versi untuk Windows boleh didapati pada penghujung tahun ini.

Latar belakang Mobile Viewpoint

Mobile Viewpoint ialah pemain global yang bertumpu pada pembangunan dan pelaksanaan penyelesaian untuk industri keselamatan dan industri penyiaran. Berdasarkan pelaksanaan kodek H.264 dan kini H.265 & VP-9, digabungkan dengan teknologi berpaten yang membolehkan video HD dihantar melalui sambungan IP terikat, Mobile Viewpoint telah membangunkan portfolio produk yang paling serba boleh. Produk tersebut termasuklah aplikasi telefon pintar (iPhone & Android), pengekod beg galas dan juga penyelesaian rack-mount. Kesemuanya berfungsi bersama menerusi platform Tukaran Kandungan dan juga Pengurus Video WMT yang telah disatukan.

Para pelanggan kami terdiri daripada penyiar utama seperti BBC, Al-Arabiya, Sky Sports, NBC Sports, dan lebih 120 pelanggan global lain.

SUMBER  Mobile Viewpoint

Source: Mobile Viewpoint
Keywords: Computer Software Computer/Electronics Entertainment Internet Technology Mobile Entertainment Multimedia/Online/Internet Television New products/services