omniture

Elitecore Pamerkan Penyelesaian Konsep-kepada-Tunai 4G/LTE di Persidangan Dunia LTE, Amsterdam

Elitecore Technologies
2014-06-19 04:04 128

MUMBAI, India dan DUBAI, UAE, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Elitecore Technologies, peneraju penyedia penyelesaian Dasar Bersepadu, Caj dan Pengurusan Hasil mengumumkan hasrat untuk mempamerkan penyelesaian konsep-kepada-tunai di Persidangan Dunia LTE di Amsterdam. Elitecore membawakan pendekatan pra-bersepadu hujung ke hujung kepada 'konsep kepada tunai' yang membolehkan para pengendali melancarkan khidmat data inovatif berdasarkan maklumat pelanggan mereka. Penyelesaian tersebut dapat memaksimumkan peluang pendapatan dengan mengurangkan tempoh pemasaran untuk tawaran inovatif serta proses naik taraf yang mudah.

Menurut kajian Heavy Reading, para pengendali 4G/LTE bagi tempoh 12 bulan akan datang adalah yang paling berminat untuk melancarkan VoLTE (81 peratus) dan data LTE (62 peratus). Bagi menukarkan perkhidmatan tersebut agar menjadi peluang pendapatan, para pengendali juga berhasrat untuk memperbaharui sistem OSS/BSS untuk menggunakan penyelesaian "konsep kepada tunai" generasi seterusnya yang sejajar dengan aktiviti pengewangan mereka.

Menurut Ari Banerjee, Penganalisis Kanan, Heavy Reading, "Dengan menghubungkan pandangan pelanggan 360 darjah yang disatukan dengan kawalan rangkaian, caj pintar dan juga pengalaman khidmat pelanggan, Elitecore menyediakan kelebihan yang tersendiri kepada para pengendali menerusi penyelesaian bertumpu dan berasaskan IP sepenuhnya yang menawarkan kelenturan platform pra-bersepadu tunggal, masa sebenar (BSS, OCS dan juga berasaskan dasar) atau komponen bermodul."

Platform Pendapatan LTE dan Pengurusan Pelanggan tahap piawaian industri gred pembawa Elitecore (TMF, 3GPP Rel. 11) mempunyai BSS yang terdiri daripada caj dalam talian, bil bertumpu, pengurusan pelanggan, peruntukan dan juga EPC (Teras Paket Evolusi), termasuk PCRF, DSC serta 3GPP-AAA. Ini membolehkan para pengendali untuk membina konsep dengan pantas berdasarkan penggunaan, transaksi serta pilihan pelanggan. Oleh itu, para pengendali dapat mereka bentuk khidmat lanjutan yang bersesuaian dengan kehendak pelanggan mereka bagi membantu para pengendali untuk menentukan pasaran sasaran mereka. Ini dapat menyempurnakan perkhidmatan dengan lancar, seperti yang dipesan oleh para pelanggan dan turut menentukan kadar/caj/bil dengan cekap untuk perkhidmatan tersebut.

Menurut Dhaval Vora, Naib Presiden, Pengurusan Produk, Elitecore, "Menerusi pandangan masa sebenar pelanggan, penyedia perkhidmatan dapat memperibadikan tawaran generasi seterusnya yang melibatkan tingkah laku dan aktiviti pelanggan untuk meningkatkan pelibatan pelanggan serta kesetiaan melalui tawaran kontekstual. Dengan menggunakan katalog produk bersepadu, kawalan dasar & caj, penyedia perkhidmatan dapat membekalkan inovasi perkhidmatan dengan menyediakan pelan yang fleksibel melalui penguatkuasaan dasar penggunaan saksama dalam masa sebenar yang dapat meningkatkan potensi pendapatan dengan signifikan untuk memberi kelebihan daya saing kepada mereka."

Penyelesaian yang sangat boleh skala dapat memenuhi permintaan yang semakin meningkat untuk perkhidmatan lanjutan seperti Video HD, VoLTE dan turut memudahkan peruntukan & pengurusan pelanggan tetap yang ramai. Para pelanggan juga dapat beroleh peruntukan dengan sendiri melalui pelan khidmat/berkas (VoIP+Data+Aplikasi, Data+Kandungan, VoLTE+ data tidak terhad) pilihan mereka sendiri melalui penjagaan diri pelanggan bersepadu.

Menerusi platform Elitecore, penyedia perkhidmatan dapat mengimplementasikan pelbagai use case termasuk Tiered FUP, Turbo-boost, Pencegahan Bill-shock, pas Harian/Acara, caj berasaskan Aplikasi/URL, caj berasaskan Lokasi dan ToD, khidmat video Terbeza, Perayauan LTE, dsb.

Baru-baru ini Elitecore telah mengumumkan kejayaan peralihan pengendali WiMax kepada rangkaian LTE yang membantu melancarkan secara besar-besaran perkhidmatan suara & data berasaskan IP tanpa sebarang gangguan perkhidmatan. Ia juga telah membolehkan penyedia perkhidmatan Greenfield untuk melancarkan secara besar-besaran dan pantas rangkaian LTE baharu dan turut melancarkan perkhidmatan inovatif.

Latar Belakang Elitecore 

Elitecore Technologies merupakan syarikat produk IT global dan penerima pelaburan Carlyle Group yang menyediakan BSS berserta teras paket dengan kelenturan tawaran pra-bersepadu serta tawaran bermodul. Layari http://www.elitecore.com

Muat turun Kertas Putih Konsep-kepada-tunai: http://www.elitecore.com/downloads/industryinsights/maximize-4G-LTE-revenue-potential-with-concept-to-cash-solutions.pdf

LK Pathak, Penolong Naib Presiden, Komunikasi Korporat, B: +91-9925012059, E: l.k.pathak@elitecore.com

SUMBER  Elitecore Technologies

Source: Elitecore Technologies
Related Links:
Keywords: Computer/Electronics Electronic Commerce Telecommunications Telecommunications Carriers and Services Trade show news