NASHIK, India, 20 September 2023 /PRNewswire/ -- Selaras dengan visi Kerajaan India terhadap AatmaNirbhar Bharat, Jindal Hunting Energy Services Limited, sebuah Usaha Sama antara syarikat gergasi global, Jindal SAW Ltd. & Hunting Energy Services Ltd. pada hari ini dengan bangganya mengumumkan pembukaan besar-besaran kemudahan mereka yang ditempatkan di kemudahan tiub selanjar Jindal SAW Ltd. di Nashik, Maharashtra.
Kemudahan yang baru dilancarkan ini merupakan sebuah 'Pusat Kecemerlangan' yang menjadi sebagai kemudahan sulung dan satu-satunya pada masa ini yang mampu menghasilkan dan membekalkan paip, tiub dan sambungan premium ke pasaran OCTG dalam sektor minyak & gas di India. Setakat ini, semua produk ini terpaksa diimport dari negara lain yang memberi tekanan kepada situasi pertukaran asing di India. Kemudahan ini akan mempunyai potensi eksport yang besar, sekali gus memperoleh pertukaran asing yang berharga untuk negara ini.
Memuji pasukannya atas pencapaian yang membanggakan ini, En. P.R. Jindal, Pengerusi Jindal SAW Ltd. meluahkan kegembiraan dan kepuasan beliau kerana melalui inisiatif ini, kumpulan ini akan dapat mengambil bahagian dalam inisiatif AatmaNirbhar Kerajaan India.
Kemudahan yang serba boleh ini meliputi sambungan premium bagi pengulir Hunting yang berukuran antara 2-3/8" hingga 20" dan menyediakan O.D Besar. Penyambung Dikimpal berukuran dari 20" hingga 36". Rangkaian komprehensif ini merangkumi pelbagai gred besi & keluli serta keluli aloi & gred nilai tambah eksotik.
Encik Jim Johnson, Ketua Pegawai Eksekutif, Hunting PLC berkata, "Ini merupakan suatu pencapaian yang hebat, pertama sekali dengan perkongsian strategik kami dengan Jindal SAW Ltd. pada bulan Ogos 2019 untuk merealisasikan visi yang dibangunkan sejak empat tahun lalu di mana kemajuan yang besar telah pun dicapai. Hari ini, kedua-dua Jindal SAW dan Hunting mencipta sejarah melalui pembukaan OCTG premium sepenuhnya, aksesori dan operasi pembuatan Usaha Sama ini sebagai sokongan kepada inisiatif Kerajaan, 'Diperbuat di India'."
Kemudahan ini ditetapkan untuk mencapai kapasiti pengulir tahunan sebanyak 70,000 tan metrik OCTG. Ia akan disokong sepenuhnya oleh rantaian bekalan yang lancar, mengeluarkan bahan mentah dan input daripada Jindal SAW di seluruh negara.
Encik Daniel Tan, Pengarah Urusan, Segmen Asia Pasifik Hunting menambah, "Kedua-dua JSAW dan Hunting telah bekerjasama sejak lama yang bermula daripada berkongsi idea dalam membentuk Perikatan Strategik dan akhirnya kepada Hab Pengilangan Usaha Sama untuk OCTG dan aksesori premium sepenuhnya yang dibina daripada asas."
Foto: https://mma.prnasia.com/media2/2213488/JHESL_plan_launch.jpg?p=medium600