omniture

Rangkaian Pencetak 3D Systems Baharu, Kini Boleh Didapati daripada RS Components di Rantau Besar China dan Asia Tenggara, Membawakan Kepantasan Percetakan Lebih Laju dan Resolusi Lebih Tinggi kepada Pengguna dan Profesional

Pengenalan pencetak 3D, pengimbas 3D, dan kartrij daripada 3D Systems meletakkan RS dalam kalangan pengedar paling utama untuk produk percetakan 3D pada peringkat global
RS Components
2014-06-19 12:00 202

KUALA LUMPUR, Malaysia, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- RS Components (RS), jenama dagangan Electrocomponents plc (LSE:ECM), pengedar barangan elektronik dan produk penyelenggaraan dengan perkhidmatan tinggi yang menerajui di dunia, telah memperkenalkan rangkaian pencetak 3D dan teknologi percetakan daripada 3D Systems, penyedia yang menerajui untuk penyelesaian rekaan ke penghasilan berpaksikan percetakan 3D termasuk pencetak 3D, bahan percetakan serta alat ganti khas mengikut permintaan yang disumberkan awan untuk para profesional dan pengguna.

(Foto: http://photos.prnasia.com/prnh/20140606/8521403269 )
(Logo: http://www.prnasia.com/sa/2011/05/04/20110504368830.jpg )

Produk 3D Systems yang kini diambil stok oleh RS di China dan Asia Tenggara termasuklah rangkaian pencetak 3D, pengimbas 3D serta kartrij, terdiri daripada: pencetak 3D pasang dan main Cube® generasi kedua; pencetak 3D komputer meja CubeX®; dan juga pengimbas 3D Sense™. Turut boleh didapati untuk prapesanan daripada RS, untuk penghantaran mulai Julai 2014, ialah pencetak 3D Cube® 3 dan CubePro™ generasi ketiga yang terkini.

Cube® 3 ialah satu-satunya pencetak 3D dwibahan, pasang dan main, selamat untuk kanak-kanak dan diperakui IEC 60950 yang mudah untuk digunakan. Pencetak itu dibekalkan dengan dua kartrij permulaan warna hijau neon dan putih, serta 25 rekaan untuk mula mencetak dengan serta-merta. Cube 3 memberikan kepantasan dan ketepatan percetakan sehingga dua kali lebih pantas berbanding pencetak lain dalam pasaran untuk alat ganti bercetak yang berisi padu sehingga 6 inci. Ia mencetak menggunakan dua bahan dan sehingga dua warna, secara serentak menggunakan plastik PLA boleh kompos dan plastik ABS boleh kitar semula. Kedua-dua bahan boleh didapati dalam 23 kartrij warna berbeza. Pemuatan bahan serta-merta memudahkan proses penukaran kartrij dakwat. Teknologi tanpa sumbat dan kartrij kunci kelembapan yang baharu memastikan jumlah penggunaan bahan serta jangka hayat simpan yang lama, lalu meningkatkan kemampanan dan juga kualiti percetakan.

CubePro™ dengan kemampuan profesional ialah satu-satunya pencetak 3D komputer meja jurutera tiga bahan dengan rongga percetakan terkawal. Ia mencetak 2.5 kali lebih besar berbanding apa-apa pencetak pengguna profesional dan penggemar hobi lain (10.8" x 10.45" x 9.5" atau 275 mm x 265 mm x 240 mm), dan menjamin cetakan yang lebih pantas dan lebih tepat dengan kartrij suap mudah untuk jangka hayat bahan yang lebih lama. Selain plastik ABS dan PLA, CubePro turut menyokong bahan nilon gred kejuruteraan baharu, sempurna untuk aplikasi kegunaan akhir.

Kedua-dua Cube 3 dan CubePro menawarkan pilihan berbilang warna dan berbilang bahan, tetapan resolusi ultra tinggi untuk lapisan cetakan senipis 70 mikron bagi menghasilkan perapian dan perincian halus, kepantasan percetakan lebih laju, dan juga percetakan melalui app telefon pintar yang akan dikeluarkan oleh 3D Systems apabila penghantaran produk bermula. Kedua-dua pencetak mempunyai skrin sentuh berwarna dengan antara muka pengguna intuitif dan LED yang menerangkan proses percetakan ketika dijalankan, dan dilengkapi keterhubungan Wi-Fi dan Bluetooth yang pantas.

Cube® generasi kedua ialah pencetak pasang dan main ringkas yang menawarkan kemampuan percetakan 3D dengan kepantasan percetakan tinggi dan ketepatan tinggi untuk alat ganti bercetak berisi padu sehingga 5.5 inci. Cube mencetak dalam dua bahan, plastik PLA boleh kompos dan plastik ABS boleh kitar semula, yang boleh didapati dalam pelbagai warna. Ia menawarkan pilihan ketumpatan isian mod percetakan: ringan, sederhana dan juga pejal dalam kedua-dua bahan plastik PLA dan ABS dengan sokongan pilihan yang mudah dan boleh dikopek bagi kebanyakan cetakan rumit. Dengan perakuan IEC 60950 untuk penggunaan yang selamat di rumah, Cube menggunakan sistem kartrij pintar yang mengesan jenis bahan secara automatik berdasarkan kartrij itu, jadi ia tidak memerlukan pengubahsuaian tetapan percetakan. RS mengambil stok kartrij PLA untuk Cube dalam rangkaian sembilan warna.

CubeX® ialah pencetak 3D komputer meja, menawarkan jumlah percetakan terbesar dalam kategorinya dan percetakan dalam satu, dua atau tiga warna. CubeX menyediakan kebolehcetakan profesional dengan ruang seluas 1,070 inci padu atau 10.8" x 10.45" x 9.5". Terdapat beberapa pilihan untuk mod percetakan, termasuk pilihan ketepatan: Definisi Tinggi (125 Mikron), Definisi Tajam (250 Mikron) atau Definisi Standard (500 Mikron), serta pilihan ketumpatan isian percetakan: ringan, sederhana atau pejal. CubeX mencetak dengan kedua-dua plastik PLA dan ABS, dan boleh didapati dalam pilihan warna berbilang: warna tunggal CubeX asas, CubeX Duo, menawarkan dwibahan dan dwiwarna: serta CubeX Trio; dengan pilihan tiga warna, berbilang bahan yang berkualiti tinggi. Seperti semua pencetak 3D Systems, CubeX menggunakan sistem kartrij MoistureLock pintar. Sepuluh pilihan warna kartrij PLA CubeX boleh didapati untuk pembelian daripada RS.

Sense™ ialah pengimbas 3D pertama yang direka untuk pengguna dan dioptimumkan untuk percetakan 3D. Sense dipegang dalam tangan dan turut memberikan fotografi fizikal serta-merta yang tepat, memproses data dalam masa beberapa saat sahaja untuk fail yang boleh dicetak secara 3D dengan serta-merta. Ia didatangkan dengan antara muka pengguna intuitif dengan alatan zum, jejak, fokus, potong, tajamkan serta kongsi yang mudah dan diautomasikan. Sense boleh mengimbas objek dalam julat 20mm³ hingga 3m³, lalu memungkinkannya untuk menangkap manusia, objek serta tempat walaupun semasa bergerak.

Latar belakang RS Components

RS Components dan Allied Electronics ialah jenama dagangan Electrocomponents plc, pengedar global untuk para jurutera. Dengan pengendalian di 32 negara, kami menawarkan kira-kira 500,000 produk melalui Internet, katalog serta kaunter dagangan kepada lebih satu juta pelanggan, menghantar lebih 44,000 bungkusan setiap hari. Produk kami, yang disumberkan daripada 2,500 pembekal yang menerajui bidang masing-masing, termasuklah semikonduktor, alat antara hubung, barangan pasif dan elektromekanik, automasi dan juga kawalan, barangan elektrik, ujian dan pengukuran, alatan serta barangan guna habis.

Electrocomponents disenaraikan dalam Bursa Saham London dan pada tahun kewangan lalu yang berakhir pada 31 Mac 2014, mempunyai hasil sebanyak GBP 1.27 bilion.

Bagi mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati laman web di www.rs-online.com.

RS Components
Tan Soo Chun
Pengurus Perhubungan Awam - Asia Pasifik
E-mel: soochun.tan@rs-components.com
Telefon: +65-6391-5745

Maklumat Perhubungan Awam Edelman (Singapura)
Yvette Yeo
Pengurus
E-mel: yvette.yeo@edelman.com
Telefon: +65-6347-2355

Maklumat lanjut boleh didapati melalui pautan berikut:
@RSElectronics; @alliedelec; @designsparkRS

RS Components di Linkedin
http://www.linkedin.com/company/rs-components

RS Components di Weibo
http://e.weibo.com/u/3206377000?type=0

Pautan Berkaitan:

Electrocomponents plc
www.electrocomponents.com

RS Components
www.rs-online.com/

DesignSpark
www.designspark.com

Sumber: RS Components

Source: RS Components
Related Stocks:
LSE:ECM OTC:EENEY
Keywords: Computer/Electronics Electronic Components Multimedia/Online/Internet Computer Accessories Semiconductors New products/services