SINGAPURA, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui bidangnya, akan menunjukkan portfolio terkini mereka yang terdiri daripada penyelesaian dan produk perusahaan -- OceanStor 18000 Series (sistem penyimpanan perusahaan berkualiti tinggi), AR161 (penghala berpaksikan masa hadapan) dan juga S12700 Series Agile Switches -- semasa CommunicAsia 2014, yang diadakan di Singapura mulai 17 Jun hingga 20 Jun.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140618/8521403499
Pameran ini menunjukkan usaha berterusan Huawei dalam strategi penumpuan ICT dan seni bina inovasi tangkas untuk industri seperti tenaga dan kuasa, sektor kerajaan dan awam serta sektor pengangkutan.
Sempena CommunicAsia 2014, Huawei Enterprise Business Group memperkenalkan penghalanya yang luar biasa, AR 161 yang kecil namun berprestasi tinggi, jejak yang kecil pada platform menyeluruh ini menawarkan pulangan yang tinggi kepada pelanggan dengan pelaburan yang rendah.
"Pada zaman dengan arah aliran dan teknologi baru muncul seperti pengkomputeran awan, data besar, mobiliti, Huawei mencari jalan baharu untuk mencipta nilai melalui inovasi berterusan, model perniagaan baharu berasaskan rakan kongsi, serta teknologi IT yang tangkas dan cekap, bagi membantu pelanggan kami menyelesaikan cabaran teknikal dan perniagaan yang rumit serta mencapai kecemerlangan dan kejayaan pengendalian," kata Tony Zhang Hui, Presiden Jabatan Huawei Enterprise Business, Rantau Pasifik Selatan.
AR161
Penghala generasi seterusnya Huawei, AR161 direka bentuk untuk pejabat cawangan perusahaan dan perniagaan kecil, memberikan set perkhidmatan yang menyeluruh, termasuk penghalaan, penukaran, suara, keselamatan serta capaian wayarles.
Penghala ini bercirikan saiz yang kecil dan prestasi yang tinggi serta mudah digunakan, dikonfigurasi dan disuai khusus, yang jelas mengurangkan kos permulaan penggunaan dan penyelenggaraan, sambil menawarkan nilai maksimum kepada pelanggan.
CommunicAsia 2014 diadakan di Singapura mulai 17 hingga 20 Jun 2014. Tapak pameran Huawei untuk Enterprise Business Group terletak di Ruang Bawah Tanah 2 (Tapak BG3-07) sementara tapak pamerannya untuk Consumer Business Group pula terletak di Tingkat 1 (Tapak 1H3-01), yang akan mempamerkan telefon pintar utama baharu syarikat itu, Ascend P7.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Huawei Enterprise Dalam Talian: enterprise.huawei.com
Siaran Akhbar Terkini enterprise.huawei.com/en/news-event/index.htm
Jadilah peminat Huawei Enterprise
LinkedIn http://www.linkedin.com/groups/Huawei-Enterprise-APAC-6634621
Twitter https://www.twitter.com/HuaweiAPAC
Facebook https://www.facebook.com/HuaweiEnterpriseAPAC
YouTube http://www.youtube.com/user/HuaweiAPAC