omniture

CGTN: Forum Kebudayaan Antarabangsa Golden Panda pertama tonjolkan dialog antara tamadun

CGTN
2023-09-21 14:35 65

BEIJING, 21 September 2023 /PRNewswire/ -- Apabila menyebut tentang Chengdu, orang ramai mungkin mula-mula terlintas mengenai masakan yang pedas, panda gergasi, dialek yang menarik, malah kehidupan malam yang rancak. Namun begitu, bandar pedalaman di barat daya China ini turut berfungsi sebagai pusat pertukaran budaya antarabangsa.

Dengan tema "Tamadun Berharmoni: Kepelbagaian, Kesamarataan dan Keterangkuman," Forum Kebudayaan Antarabangsa Golden Panda pertama dibuka di Chengdu, Wilayah Sichuan pada hari Rabu.

Di forum itu, para penceramah berkongsi pandangan mereka tentang pembelajaran bersama tamadun-tamadun dan sebuah komuniti dengan masa depan yang dikongsi bersama untuk umat manusia, membina kesepakatan bahawa dialog antara tamadun adalah penting sekali gus mengiktiraf kepelbagaian tamadun di dunia.

Para penceramah yang diundang termasuk bekas pengawai kanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, bekas pemimpin politik dari pelbagai negara dan pakar budaya yang tersohor.

Memuji usaha China dalam melindungi persekitaran global, Erik Solheim, bekas Penolong Setiausaha Agung PBB, berkata kita harus memerangi semua kebodohan mengenai penyahgandingan dan memerlukan lebih banyak kerjasama global dengan dialog dan saling hormat-menghormati antara tamadun.

"Saya melihat Inisiatif Jalur dan Jalan serta fokusnya pada pertukaran budaya, pada kerjasama dalam pendidikan dan sains sebagai satu pembaharuan untuk Jalan Sutera," kata Irina Bokova, bekas ketua pengarah UNESCO, menambah bahawa Inisiatif Tamadun Global yang dicadangkan oleh China menyediakan penyelesaian yang bagus bagi menghadapi cabaran biasa umat manusia.

Digabungkan dengan pengalaman mereka sendiri menetap dan bekerja dalam persekitaran budaya yang berbeza, beberapa penceramah turut menyatakan kepentingan pertukaran budaya dalam membina perkongsian dan membangunkan masa depan yang makmur di peringkat serantau dan global.

Biarpun terdapat perbezaan dari segi faktor-faktor geografi, sejarah dan sosio-budaya, orang ramai di mana-mana sahaja berkongsi banyak aspirasi untuk kehidupan mereka sendiri, seperti kemakmuran dan keamanan, kata Abhisit Vejjajiva, bekas Perdana Menteri Thailand, menyatakan bahawa salah satu kekuatan terbukti Asia ialah keupayaan untuk mengembangkan budayanya dan dalam masa yang sama menangani perubahan baik dari dalam mahupun dari luar.

Nabil Fahmy, bekas Menteri Luar Mesir, berkata bahawa memahami dan menghormati budaya-budaya berbeza adalah lebih penting pada hari ini dalam masyarakat global saling terhubung yang serba pantas dan orang ramai memerlukan keserasian antara budaya.

Stelios Virvidakis, presiden Jawatankuasa Pemandu Pusat Tamadun Purba Cina dan Yunani berkata bahawa tamadun tidak harus ditutup, sebaliknya perlu mengalami pertukaran dan dialog yang mencukupi bagi mengelakkan rasa hebat yang membuta tuli dan nasionalisme melampau.

Dengan mengambil pertukaran budaya bersama muzium-muzium di China sebagai contoh, Eike Schmidt, pengarah dan kurator Uffizi Gallery, menjelaskan bagaimana muzium boleh membina jambatan dialog tamadun. Beliau menambah bahawa orang ramai harus menyokong prinsip-prinsip pertukaran budaya: kesamarataan, pembelajaran bersama, dialog dan keterangkuman antara tamadun, dalam dunia yang semakin terancam oleh polarisasi dalam setiap lapangan.

Dihoskan oleh penyampai berita CGTN Tian Wei, satu sesi dialog sidang kemuncak telahpun diadakan semasa forum itu untuk mencapai pertukaran idea yang mendalam mengenai peranan penerbitan filem dan televisyen sebagai medium yang berkuasa untuk komunikasi dan pertukaran budaya.

Enam orang tetamu memberi pujian tinggi terhadap Golden Panda Awards yang bertujuan untuk menyediakan platform baharu bagi memupuk pemahaman budaya dan pertukaran idea yang melangkaui perbezaan budaya. Dirancakkan oleh persembahan pendek muzik dan puisi oleh dua orang tetamu, mereka turut membincangkan bagaimana mereka mengintegrasikan seni, budaya dan teknologi sambil membikin filem.

Membuka tirai pada hari Selasa, Golden Panda Awards Pertama menampilkan sejumlah 25 anugerah dalam empat kategori: filem, drama TV, animasi dan dokumentari. Dihoskan oleh China Federation of Literary and Art Circles dan kerajaan wilayah Sichuan, acara berkenaan menarik minat ramai wakil organisasi filem dan televisyen global, pengarah, pelakon serta pakar budaya.

Pada bahagian penutup forum itu, tetamu-tetamu daripada industri TV dan perfileman Cina dan luar negara turut diundang untuk mengambil bahagian dalam majlis pelancaran Inisiatif Golden Panda.

Inisiatif tersebut menyeru artis-artis muda daripada komuniti artistik global untuk mencapai misi bagi menggalakkan tamadun yang harmoni yang saling memberi manfaat dalam era ini, mencipta secara kolaboratif monumen artistik yang mencerminkan nilai-nilai bersama, bertindak sebagai duta-duta pertukaran budaya dan pembelajaran bersama yang mesra serta terus menyerlahkan tenaga muda warisan budaya dan inovasi.

https://news.cgtn.com/news/2023-09-20/First-Golden-Panda-Intl-Cultural-Forum-highlights-global-dialogue-1nfreGymy5i/index.html 

Source: CGTN
Keywords: Art Banking/Financial Service Computer/Electronics Entertainment Environmental Products & Services Multimedia/Online/Internet Publishing/Information Service Environmental Issues Trade show news DEI Page