SINGAPURA, 19 Jun 2014 /PRNewswire/ -- Huawei, penyedia penyelesaian teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) global yang menerajui bidangnya, telah melancarkan HUAWEI Ascend P7 yang dinanti-nantikan buat julung kalinya di Singapura semasa CommunicAsia 2014. Tambahan lagi, Huawei menunjukkan pelbagai peranti mudah alih dan aksesori, termasuk phablet 7 inci paling nipis di dunia HUAWEI MediaPad X1, serta alat sampingan 'cakap dan jejak' HUAWEI TalkBand B1 untuk menunjukkan komitmen syarikat itu dalam membawakan produk berkualiti, inovatif dan juga bergaya agar dapat dimiliki oleh lebih ramai orang. CommunicAsia diadakan di Singapura mulai 17 Jun hingga 20 Jun 2014.
Foto - http://photos.prnasia.com/prnh/20140618/8521403500
"Dengan penembusan yang semakin meninggi untuk peranti yang dibolehkan Internet, orang ramai semakin kerap menggunakan Internet untuk kehidupan peribadi, kerja, pengembaraan serta hiburan. Kami bayangkan LTE akan mengalami pertumbuhan hebat dalam tiga tahun akan datang sambil jumlah rangkaian berkelajuan tinggi meningkat, lalu membawa kepada lonjakan lalu lintas data mudah alih. Dengan kepakaran dan peranti yang dibolehkan LTE 4G milik kami, sebagai penyedia rangkaian LTE yang menerajui bidang ini, Huawei komited dan berada dalam kedudukan yang sempurna untuk menyediakan kehidupan tanpa sempadan untuk lebih ramai orang dalam era LTE 4G ini," kata Low Han Thong, Ketua Huawei Device Singapura.
Produk utama baharu Huawei HUAWEI Ascend P7 mentakrifkan semula kecemerlangan telefon pintar
HUAWEI Ascend P7 ialah telefon pintar dibolehkan LTE 4G baharu yang mentakrifkan semula kecemerlangan dengan ciri berkualiti tinggi, keterhubungan ultra pantas, dan juga pengemudian yang lebih mudah dilakukan dalam reka bentuk indah. Dengan paparan berdefinisi tinggi penuh 5 inci, kamera menghadap hadapan 8MP dan kamera menghadap belakang 13MP yang menerajui industri, serta antara muka pengguna intuitif terkini Emotion UI 2.3, HUAWEI Ascend P7 akan menghidupkan cogan kata Make it Possible agar orang ramai dapat mengekspresikan kecemerlangan dengan cara yang lain daripada yang lain, di mana-mana sahaja dan pada bila-bila masa.
Bagi mereka yang inginkan tontonan media tanpa had dengan kepantasan LTE 4G ultra pantas, HUAWEI Ascend P7 mempunyai reka bentuk dwiantena yang tersendiri bagi memperbaiki penerimaan isyarat serta bateri polimer litium 2500 mAh yang mantap. Selain itu, fungsi pengurusan yang menjimatkan kuasa boleh memanjangkan kuasa bateri walaupun tinggal hanya 10 peratus sahaja agar dapat bertahan selama 24 jam dalam mod sedia.
HUAWEI TalkBand B1 – Alat sampingan mudah alih hibrid 'cakap dan jejak' yang sempurna
TalkBand B1 ialah peranti yang boleh dipakai yang membenarkan anda bercakap sambil merekodkan kehidupan aktif anda, dengan alat telinga wayarles Bluetooth™ 4.1 yang membolehkan panggilan berterusan sehingga selama tujuh jam dengan paparan OLED 1.4 inci yang lentur. Ia direka bentuk bagi menyokong panggilan wayarles bagi kedua-dua peranti yang serasi dengan Android versi 2.3 ke atas serta iOS versi 5.0 ke atas, dan boleh diselaraskan dengan mudah melalui NFC. HUAWEI TalkBand B1 memantau jumlah langkah yang diambil, jarak batu yang diambil, dan juga kalori yang dibakar bagi mengekalkan kecergasan, manakala bateri 90 mAh peranti ini pula boleh bertahan selama enam hari tanpa perlu dicas semula.
Bagi mendapatkan maklumat lanjut, lawati Huawei Consumer BG dalam talian: consumer.huawei.com/en/
Bagi mendapatkan kemas kini tetap tentang Huawei Consumer BG, ikuti kami melalui:
Facebook: facebook.com/huaweideviceapac
Twitter: twitter.com/HuaweiAPAC
YouTube: youtube.com/user/HuaweiAPAC